Let Get-It Free!

Tuesday 4 June 2013

Bersyukurlah

  1. Aku lepasan universiti, berijazah kejuruteraan nampaknya gah tetapi gajiku hanya 2000 tolak simpanan hari tua RM1,760.
  2. Aku baru memulakan kehidupan, perlukan kereta untuk berkerja jadilah walaupun hanya VIVA. Mudah untuk memilikinya, tunjuk ijazah dan tawaran kerja dapatlah kereta. Bayaran pun murah RM 400 sebulan selama 108 bulan.
  3. Dahulu aku belajar guna PTPTN, jadi aku bayar RM 200 sebulan.Jangan tak bayar, berdosa.
  4. Aku tinggal menyewa, bayaran termasuk semua kelengkapan kira2 RM 250 sahaja. Ingat nk beli rumah selepas ini.
  5. Kemudian ku kirim wang untuk ibu yang jauh dikampung, tidak banyak RM 200 jadilah meringgankan beban.
  6. Ulang alik kerja, isi minyak kira2 RM 150 termasuklah jalan2 pergi shopping tingkap.
  7. Makan minum kat kedai mamak semua kira2 RM 300.
  8. Total semua RM 1,500 dapatlah aku simpan RM 260. Sikit2 lama2 jadi bukit. Betul x?
  9. Setahun simpanan aku RM 3,120 simpanlah aku untuk berumahtangga.
  10. Genap setahun menyimpan, kereta pulak mintak insuran nasib tidak banyak RM 1,000. Adalah aku RM 2,120.
  11. Hantaran 10,000 tidaklah banyak, standard sekarang. jadi kira2 5 tahun lagi dapatlah aku kahwin.
  12. Nasiblah calon isteri setia, menantilah dia selama 5 tahun kalau x jadi merana.
  13. Kerja ku dikilang sahaja, kasihan lagi kepada operator gaji RM 900 je masuk OT semua RM 2200-2300. Itulah kau nak jadi ENGINEER.