Let Get-It Free!

Saturday 31 December 2011

Disebalik Hitam dan Putih

Hitam dan putih adalah warna yang mempunyai karakter berbeda. Diantara mereka terdapat watak yang diwakili dan membawa kebaikan serta keburukan. Bahkan masing-masing mempunyai watak yang membawa kepada kepentingan.

Kedua-dua ciri ini, tidak lain ialah warna yang berbeza dan membawa pengertian berbeza. Mengambil contoh sehelai baju berwarna putih yang dipercayai dan digunakan sekian lama, maka kita mempercayai hanya baju putih yang berbakti. Adakah si hitam tidak mampu dijadikan baju yang berbakti? Haruskah diberi peluang kepada si hitam?

Begitu juga yang terjadi kepada si fanatik hitam, sudah pasti mereka akan terjerat pada situasi sama seperti si pemakai putih. Adakah salah warna-warna ini? Atau salah si pemakai itu sendiri kerana kepercayaannya? Tetapi wajar juga dinilai bahawa si putih mampu menjadi si hitam dan begitu juga sebaliknya kerana keadaan sekeliling yang memberi pengaruh.

Persoalan yang paling penting bagaimana untuk kita menyedarkan si pemakai bahawa jangan menjadi si fanatik warna kerana itu telah mengetepikan prinsip keterbukaan. Kedua-dua watak warna ini mempunyai fungsi dan tanggungjawab serta membawa kesan buruk dan baik. Si pemakai harus rasional untuk memilih warna yang memberi lebih banyak manfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat sekeliling.

Kepercayaan tahayul terhadap satu warna harus dijauhi dan membawa satu kepercayaan baru bahawa kita boleh memilih mana-mana diantara warna yang dimiliki sebagai pilihan berdasarkan keperluan semasa untuk membawa suatu perubahan positif.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
31/12/2011

Wednesday 28 December 2011

Pilihan Raya Kampus 2012

Menjelang Pilihan Raya Kampus yang dijadualkan pada tahun hadapan, pelbagai persiapan dibuat oleh mahasiswa. Ada antaranya mencari calon atau mempersiapkan manifesto bagi meraih sokongan mahasiswa.

Manifesto yang popular pastinya berkenaan dengan kebajikan mahasiswa, isu harga makanan, bas, kolej kediaman, kemudahan fasiliti dan sebagainya. Tetapi ramai yang tidak sedar isu-isu ini adalah terlalu asas atau boleh disimpulkan sebagai wajib diperjuangkan dan tidak seharusnya di letakkan dalam manifesto mahasiswa bertanding.

Mahasiswa harus memandang tentang isu yang lebih besar, isu negara dan rakyat serta mengulas tentang isu-isu dasar kerajaan. Beberapa sebab mengapa mahasiswa harus terlibat dalam konteks yang lebih besar dan luas kerana keupayaan mahasiswa dalam aspek intelektual berbanding rakyat Malaysia di luar kampus.

Mahasiswa harus sedar, mereka merupakan nadi kepada kesedaran dan pembangunan negara tanpa mereka rakyat mungkin akan terpinggir dengan isu-isu dasar kerajaan. Tidak dinafikan bahawa ramai mahasiswa tidak peka kepada dasar-dasar kerajaan dan memberi pelbagai alasan untuk tidak mencampurinya.

Isu AUKU sememangnya popular tetapi tidak dapat dijangka sama ada akan digunakan sebagai manifesto pilihan raya kampus 2012. Ramai mahasiswa tidak sedar dengan perkembangan semasa terutamanya isu rayuan kerajaan terhadapa kes pengharaman seksyen 15 oleh mahkamah kerana bertentangan dengan perlembagaan negara. Kerajaan dalam masa yang sama juga menjamin untuk memansuhkan AUKU seksyen 15 tetapi tindakan merayu itu dalam kes mahkamah telah melihatkan percanggahan dalam isu AUKU itu sendiri.

Berbalik kepada isu dalaman kampus yang mana timbul isu melobi calon 'lembu' supaya sentiasa tunduk kepada kehendak orang tertentu juga timbul. Isu ini serius kerana mencalarkan integriti sebagai seorang mahasiwa dan mencabuli undi yang diberikan. Isu ini popular bagi universiti muda dimana kesedaran mahasiswa begitu kritikal.

Isu lain dalam kampus ialah pengundian menggunakan sistem e-undian yang jelas mencabul kebebasan dan ketelusan pilihan raya  kampus. Sistem e-undian harus dihentikan atau universiti sendiri akan menghadapi gerakan mahasiswa sama ada melalui mogokan undi atau kritikkan dalam laman sosial.

Isu terakhir ialah penyekatan oleh universiti dengan menghalang calon tertentu untuk tidak dibenarkan bertanding kerana syarat-syarat 'gila'. Antaranya syaratnya ialah mempunyai CGPA yang tertentu, ini jelas bahawa tindakan sabotaj kepada mahasiswa yang aktif.

Mahasiswa harus sedar mereka mempunyai kelebihan dan tidak terbatas dalam perjuangan dalam kampus. Mahasiswa harus mengorak langkah untuk berjuang dalam konteks kepentingan negara dan masyarakat. Mahasiswa harus sedar bahawa mereka mempunyai keintektualan untuk tidak terperangkap dalam prinsip kepartian dan mampu mengkritik mana-mana pihak dengan bebas serta secara tidak berat sebelah.

Cukuplah, dahulu mahasiswa 80-90an diragut suaranya tetapi mahasiswa kini tidak lagi mampu membiarkan hak mereka dicabuli lagi, apakan lagi hak rakyat Malaysia.

Nafas baru Mahasiswa Malaysia

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
28/12/2011

Sunday 25 December 2011

Berjuang Dengan Bijaksana

Perjuang sukar ditafsirkan, biarpun adakalanya membawa kepada kekeliruan dan kekacauan. Perjuangan berdasarkan ideologi dan prinsip adakalanya menjadi bentang menjadi si buta tuli.

Berjuang memerlukan kebijaksanaan, meletakkan kita berada pada aras di mana dan ketokohan kita dalam kepimpinan. Adakalanya perjuangan disalah tafsirkan oleh si penafsir kudaan, itu adalah segala kemungkinan dalam sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan.

Mengulas sebuah perjuangan tentang pemansuhan AUKU oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempunyai asas kukuh dalam kandungan perjuangan mereka. Malangnya isu kandungan perjuangan tidak menjadi sepopular si penurun bendera dan si panglima perang.

Secara peribadi saya langsung tidak menyokong tidakan si penurun bendera dan si panglima perang kerana secara asas mereka telah terkeluar dari sebuah perjuangan yang bermaruah dan bijaksana. Perjuangan itu harus secara bermaruah kerana ianya menggambarkan keikhlas sebuah matlamat dan martabat.

Sebuah perbandingan untuk si penurun bendera, jika seseorang yang tidak dikenali bertandang ke rumah dan menurun gambar ayah atau keluarga anda, apakah tafsiran anda kepada si dia ? Sudah pasti tindakan ini adalah diluar norma budaya rakyat Malaysia, begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh si panglima perang yang ingin meludah si penurun bendera tadi. Kenyataannya bertentangan dengan norma dan meletakkan kebijaksanaan jauh di telapak kaki.

Sesiapa jua berhak dalam perjuangan mereka pilih, sama ada dipihak kerajaan atau pembangkang kerana itu demokrasi diamalkan. Dan kerana asas sebuah demokrasi serombolan mahasiswa menentang AUKU kerana itu termaktub dalam prinsip yang diamalkan di Malaysia. Jangan jadi si buta yang bersuluh dan si pekak yang terpejam.

Hayyu Zahari 
Ayer Keroh 
25/12/2011

Friday 23 December 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk mengatasi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini datang sekali sahaja mengikut kehendak semasa kerajaan dan bukannya bantuan setahun sekali. Setiap keluarga dengan syarat seperti berikut layak memohon BR1M :
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan.
  • Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga.
    • Ketua isi rumah didefinisi sebagai seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ianya juga harus merangkumi individu seperti berikut :
      • Berkahwin
      • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
      • Bujang yang mempunyai tanggungan
      • Warga Emas sebatang kara
Rajah 1 : Contoh isi rumah berkeluarga.

Setiap anak yang berkahwin dikira sebagai satu isi rumah yang lain dan layak untuk mendapat BR1M sekiranya memenuhi syarat.(Walaupun tinggal bersama dengan ibubapa)

Rajah 2 : Contoh isi rumah warga emas dan bujang atau ibu/bapa tunggal bertanggungan. 

Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat BR1M dialu-alukan memohon dan tidak bertangguh untuk berbuat demikian. Bantuan ini datangnya dari wang pembayar cukai dan diagihkan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Bagi golongan yang berpendidikan(Mahasiswa), mereka diharapkan membantu rakyat yang tidak mengetahui cara bagaimana untuk memperolehi bantuan dari agensi kerajaan yang berkenaan.

Sumber rujukan : Kementerian Kewangan Malaysia

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
23/12/2011

P/S: Cara paling mudah ialah bawa mereka yang layak kepada ketua JKKK dan mereka pasti boleh membantu rakyat. Pastikan anda memiliki borang yang berkenaan. 



Saturday 17 December 2011

Isu Air Malaysia dan Kesan Ditanggung Johor


Johor menjual air mentah kepada Singapura pada harga RM 0.03 per gelen dan membeli purata sehari 203.73 juta gelen dengan harga RM 0.03. Johor membeli air terawat pada harga RM 0.50 segelen. Secara purata Johor membeli 33.23 juta gelen dengan nilai RM 16,615,000 @ RM 16.615 Juta. Pembelian kembali Johor setelah ditolak urusniaga air mentah, maka Johor mengeluarkan RM 10,503,100 sehari untuk menampung kos air terawat sebanyak 33.23 juta gelen dari Singapura.

Singapura membelanjakan kira-kira RM 6,111,900 @ RM 6.1119 Juta sehari untuk membeli air mentah dari Negeri Johor. Singapura membuat keuntungan mudah dari sumber air Johor sebanyak RM 10,503,100 sehari atau RM 3,833,631,500 setahun atau lebih mudah hampir RM 3.84 billion. Perjanjian air ini ditandatangani pada tahun 1961 dan 1962. Perjanjian air tahun 1961 akan tamat pada tahun 2011 manakala perjanjian air tahun 1962 tamat tahun 2061.

Perjanjian 1961 selama 50 tahun telah memberi keuntungan bersih kepada Singapura sebanyak RM 191,681,575,000 menghampiri sejumlah RM 192 billion. Jumlah yang besar ini adalah duit rakyat Johor yang menanggung kos tinggi air terawat mereka.Pada tahun 2011, rakyat Johor membayar sejumlah RM 1.05 semeterpadu atau setiap 1000 liter. Harga ditanggung yang tertinggi di Malaysia. Gambar di bawah menunjukkan tarif air domestik negara pada tahun 2011 yang dipetik dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Antara isu yang timbul ialah mengapa rakyat johor harus menanggung kesan perjanjian ini. Saya mengajak kepada pembaca untuk mengulas sebuah isu negara dan kesan perjanjian yang ditandangani oleh pemimpin terdahulu dan menyebabkan negara mengalami kerugian yang besar. Lantaran itu, saya mengajak rakyat Johor memikirkan adakah kepimpinan yang mereka lantik terlalu bodoh untuk berfikir atau mereka sendiri tidak menghiraukan kerugian itu.


Hayyu Zahari
Ayer Keroh
17/12/2011

P/s 1 gelen (US)= 3.7854 liter, 1 gelen (UK)=4.5461 liter dalam perjanjian tidak ada detail unit mana digunakan oleh itu anda harus kira sendiri. Jika diikutkan rasional kita mengikut UK jadi mungkin berdasarkan   unit itu. Tetapi segalanya mungkin.( Sila komen di ruangan bawah).

Tuesday 13 December 2011

Simpanan Emas dan Perbandingan

Sumber : World Official Gold Holdings, "International Financial Statistics", (November 2011) dan The World Bank. 

Netherlands sebuah negara sebesar negeri pahang (perbanding kasar) mempunyai simpanan emas sebanyak 612.5 tan  berada di tangga ke-10 dunia. GDP negara kecil ini $ 783,413,245,033 (2010) jauh mendahului negara kita Malaysia.(The World Bank).GNI per kapita $ 49,750 dengan jumlah penduduk sekitar 16-17 juta.

Saudi Arabia negara kaya dengan minyak memiliki simpanan emas 322.9 tan tangga ke-16 dunia dengan GDP $ 434,666,133,333 (2010)  serta GNI per kapita $ 16,190 (2009). Penduduk sekitar 27-28 juta.

Thailand dengan jumlah 152.4 tan tangga ke-23 di dunia dengan GDP negara sekitar $ 318,846,998,674 pada tahun 2010. Jumlah penduduk sekitar 69,122,234 pada tahun 2010 dan GNI per kapita $ 4,150. Negara ini di kelaskan sebagai negara "Upper Middle Income".

Libya negara Presiden Muammar Gaddafi yang baru digulingkan dengan simpanan emas sejumlah 143.8 tan berada di tangga ke-24. GDP negara sekitar $ 62,360,446,571 pada tahun 2010 dan jumlah penduduk 6,355,112 (2010) serta GNI per kapita $ 12,320. Di sebalik cananggan umum terhadapan keburukan kepimpinan diktator itu pihak The World Bank gagal mencari data kemiskinan rakyatnya dan berkelas negara "Upper Middle Income".

Philippines mempunyai simpanan emas 128.7 tan berada di tangga ke-25 dengan GDP $ 199,589,447,424 dan jumlah penduduk sekitar 93,260,798 berserta pendapatan GNI per kapita $ 2,060 pada tahun 2010. Negara ini berkelas "Lowe Middle Income".

Singapore negara kecil ini menyimpan 127.4 tan emas berada pada tangga ke-26 berkelas "High Income " dengan GDP sekitar $ 222,699,188,979 dan GNI per kapita $ 41,430. Jumlah penduduk sekitar 5,076,700 pada tahun 2010 dan The World Bank juga tiada memiliki data kemiskinan negara ini. Persoalan seketika samada terlalu ramai yang miskin atau terlalu sedikit? Bagaimana anda rasa tentang Libya? Kaya atau Miskin?

Indonesia negara teramai umat Islam di dunia, rakyat negaranya 239,870,937 (2010) dengan simpanan emas sejumlah 73.1 tan berada pada tangga ke-38. GDP negara ini sekitar $ 706,558,240,892 (2010) dan GNI per kapita $ 2,500 serta data kemiskinan 13.3% (2010).

Malaysia tanah tumpah darahku, menyimpan emas sebanyak 36.4 tan sejak tahun 2000-2010 berada pada tangga ke-49 dunia. Dengan GDP negara sekitar $ 237,803,850,459 dan GNI per kapita $ 7,760 (2010). Kadar populasi sekitar 28,401,017 (2010) dengan kadar kemiskinan pada tahun 2009 kepada 3.8 % berbanding pada tahun 2007 kepada 3.6 %. Berwaspada kerana kadar kemiskinan meningkat kerana kenaikan harga barangan dan sebagainya. Fikir-fikirkan kenapa simpanan emas tidak meningkat sekian lama? Adakah kerana bajet negara yang selalu defisit menyebabkan kita tidak menambah simpanan emas kita? Negara kita berkelas "Upper Middle Income".

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
13/12/2011

Thursday 8 December 2011

Menteri Jawap Pakai Otak!


Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Parlimen: Baram, Sarawak (P220)

Mengulas tentang isu kos sara hidup rakyat dan dalam isu kali ini menfokuskan tentang harga kereta dan kos pembayaran balik.

Persoalan pertama yang dibawa oleh ahli parlimen Shah Alam Y.B. Ir. Khalid Samad berkenaan harga kereta yang terlalu mahal dan ini disebabkan Dasar Automotif Negara (DAN) yang berlanjutan selama lebih 25 tahun. Dasar ini awalnya diperkenalkan untuk membolehkan Proton menapak dalam industri automotif.

Mungkin ada yang kurang arif, perkaitan harga kereta yang tinggi dengan dasar ini. Apabila dasar ini diperkenalkan cukai kereta import yang dibawa masuk bermula dengan 100 peratus keatas. Harga kereta yang dibeli oleh rakyat teramat tinggi dan menyebabkan rakyat menanggung hutang kepada bank bagi memiliki kereta. Tambahan kadar gaji yang tidak meningkat dan masih kekal pada aras awal 90-an.

Persoalan yang kedua dibawa oleh ahli parlimen Indera Mahkota Y.B. Azan bin Ismail berkenaan beban pembayaran balik yang ditanggung rakyat keseluruhan. Perkaitannya antara nilai kereta yang tinggi dan membolehkan pihak bank mengaut keuntungan kerana jumlah pinjaman yang tinggi. Sedangkan kita tahu kadar harga kereta menyusut setiap tahun bagi kenderaan yang dimiliki.

Apa yang mengecewakan ialah jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri tentang kesengsaraan rakyat. Bagaimanakah beliau seorang wakil rakyat tidak peka langkah yang harus diambil oleh kerajaan.

Pihak saya mencadangkan kerajaan melakukan tranformasi dalam pentadbiran Proton bagi membolehkan rakyat menikmati harga kereta yang lebih rendah. Antara tranformasi yang harus dilakukan ialah:

  1. Membina kereta dalam kadar ekonomik : Proton dalam waktu sekarang tidak mengeluarkan dalam kuantiti yang ekonomi, mereka seharusnya meningkatkan pengeluaran untuk mencapai kadar ekonomik.
  2. Membina kereta yang berkualiti : Proton harus serius dalam membina kereta berkualiti untuk bersaing dengan Jepun dan menggunakan segala kepakaran Lotus untuk memastikan kereta Nasional ini menjadi impian pengguna luar dan dalam negara.
  3. Memastikan Pentadbiran Proton cekap : Kerajaan harus memastikan ahli lembaga pengarah proton terdiri mereka yang serius untuk membawa proton kehadapan dan bukan mereka yang ingin menikmati gaji puluhan ribu.
Jika diikutkan masih banyak cara untuk memastikan proton tidak lagi disubsidi oleh kerajaan (Bukan rakyat shj kena subsidi). Contoh dalam bidang kejuruteraan memang banyak cabang yang boleh diperbaiki jika diulas hanya jurutera akan memahami tetapi mesej saya untuk rakyat supaya berfikir tentang YB menteri diatas. Adakah wajar dia menjadi wakil rakyat?

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
8/12/2011

Sunday 4 December 2011

The dilemma of UMNO

Over 54 years ruling Malaysia with unbeaten result in the general election for 12 times in parliament. Over the era of Najib Razak, UMNO facing the critical rival from the combination of Pakatan Rakyat lead by Anwar Ibrahim the former Duty Prime Minister.

In the UMNO 2011 convention, UMNO started to strengthen their support from the core of the party by giving the explanation about the issues involving their leadership. The crisis of the leadership has become crucial to influence every single vote in the next general election.

From the last general election result, UMNO won in rural and lost to the city areas where the people is influenced by the alternative media. If we were review on the people who are suffer on the economic and infrastructure issues involving rural but the highest voter are them. Are they really suffered?

Something that disappointed us is the commitment of the leaders to finding a solution of public suffered. It is a chance to the rural delegation of UMNO to bring forward the community issues. Rural are trapped with the slogan of “Jasa UMNO”.

Educated people will never thinking about the “Jasa UMNO”, for them UMNO are persuade to Rakyat to lead country. But when the time is come over, UMNO launched “Rakyat mesti ingat jasa UMNO yang memajukan negara”. By persuade Rakyat, UMNO won a majority seats at rural areas.

Educated people never think UMNO the “only one” to ruler of the country. But we are looking for the ruler with integrity and ethical. They work for the rakyat and not even claim as a “Jasa kepada rakyat”. The truth, we rakyat paying your salary monthly even giving many facilities that we never get it.

It is a time to UMNO, to change the way their thinking about the loyalty of rakyat. Reforming is important in UMNO.For the next general election, the posibility to UMNO dominating as a government are difficult. It is time to UMNO reviewing the slogan of “Syok Sendiri”.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
4/12/2011

Thursday 1 December 2011

Mari Mahasiswa, kita lakukan perubahan!

Tiba masanya kesedaran membuak-buak dalam sanubari mahasiswa untuk melakukan perubahan setelah kebebasan kita diinjak-injak sekian lama oleh pemerintah yang tamakkan kuasa.

Mengapa kita perlu diketepikan sekian lama dalam pentadbiran negara? Mengapa suara kita perlu dibisukan? Adakah kerana kita menyampaikan pendapat itu bermaksud kita ingin negara kucar-kacir?

Apakah erti undang-undang ini? Adakah kami mahasiswa dianggap sebagai pengancam keamanan negara? Inikah taraf sebagai mahasiswa sejak 1975 diletakkan dalam pemerintah?

(1) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memanggil, berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya. 

(2) Mahasiswa tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya. 

(3) Mahasiswa, pertubuhan, badan atau kumpulan mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai atau mengguna pembesar suara atau seumpamanya. 

(4) Melarang mahasiswa menggunakan bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya. 

(5) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. 

(6) Melarang mahasiswa dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagan, pekerjaaan atau aktiviti lain secara sepenuh masa atau sambilan yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini. 

(7) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lainlain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. 

(8) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan badan-badan lain. 

(9) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memungut wang. 

(10) Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan mahasiswa adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan  dilakukan atas nama atau bagi pihak persatuan atau kumpulan mahasiswa itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia /mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia/mereka boleh didakwa atas kesalahan itu walaupun dia/mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

(11) Melarang mahasiswa mengorganisasikan, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau aktiviti lain yang sah dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran universiti.

(12) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada membuat rayuan atau apa-apa perhubungan lain dengan pihak akhbar atau orang ramai berkaitan dengan universiti sama ada secara lisan, tulisan atau apa jua cara sekalipun.

(13) Melarang menerbit atau mengedar dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dibenarkan oleh naib Canselor. 

(14) Jika seseorang mahasiswa tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah diberi atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus maka mahasiswa itu adalah bersalah atas kesalahan tatatertib.

Bagaimana saudara/saudari mahasiswa merasa undang-undang ini berkesan untuk melindungi kepentingan negara atau pemerintah?

Adakah kita terlalu bodoh untuk memikirkan masalah negara dan kita harus tersekat dengan undang-undang ini?
Saya ingin mengajak saudara/saudari untuk mengikuti hasil tulisan seorang Timbalan Menteri tentang pandangan beliau yang agak segar dari pemerintah ala kolonial yang masih berbekas dalam pentadbiran negara.

YB Saifuddin Abdullah antara orang yang agak saya hormati dalam hasil penulisan beliau kerana wawasan yang berbeza dari kalangan kuda tua yang masih tidak mahu mengambil langkah pembaharuan dalam memahami isi hati mahasiswa khasnya, amnya rakyat marhain.

Saya berharap saudara/saudari dapat menyelusuri pemikiran Timbalan Menteri yang cuba menongkah arus untuk mendekati perjuangan mahasiawa. Bagi mahasiswa, semoga penulisan dari YB ini dapat menjadi pemangkin dalam perjuangan menuntut keadilan.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
1/12/2011