“Tuan Yang di-Pertua, usaha mencari gali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum berjaya menemui minyak dalam kuantiti yang komersial. Dalam tahun 70-an, Syarikat Esso mengerudi 2 telaga tetapi gagal menemui minyak. Pada bulan Ogos 1988, kawasan itu yang dikenali sebagai Blok PM2, diserahkan kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali. Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan Petronas, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencari gali dalam tempoh 3 tahun dan menggerudi 4 telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.Sekiranya minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, konsortium ini bertanggungjawab mengeluarkannya. Sekiranya minyak diperolehi dikawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah, dan Sarawak.” Dipetik dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Bin Gaddam menjawab di Parlimen berkenaan cari gali dan royalti minyak di Kelantan sekitar tahun 1989.
“The Joint Development Area is 260 kilometer far from Songkhla Province, where gas, oil and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and approximate profit to Thailand at the first stage will be held of 45,000 million bath.” Kenyataan dari Kastam Thailand pada 3 Mei 2005.
Berdasarkan maklumat yang tertera di atas, Kerajaan Kelantan boleh memperolehi sehingga RM 225 juta dari hasil gas di offshore yang dimaksudkan. Kira-kira ini diambil dari nilai 5% dari RM 4,500 juta. Hak kerajaan negeri Kelantan selari dengan Kenyataan Perdana Menteri ketiga Tun Hussin Bin Dato’ Onn pada tahun 1971 berkenaan hak rakyat Sabah dalam hal royalti minyak sebanyak 5%. Beliau juga memetik bahawa soal perkara minyak ini amat penting untuk rakyat jelata.
Walau bagaimanapun, tuntutan hasil pengeluaran gas Kelantan bermula pada tahun 2005 berpandukan kenyataan kastam Thailand berkenaan hasil kawasan Joint Development Authority (JDA) sepertimana diatas.Perkara utama yang menjadi perbahasan ialah bagaimana royalti disebut dalam undang-undang telah ditukar istilahnya kepada wang ehsan ketika kerajaan Pas Terengganu mengambilalih tampok pemerintahan kerajaan negeri. Ia tidak terhenti disitu sahaja, wang ehsan juga tidak diberikan kepada kerajaan negeri yang berkuasa tetapi diberi kepada Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Terengganu. Sah hal ini mencabuli hak pemerintah yang dipilih dan situasi ini turut mencabuli hak rakyat yang memilih.
Di Kelantan situasi sedikit berbeza kerana sebelum ini kerajaan negeri belum pernah menikmati wang royalti kerana hasil minyak dan gas belum diterokai secara komersial hanya setelah tahun 2005 ianya dikeluarkan dari perut bumi di perairan Kelantan. Bagi tuntutan yang permulaan, banyak yang mampu dipusing kerana ia tidak jelas dikalangan rakyat kecuali yang sedikit celik diantara yang ramai. Sehelai daun mana mampu menutup bangkai seekor gajah.
Kerajaan Persekutuan mampu mengambilalih kerajaan negeri Kelantan hanya dengan cara kembali melayani mereka sepertimana sewajarnya. Sedikit sebanyak dengan pemberian royalti mampu merapatkan jurang dengan rakyat kelantan dan menampakkan usaha untuk mentadbir secara adil tanpa memilih bulu. Bahkan, bukan sahaja Kelantan mampu diambilalih tetapi kesemua kerajaan negeri yang dikuasai pihak yang satu lagi. Jika perubahan tidak diambil dengan segera atau secara bersungguh-sungguh dengan cara yang adil dan telus bukan Kelantan hendak dirampas bahkan Putrajaya akan jatuh terlepas.
Hayyu Zahari
Simpang Empat
3/2/2012
No comments:
Post a Comment