Let Get-It Free!

Friday 23 December 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk mengatasi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini datang sekali sahaja mengikut kehendak semasa kerajaan dan bukannya bantuan setahun sekali. Setiap keluarga dengan syarat seperti berikut layak memohon BR1M :
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan.
  • Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga.
    • Ketua isi rumah didefinisi sebagai seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ianya juga harus merangkumi individu seperti berikut :
      • Berkahwin
      • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
      • Bujang yang mempunyai tanggungan
      • Warga Emas sebatang kara
Rajah 1 : Contoh isi rumah berkeluarga.

Setiap anak yang berkahwin dikira sebagai satu isi rumah yang lain dan layak untuk mendapat BR1M sekiranya memenuhi syarat.(Walaupun tinggal bersama dengan ibubapa)

Rajah 2 : Contoh isi rumah warga emas dan bujang atau ibu/bapa tunggal bertanggungan. 

Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat BR1M dialu-alukan memohon dan tidak bertangguh untuk berbuat demikian. Bantuan ini datangnya dari wang pembayar cukai dan diagihkan oleh kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Bagi golongan yang berpendidikan(Mahasiswa), mereka diharapkan membantu rakyat yang tidak mengetahui cara bagaimana untuk memperolehi bantuan dari agensi kerajaan yang berkenaan.

Sumber rujukan : Kementerian Kewangan Malaysia

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
23/12/2011

P/S: Cara paling mudah ialah bawa mereka yang layak kepada ketua JKKK dan mereka pasti boleh membantu rakyat. Pastikan anda memiliki borang yang berkenaan. 



2 comments:

  1. salam
    setahu sy permohonan ini mempunyai jawapan " layak" dan "tidak layak"..bagaimana kerajaan mendefinasikan tidak layak itu??

    sekadar ingin tahu

    ReplyDelete
  2. Wasalam,
    Istilah layak memohon seperti bercatat di atas tetapi dari segi kelulusan mgkn menjadi tanda tanya pembaca. Ianya bergantung kepada agensi yg meluluskan @ kemungkinan terdapat syarat2 tmbhn yg tidak diketahui.Oleh itu, anda digalakkan berhubung dgn wakil rakyat@JKKK kerana mereka mempunyai maklumat yg lebih jelas.Sekian terima ksih.

    ReplyDelete