Let Get-It Free!

Thursday 22 September 2011

Tun Mahathir tidak lulus Hukum Hudud di Kelantan

Memetik kenyataan Tun Mahathir yang meminta Menteri Besar Kelantan untuk memohon Perdana Menteri meluluskan Hukum Hudud Kelantan telah menunjukkan bahawa beliaulah yang tidak meluluskan dan menyetujui permintaan kerajaan negeri Kelantan untuk mengamalakan undang-undang hudud ketika menjawat jawatan no. 1 itu dahulu.

Jelas bahawa ada kesungguhan kerajaan Pas Kelantan masih ingin menggamalkan undang-undang Islam walaupun banyak pihak memandang parti itu sebagai menukar landasan perjuangan mereka. Tampak halangan sebenar adalah kerajaan persekutuan dan parlimen bagi membenarkan undang-undang itu diamalkan oleh negeri Kelantan.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.
"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit AIDS...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Memetik laporan Kementerian Kesihatan bahawa negeri Kelantan menunjukkan peningkatan AIDS 4 kali ganda dari negeri lain untuk tahun 2008-09. Laporan ini amat mengejutkan kerana seolah-olah menggambarkan Menteri Besar Kelantan itu gagal mendidik rakyat Kelantan tentang Islam.

Membinggungkan, AIDS boleh merebak dengan pelbagai cara bukan hanya melalui seks bebas. Menteri kesihatan juga perlu mengkaji apakah langkah pencegahan yang mereka ambil di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Adakah dengan mengedarkan kondom-kondom dapat mencegah AIDS dari merebak atau melalui pengharaman pusat hiburan yang menyumbang kepada peningkatan AIDS.( Pusat Hiburan di seluruh Malaysia)

Biarpun AIDS bukan hanya merebak melalui seks bebas tetapi ianya menjadi titik tolak pertama menyumbang penyakit maut ini. Ini telah menjadikan Hukum Hudud paling efektif menangani masalah masyarakat islam yang terjebak dengan pelacuran. Diingatkan bahawa Hudud bukan milik PAS atau UMNO ia milik Allah S.W.T ( Hududullah). Sebagai Islam terutamanya pemimpin utama yang paling berkuasa harus mengambil peluang melaksanakan hukum ini kerana diberi kesempatan mentadbir oleh Maha Berkuasa.

Jika isu sensitiviti kaum dibangkitkan kerana Hukum Hudud itu tidak menjadi masalah besar. Walhal jelas pada bukan islam bahawa pada permulaan Hukum Hudud ini diperkenalkan untuk umat islam sahaja jika suatu masa kelak mereka merasakan hukum ini mendatangkan kebaikan maka terpulang kepada pendirian ketika itu jika tidak mereka masih boleh mengamalkan undand-undang sedia ada. Penyelesaian yang seimbang?

Tetapi jelas umat islam perlu sedar bahawa dengan hukum hudud kita pasti dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. kerana sangat membantu dalam mendisplinkan fizikal dan rohani. Isu hudud bukan isu politik PAS atau UMNO tetapi isu umat islam sejagat bahkan dengan itu insyallah bukan hanya kita mendapat rahmat tetapi sekian alam dilimpahi keagungan Maha Bijaksana.

Sila Rujuk Laporan Berita ini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayabukanlagiperdanamenteri_laksanalahhududsekarang__DrMahathir/Article

No comments:

Post a Comment