Let Get-It Free!

Thursday 1 December 2011

Mari Mahasiswa, kita lakukan perubahan!

Tiba masanya kesedaran membuak-buak dalam sanubari mahasiswa untuk melakukan perubahan setelah kebebasan kita diinjak-injak sekian lama oleh pemerintah yang tamakkan kuasa.

Mengapa kita perlu diketepikan sekian lama dalam pentadbiran negara? Mengapa suara kita perlu dibisukan? Adakah kerana kita menyampaikan pendapat itu bermaksud kita ingin negara kucar-kacir?

Apakah erti undang-undang ini? Adakah kami mahasiswa dianggap sebagai pengancam keamanan negara? Inikah taraf sebagai mahasiswa sejak 1975 diletakkan dalam pemerintah?

(1) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memanggil, berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya. 

(2) Mahasiswa tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya. 

(3) Mahasiswa, pertubuhan, badan atau kumpulan mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai atau mengguna pembesar suara atau seumpamanya. 

(4) Melarang mahasiswa menggunakan bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya. 

(5) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. 

(6) Melarang mahasiswa dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagan, pekerjaaan atau aktiviti lain secara sepenuh masa atau sambilan yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini. 

(7) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lainlain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. 

(8) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan badan-badan lain. 

(9) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memungut wang. 

(10) Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan mahasiswa adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan  dilakukan atas nama atau bagi pihak persatuan atau kumpulan mahasiswa itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia /mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia/mereka boleh didakwa atas kesalahan itu walaupun dia/mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

(11) Melarang mahasiswa mengorganisasikan, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau aktiviti lain yang sah dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran universiti.

(12) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada membuat rayuan atau apa-apa perhubungan lain dengan pihak akhbar atau orang ramai berkaitan dengan universiti sama ada secara lisan, tulisan atau apa jua cara sekalipun.

(13) Melarang menerbit atau mengedar dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dibenarkan oleh naib Canselor. 

(14) Jika seseorang mahasiswa tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah diberi atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus maka mahasiswa itu adalah bersalah atas kesalahan tatatertib.

Bagaimana saudara/saudari mahasiswa merasa undang-undang ini berkesan untuk melindungi kepentingan negara atau pemerintah?

Adakah kita terlalu bodoh untuk memikirkan masalah negara dan kita harus tersekat dengan undang-undang ini?
Saya ingin mengajak saudara/saudari untuk mengikuti hasil tulisan seorang Timbalan Menteri tentang pandangan beliau yang agak segar dari pemerintah ala kolonial yang masih berbekas dalam pentadbiran negara.

YB Saifuddin Abdullah antara orang yang agak saya hormati dalam hasil penulisan beliau kerana wawasan yang berbeza dari kalangan kuda tua yang masih tidak mahu mengambil langkah pembaharuan dalam memahami isi hati mahasiswa khasnya, amnya rakyat marhain.

Saya berharap saudara/saudari dapat menyelusuri pemikiran Timbalan Menteri yang cuba menongkah arus untuk mendekati perjuangan mahasiawa. Bagi mahasiswa, semoga penulisan dari YB ini dapat menjadi pemangkin dalam perjuangan menuntut keadilan.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
1/12/2011

6 comments:

  1. Saifuddin Abdullah ini pengkhianat UMNO. Padanlah rektor tak bagi masuk.

    Aziz Bari pun dah berhenti.

    Hayyun Mak Ko

    ReplyDelete
  2. Saudara Hayyun Mak Ko,

    Jika kita lebih mengutamakan semangat assabiyah berbanding dgn Ilmu maka sesuatu lebih sukar utk disampaikan. Bila sesuatu pendapat itu berbeza dgn pucuk pimpinan maka kita beranggapan mereka sebagai pengkhianat, termasuk isu dalam pas dan umno serta mana2 organisasi.

    ReplyDelete
  3. kepala hotak kau assabiyah. nenek kau tak ajar ke?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada yang memberikan komen di atas dan saya cukup gembira walaupun saudara menggunakan ayat yang tidak matang.Saya berharap saudara cuba belajar komen menggunakan hujah dan jangan merendahkan maruah diri dengan menggunakan perkataan yang tidak bijaksana.Walaupun saya tidak mengenali saudara/ri tetapi dari komen yang diberikan menggambarkan tentang diri anda sendiri.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    kepala hotak kau assabiyah. nenek kau tak ajar ke?

    " klu nenek anda ade ajr tlg la trgkan...

    ReplyDelete
  6. Ketahui pasal assabiyah,

    http://fastnote.wordpress.com/asabiyah-dari-perspektif-ibnu-khaldun/

    ReplyDelete