Let Get-It Free!

Thursday 20 October 2011

UIA Gantung Aziz Bari


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menggantung pakar perlembagaan Professor Dr. Abdul Aziz Bari kerana memberi kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan Universiti. Sebelum ini Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Penggantung Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang merupakan pensyarah kanan undang-undang di UIA perlu dikaji semula kerana ia melibatkan isu akademik dan undang-undang. Jika benar Akta Hasutan 1948 yang dimaksudkan tidak bercanggah dengan maksud yang dinyatakan maka beliau tidak wajar digantung.

Sebagai negara demokrasi, UIA sewajarnya berpegang kepada prinsip demokrasi yang mana sesiapapun yang tidak disabit kesalahan adalah tidak bersalah. Maka, kedudukan Prof. Dr. Aziz Bari sebagai pensyarah tidak wajar digantung selagi beliau tidak didapati bersalah.

UIA sebagai universiti yang terkehadapan dalam bidang undang-undang tidak harus mengambil keputusan tergesa-gesa kerana reputasi universiti mungkin akan dipandang serong oleh pihak tertentu sebagai universiti berkelas dunia.

Kenyataan Aziz Bari adalah sebagai ahli akademik yang terakui kebolehannya sebelum ini harus tidak tergaul bersama dengan polemik politik. Isu yang diulas olehnya harus berkisar dengan pandang akademik. Usah kerana pandangan beliau seakan pro pembangkang dan beliau harus dilayan tidak adil.

No comments:

Post a Comment