Menurut Perdana Menteri, PAKATAN RAKYAT merancang untuk melupuskan hutang PTPTN yang ditanggung oleh pelajar yang dianggarkan berjumlah RM 40 Billion. Langkah ini kononnya mampu mengurangkan beban tanggungan pelajar yang tamat pengajian yang berdepan dengan masalah sara hidup yang kian meningkat.
Kos pelupusan hutang ini menelan kos yang tinggi terhadap negara. Namun jika diimbas kembali dari maklumat sebelum ini, Malaysia kerugian lebih dari RM 800 billion dari aktiviti aliran wang haram ke luar negara. Jika masalah kebocoran ini dapat diatasi maka bukan sahaja PTPTN sahaja dapat dilupuskan bahkan pembangunan universiti yang tergendala akibat kekurangan sumber kewangan dapat diatasi.
Perancangan ini boleh jadi omongan politik dari pembangkang menurut sesetengah pihak, rakyat juga barangkali terkejut dengan janji ini, mana tidaknya dari kronologi PTPTN bermula dengan kadar bunga 3% ke 1 % dan kini PR menjanjikan pelupusan hutang kepada pelajar. Langkah ini pasti dialu-alukan lebih dari 300 ribu peminjam PTPTN kini kerana memberi manfaat yang banyak. Ianya seperti hadiah kerana berjaya menamatkan pengajian tinggi dari pihak kerajaan.
Menjelang tirai pilihan raya ke-13, pelbagai tawaran hebat dinikmati. Kerajaan menjanjikan skim sebelum PRU-13 dan pembangkang menjanjikan skim selepas pilihan raya. Ura-ura GST selepas pilihan raya kerajaan terus jadi bisu bila pelbagai habuan diterima. Usah kita lupakan skim GST selepas pilihan raya yang akan dilaksanakan.
Berbalik kepada PTPTN yang akan dimansuhkan jika PR berjaya menakluk Putrajaya amat dihargai namum bagaimana pula kesan terhadap persepsi pelabur terhadap Malaysia? Jangan khuatir kerana pelaksanaan pendidikan percuma sebenarnya telah diamalkan oleh negara maju contohnya Jerman dan Jerman adalah antara negara mendapat pelaburan tertinggi di dunia. Tetapi rakyat harus jelas memahami bahawa PR tidak mampu untuk melupuskan PTPTN jika tidak berjaya menakluk Putrajaya.
Akhir kata, tiada siapa akan menolak jika pinjaman PTPTN mereka dilupuskan dan harga minyak diturunkan. Hanya mereka yang luar biasa bijaknya akan menolak tetapi kita harus menghormati pendirian itu. Jika PR menang dan tidak melupuskan PTPTN dan harga minyak tidak diturunkan, maka rakyat akan keluar berduyun-duyun untuk mendesak mereka berundur dari takhta pemerintahan negara.
Hayyu Zahari
Simpang Empat
27/01/2012
untungla klo pinjaman ptptn dihapuskan...
ReplyDeleteHarap kerajaan Barisan Nasional lupuskan dulu..lagi awal, lagi bagus.
ReplyDeleteboley ka buat..tol 50sen kat seberang jaya pn depa x ley nk lupuskan..ni kn nk lupuskan ptptn..umpama mimpi dalam mimpi...
ReplyDeleteJika btl ketika pilihan raya ke-12 lalu PR ada meletakan pemasuhan tol seberang jaya melalui manifesto mereka,maka mereka mesti bertanggungjawab terhadap janji itu.
ReplyDeleteTambahan sebagai informasi, jika pemasuhan sesuatu itu memerlukan kelulusan 2 pihak dari perseketuan dan negeri ia agak sukar utk terlaksana. Saya harap saudara dapat memberikan maklumat berkenaan hal diatas kepada saya dan dapatlah saya mengkritik pihak ini.
lawan tetap lawan!!! yeahh~
ReplyDeletesetakat ni.. byk manifesto (janji) patan rkyat telah ditunaikan.. betul atau tidak? kalo betull..\\ maka betullah janji nie! hidup rakyat!
ReplyDelete