Persatuan Ulama Malaysia (PUM) digesa memanggil Anwar untuk penjelasan berbabit dakwaan menjadi agen Pluralism.
Isu Pluralism hebat dibicarakan sehingga dibicara dalam rancangan Bicara Rakyat di RTM 1. Namun begitu, ramai tidak tahu antara strategi untuk menyesatkan kaum Muslim ialah melalui amalan Pluralism dan hak asasi manusia.
Murtad boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu melalui sedar dan tanpa disedari. Keadaan yang paling bahaya adalah melalui situasi tidak disedari kerana diri yang terbabit juga tidak tahu bahawa mereka telah terkeluar dari Islam. Contoh dalam situasi menyamakan taraf Agama Islam itu dengan agama lain secara tidak langsung telah memurtadkan si pengucap dan penyamatarafan ini dikatakan ajaran Pluralism.
Dalam situasi seperti menyatakan tiada agama yang mengajar melakukan kejahatan ianya sebenarnya bertujuan menganjurkan semua penganut agama melakukan kebaikan maka ianya tidak bersabit dengan penyamatarafan agama. Maka situasi ini tidak menjadikan seseorang itu murtad atau menyebarkan pluralism.
Berbalik kepada isu asal yang dikatakan Anwar Ibrahim menyokong pluralism maka menjadi tanggungjawab tidak berbelah bahagi bagi PUM untuk memanggil Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan atau isu yang timbul keatas dirinya.
Peranan PUM amat penting kerana keputusan PUM adalah berlandaskan ajaran Islam dan tidak wujud kompromi dalam isu membabitkan aqidah. Tindakan membisu dari PUM mungkin menimbulkan tanda tanya kerana peranan agama mencakupi semua aktiviti manusia.
Islam itu indahnya kerana menyediakan segala panduan dalam kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan hak kemanusiaan. Janganlah sesekali memisahkan ia dengan kehidupan kita.
Hayyu Zahari
Simpang Empat
18/2/2012
No comments:
Post a Comment