Let Get-It Free!

Wednesday 25 April 2012

Siswa dihina kerana PTPTN

Mahasiswa terus dihina dan diserang kerana mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN. Mereka yang menyerang siswa ini dikalangan kaki ampu yang tidak langsung mampu mempertahankan kerajaan melalui hujah.

Si kaki ampu hanya mampu menyerang dengan beberapa kerat ayat yang tidak langsung mampu dikembangkan sebagai hujah orang berilmu. Mereka menghina mahasiswa kerana enggan membayar hutang setelah meminjam sedangkan mahasiswa ditawarkan PTPTN dimansuhkan oleh pihak PR serta pendidikan percuma yang ditanggung oleh mereka jika memerintah. 

Jika ini tampak janji kosong tetapi mereka membekalkan dengan segala maklumat yang lengkap bagaimana mereka mampu memansuhkan PTPTN dan membiayai segala hutang yang diambilalih dari mahasiswa sejak 1997.

Saya mempertahankan tindakan mahasiswa mendesak kerajaan untuk memansuhkan PTPTN kerana:

  1. Menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma seperti mana dahulu sebelum wujudnya PTPTN.
  2. Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menanggung kos pembiayaan mahasiswa termasuk IPTA, IPTS dan Politeknik.
  3. PTPTN yang diperkenalkan bertujuan untuk mengaut keuntungan bukan bertujuan untuk membantu mahasiswa.
  4. Dengan memperkenalkan PTPTN kerajaan dapat memberi kekayaan kepada kroni  yang terlibat dalam mengusahakan industri pendidikan atau IPTS.
Kerajaan harus membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk memansuhkan PTPTN dengan melampirkan pecahan perbelanjaan negara secara penuh dan lengkap.

Jika kerajaan tidak mampu memansuhkan PTPTN, ini bermaksud dakwaan PR benar bahawa kerajaan gagal menguruskan kewangan negara kerana hampir mencapai hutang kritikal sekitar 55 % dari KDNK negara.

Kerajaan juga berbohong kepada rakyat dengan mendakwa KDNK negara meningkat hampir sekali ganda menurut PM. Jika dakwaan kerajaan benar, maka tiada menjadi masalah atau alasan untuk tidak memansuhkan hutang PTPTN. Jika sebaliknya berlaku, kerajaan harus berundur kerana membohongi rakyat.

Mahasiswa juga bertegas bahawa kami menyokong rancangan pengambilalihan hutang PTPTN dari bahu kami kepada tanggungan kerajaan seperti mana yang dicadangkan oleh pihak PR. 

Kerajaan diminta berundur jika tidak  berkemampuan dalam mengurus dan meringankan bebanan rakyat serta dalam masa yang sama melangsaikan hutang yang ditanggung selama ini atas kelemahan perancangan ekonomi.

Kerajaan digesa tidak melakukan penipuan dalam sistem Pilihan Raya seperti yang dilakukan di Melaka dengan mengubah alamat pengundi ke kawasan tertentu dengan kerja sama Jabatan Pendaftaran Negara. Apa yang menyedihkan ianya melibatkan mahasiswa  yang juga anak ADUN dari kerajaan dalam melakukan konspirasi politik yang bertujuan mencabuli sistem pilihan raya negara.

Hayyu Zahari
25/04/2012
Ayer Keroh

 


No comments:

Post a Comment