Let Get-It Free!

Saturday 5 May 2012

BERSIH dari Persepsi Saya

Segala penulisan ini adalah untuk menyatakan pendirian saya secara peribadi berhubung dengan BERSIH dan menjawap segala persoalan rakan-rakan.

Pelbagai pandangan yang telah dilemparkan kepada POLIS, Pembangkang dan perserta demo dan sebagainya termasuk pengamal media. Juga tidak kurang rintihan dari anak-anak polis dan juga anak-anak peserta demo serta anak muda yang inginkan perubahan berlaku dalam sistem pentadbiran negara.

Saya ingin mulakan dengan kekecewaan saya terhadap pentadbiran negara yang telah rakus menggunakan segenap kuasa bagi menghalang lawan politik mereka. Mereka telah menggerakan rakyat melawan kebangkitan rakyat. Mereka menggunakan POLIS bagi menangkis kebangkitan rakyat. Mahkamah menjadi alat kepada mereka dalam menghadang kuasa yang kian terhakis oleh kesilapan mereka sendiri. Integriti dikorbankan dan amanah dicabuli serta media menjadi perkakas menyebarkan tuduhan palsu yang tidak laku.

Saya juga mempertahankan anggota POLIS yang berintegriti dan menjalankan tanggungjawap seperti mana yang diperuntukkan terhadap mereka. Saya juga ingin mengecam tindakan segelintir POLIS yang rakus menggunakan kuasa diluar batasan kuasa yang telah diperuntukkan dalam undang-undang negara. Mereka yang bertindak liar diluar batasan undang-undang apatah lagi agama.

Saya juga tidak mempertahankan bulat-bulat para peserta yang menyertai himpunan BERSIH. Walaupun  niat asal ingin menyatakan kepada kerajaan bahawa mereka inginkan segala tuntutan dipenuhi tetapi beberapa kerat peserta yang saya anggap lemah telah terpedaya dengan tipu muslihat musuh. Mereka terperangkap dengan rancangan yang direncana musuh untuk menjadikan perhimpunan itu menjadi buruk, mereka tidak sedar ada dikalangan mereka bukan benar-benar menyokong tuntutan BERSIH tetapi mereka datang sebagai pengacau untuk menjadikan BERSIH berimej KOTOR.

Kewujudan media yang tidak lagi menyampaikan berita atau agenda rakyat tetapi lebih senang untuk mereka menjadi PENYEDAP KERAJAAN. Adalah mereka telah lupakan tanggungjawap? Atau mereka tidak tahu betapa pentingnya mereka untuk menyampaikan yang benar? Atau terlalu bodohkah mereka untuk menilai tindakan mereka yang bakal mengucar-kacirkan negara kerana keenakkan menyampaikan berita palsu?

Pendirian saya tetap menyokong TUNTUTAN BERSIH dan cuma kaedah perhimpunan itu tidak saya setujui kerana membolehkan pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakan kaedah SABOTAJ. Bagi pimpinan BERSIH, tidakkah mereka tahu bahawa jika dalam peperangan kita harus meneliti setiap strategi dan tidak membenarkan pihak lawan mengambil peluang diatas kelemahan kita sendiri. Mungkin anda melihat itu peluang tetapi sebenarnya mendatangkan kesan dari segi imej dan mungkin anda ingin melihat multiple impact dari HIMPUNAN BERSIH.Adakah wujud kesempatan anda untuk menentang fitnah melalui media dalam lingkungan masa kurang dari 2 bulan menjelang PRU-13?

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
5/5/2012







No comments:

Post a Comment