Let Get-It Free!

Wednesday 25 April 2012

Siswa dihina kerana PTPTN

Mahasiswa terus dihina dan diserang kerana mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN. Mereka yang menyerang siswa ini dikalangan kaki ampu yang tidak langsung mampu mempertahankan kerajaan melalui hujah.

Si kaki ampu hanya mampu menyerang dengan beberapa kerat ayat yang tidak langsung mampu dikembangkan sebagai hujah orang berilmu. Mereka menghina mahasiswa kerana enggan membayar hutang setelah meminjam sedangkan mahasiswa ditawarkan PTPTN dimansuhkan oleh pihak PR serta pendidikan percuma yang ditanggung oleh mereka jika memerintah. 

Jika ini tampak janji kosong tetapi mereka membekalkan dengan segala maklumat yang lengkap bagaimana mereka mampu memansuhkan PTPTN dan membiayai segala hutang yang diambilalih dari mahasiswa sejak 1997.

Saya mempertahankan tindakan mahasiswa mendesak kerajaan untuk memansuhkan PTPTN kerana:

  1. Menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma seperti mana dahulu sebelum wujudnya PTPTN.
  2. Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menanggung kos pembiayaan mahasiswa termasuk IPTA, IPTS dan Politeknik.
  3. PTPTN yang diperkenalkan bertujuan untuk mengaut keuntungan bukan bertujuan untuk membantu mahasiswa.
  4. Dengan memperkenalkan PTPTN kerajaan dapat memberi kekayaan kepada kroni  yang terlibat dalam mengusahakan industri pendidikan atau IPTS.
Kerajaan harus membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk memansuhkan PTPTN dengan melampirkan pecahan perbelanjaan negara secara penuh dan lengkap.

Jika kerajaan tidak mampu memansuhkan PTPTN, ini bermaksud dakwaan PR benar bahawa kerajaan gagal menguruskan kewangan negara kerana hampir mencapai hutang kritikal sekitar 55 % dari KDNK negara.

Kerajaan juga berbohong kepada rakyat dengan mendakwa KDNK negara meningkat hampir sekali ganda menurut PM. Jika dakwaan kerajaan benar, maka tiada menjadi masalah atau alasan untuk tidak memansuhkan hutang PTPTN. Jika sebaliknya berlaku, kerajaan harus berundur kerana membohongi rakyat.

Mahasiswa juga bertegas bahawa kami menyokong rancangan pengambilalihan hutang PTPTN dari bahu kami kepada tanggungan kerajaan seperti mana yang dicadangkan oleh pihak PR. 

Kerajaan diminta berundur jika tidak  berkemampuan dalam mengurus dan meringankan bebanan rakyat serta dalam masa yang sama melangsaikan hutang yang ditanggung selama ini atas kelemahan perancangan ekonomi.

Kerajaan digesa tidak melakukan penipuan dalam sistem Pilihan Raya seperti yang dilakukan di Melaka dengan mengubah alamat pengundi ke kawasan tertentu dengan kerja sama Jabatan Pendaftaran Negara. Apa yang menyedihkan ianya melibatkan mahasiswa  yang juga anak ADUN dari kerajaan dalam melakukan konspirasi politik yang bertujuan mencabuli sistem pilihan raya negara.

Hayyu Zahari
25/04/2012
Ayer Keroh

 


Wednesday 18 April 2012

PTPTN dan tanggungjawab.

  1. Soal PTPTN menjadi begitu penting kebelakangan ini, biar ia diterima atau ditentang haruskedua-duanya berpaksikan kebenaran berserta hujah kukuh.
  2. Soal pendidikan di Malaysia ianya menjadi tanggungjawab kerajaan pusat dan kerana itu isu PTPTN harus dibahaskan dalam lingkaran yang bersangkut dengan tanggungjawab Persekutuan.
  3.  PTPTN diperkenalkan oleh Kerajaan sekitar 1997 bagi membuka peluang perniagaan pendidikan dengan tertubuhnya banyak IPTS swasta sejak PTPTN diperkenalkan.
  4. Soal hutang harus dibayar menjadi asas penting dalam isu PTPTN. Ramai berpendapat PTPTN ini disokong oleh kalangan mereka yang liat untuk membayar hutang dan tidak kurang pula yang penyokong PTPTN ini dipandang tidak lain boneka kerajaan. Walau bagaimana pun pandangan kedua-dua ini  harus mengemuka hujah kukuh mengapa mereka menyokong pihak-pihak ini dan bukan berdiri kosong tanpa tujuan.
  5. Benar hutang harus dibayar kerana itu ketetapannya, baik dari segi norma manusia dan juga pegangan agama. Namun begitu, dirujuk kembali kepada asas pembangunan negara, pendidikan merupakan asas pembinaan modal insan untuk pembangunan negara, maka pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan dalam pembinaan negara.
  6. Apabila timbul soal pendidikan percuma, ianya bukan terhad kepada sektor pengajian tinggi bahkan bermula dari zaman pra-sekolah ke phD.
  7. Soal yang timbul mengapakah kerajaan menyerahkan tanggungjawab pembiayaan pendidikan tadi menjadi tanggungjawab rakyat sedangkan ianya telah menjadi tanggungjawab kerajaan sejak zaman kolonial lagi.
  8. Kita tahu perolehan negara dan ekonomi baik, maka mengapa harus kita membebankan rakyat untuk berhutang untuk pendidikan.
  9. Jumlah wang yang harus dibelanjakan untuk memastikan pendidikan tinggi negara percuma hanya sekitar RM 6 billion setahun dengan kadar peningkatan sekitar 3-5 % setahun. Jumlah ini terlalu kecil jika untuk dibelanjakan kepada rakyat seramai 500,000 orang. Sedangkan penyelesaian pampasan diluar mahkamah untuk Tan Sri Tajuddin melebihi RM 600 juta untuk seorang.
  10. Baru-baru ini PM umumkan KDNK negara meningkat hampir sekali ganda, itu menunjukkan kerajaan mampu untuk mansuh PTPTN dan harus mengambil kembali tanggungjawab pendidikan tinggi negara.
  11. Jika tidak kerana ada pihak bawa isu PTPTN ini, tidaklah beriya Pemuda UMNO mencadangkan 1% kos PTPTN dimansuhkan. Siapa yang dapat manfaat? Rakyatkan!
  12. Kita harus bijak, tidak perlu sampai jadi pakar ekonomi. Kita lihat isu asas dari 3% nak jadi 1% pun kita kena isi macam-macam borang. Tapi pihak yang satu ini tawar tidak perlu pun isi borang untuk mansuhkan PTPTN tetapi kena menang Putrajaya-lah.
  13. Orang pun kata ini semua politik nak menang, itu memang betul dan benar. Kalau tidak BR1M dan pelbagai lagi pun tidak beri,  jika tidak sebab nak menang punya pasal termasuklah air percuma. Tapi asasnya perlu ada perbandingan, yang mana boleh beri kebaikan dalam masa yang sama kita harus melawan penyelewengan. Jangan bila kita dapat terus tutup mata tentang penyelewengan.
  14. Kuasa untuk mansuhkan PTPTN bukan ditangan pak menteri atau PM, tetapi ditangan kita  pengundi. Jika kita nak PTPTN mansuh, kita pilih yang nak beri pemansuhan. Jika mereka menang dan mansuh PTPTN tapi buat juga penyelewengan kita tukar kerajaan lain.Mudah-kan?
  15. PM bagi kata dua, mansuh PTPTN tapi cukai akan dinaikkan. Sah-sah rakyat tidak mahu cukai dinaikkan. Mahu pilih PM ini?
  16. Team 1 lagi tawar PTPTN free dan pendidikan semua peringkat free. Tidak kata naik apa-apa pun termasuk cukai. Dia kata duit negara cukup untuk buat semua itu. Jadi macam mana dengan anda? Mana nak pilih?
  17. Jadilah bijak untuk memilih, pandang dari segenap sudut dan bukan tuli penyokong. Rakyat yang bijak, Memilih Pemimpin yang Bijak. Rakyat yang rasuah, Pilihnya pemimpin yang rasuah.

Anda dialu-alukan memberi komen dan pandangan. Pihak saya juga sedia berdiskusi sama ada melalui perdebatan dan perbincangan secara terus. Apa yang dilakukan adalah untuk manfaat bersama dan terutama rakyat Malaysia.

Hayyu Zahari
       Ayer Keroh
       18/4/2012

Wednesday 11 April 2012

Mengapa tidak PTPTN !!

Kerajaan mampu untuk meLUPUSkan PTPTN jika menguruskan kewangan kerajaan melalui beberapa kaedah. Tetapi rakyat juga harus tahu berapakah tanggungan kerajaan jika PTPTN dilupuskan secara total.
  • Sehingga 2012 hutang PTPTN termasuk dengan faedah yang dikenakan sejak diperkenalkan dari tahun 1997-2012 ialah sekitar RM 43 billion.
  • Setiap tahun kira-kira 200,000 peminjam baru akan membuat pinjaman baru dan mereka terdiri dari pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik.
  • Perbelanjaan tahunan kira-kira RM 6 billion setahun dan kadar peningkatan sekitar 3-4 peratus.
  • Perbelanjaan ini tidak termasuk biasiswa yang ditanggung oleh kerajaan.
Kerajaan mempunyai pilihan untuk melupuskan hutang PTPTN kerana beberapa faktor kecuaian yang telah mereka laksanakan dalam beberapa kes besar negara. Antaranya:
  • Penswastaan MAS yang menyebabkan kerajaan kerugian  berbillion ringgit.
  • Kes PERWAJA steel kerajaan rugi lebih dari RM 10 billion.
  • PKFZ kerajaan rugi berbillion.
  •  NFC kerajaan beri  RM 250 Juta.
  •  Penjualan PROTON juga kerajaan rugi berbillion ringgit.
  • Berbillion untuk kapal selam.
Tetapi bila rakyat (mahasiswa) berkeinginan pendidikan tinggi percuma dengan memansuhkan PTPTN." Tidak boleh, kerajaan akan bankrap",kata kerajaan. Jika dihimpun dengan segala ketirisan bukan sahaja kerajaan mampu untuk memansuhkan PTPTN bahkan jika tidak silap perkiraan kerajaan juga mampu untuk memberi air percuma kepada setiap rumah. 

Soalnya, bukan negara tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menanggung pendidikan percuma tetapi wang negara banyak yang bocor disebabkan oleh pengurusan yang lemah, tidak amanah dan tidak cekap.
  1. Kita minta kerajaan jawap mengapa PTPTN tidak mampu dilupuskan dengan sokongan hujah kukuh dan data yang jelas.
  2. Mengapa kita tidak memiliki kewangan yang cukup untuk melaksanakan agenda rakyat. 
  3. Mengapa kita harus tanggung kerugian dari penswastaan agensi kerajaan sejak diperkenalkan ketika era Mahathir.
  4. Kerajaan juga harus menjawap, mengapa segala kerugian diatas berlaku dan mengapa tindakan tidak diambil keatas sesetengah dari mereka.

Hayyu Zahari
Simpang Empat
11/04/2012