Let Get-It Free!

Thursday 1 September 2011

Federal Land Development Authority (FELDA)

FELDA sudah berusia melebihi 55 tahun dalam memajukan penduduk luar bandar dengan pembukaan tanah untuk diusahakan sebagai ladang getah atau sawit pada permulaannya. Ini merupakan inisiatif yang berkesan ketika permulaan untuk menjana ekonomi negara dan rakyat.

Setelah usia FELDA melangkaui 55 tahun dan telah menyumbang pelbagai kemajuan termasuk kawasan tempat tinggal yang dilengkapi dengan kemudahan lengkap dan ramai dikalangan anak generasi pertama FELDA telah melangkah jauh merentasi kepayahan hidup seawal mereka tinggal di FELDA.

Mereka ini telah menerima pendidikan yang tinggi dan mampu memacu ekonomi negara dalam sektor swasta dan kerajaan. Begitu juga dengan generasi ketiga dan keempat melangkah untuk terus maju di bumi Malaysia.

Dek kerana ke prihatinan yang terbit dikalbu dan kemajuan penyampaian ilmu melalui pelbagai sumber mereka menyedari suatu yang tidak kena dengan FELDA. Antara kisah yang paling mendapat perhatian ialah isu Kadar Perahan Gred (KPG) yang dahulu dimainkan.

Mengapa isu ini dibangkitkan kembali? Ini kerana peluang peneroka untuk menuntut hak mereka sedang Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menghampiri. Generasi FELDA perlu menggunakan ruang dan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mendapatkan hak yang mereka anggap sebagai penipuan terang.

Isu peneroka jelas, mengapa KPG ini harus diselesaikan. Adakah seperti seorang mencubit,seorang menampar, yang menampar jugalah mendapat salah? Bermaksud adakah kesalahan yang dilakukan orang cerdik didalam diam , tidak diketahui orang; kesalahan si bodoh didalam terang terus dipersalahkan. Adakah kes FELDA yang memberi nilai KPG yang salah harus dilidungi atau disorokkan. Adakah salah penyiasatan dibuat supaya isu ini jelas dan disiasat oleh badan bebas yang mana terdiri dari kalangan generasi FELDA yang bijak pandai.

Isu KPG ini sebenarnya melibatkan jutaan atau mungkin menjangkau billionan ringgit. Soalnya bagaimanakah sebegitu tinggi? Bayangkan setiap tan sebenarnya melibatkan penipuan sehingga RM 50-RM80 penyusutan nilai. Bayangkan setiap peneroka yang hasilnya setiap bulan antara 12-18 tan atau RM 960-RM 1440 sebulan dan melibatkan berapa tahun.(Boleh buat pengiraan sendiri)

Adakah usaha asal untuk meningkatkan tahap ekonomi berubah untuk meragut keuntungan rakyat? Atau kerana iri hati terhadap perolehan para peneroka? atau terdapat pihak yang melihat sebagai peluang untuk membuat kekayaan?

Ini tidak termasuk dengan penyelewengan hak pemberian tanah, baja, racun dan lain-lain yang menghiasi sejarah FELDA di Malaysia. Para peneroka harus meletakan pendirian tetap bagaimana mereka mengalami kepayahan mengusahakan ladang sedangkan hasil tuai mereka ditipu dengan kaedah licik yang cermat tetapi diketahui itu.

Oleh itu, peluang pada PRU 13 ini merupakan suatu landasan yang tepat untuk bersuara kerana kita yakin pasti perubahan itu mampu dilakukan secara aman melalui pilihanraya. Walaupun adakalanya kita sendiri tidak menyakini ketulusan pilihanraya tetapi selagi termampu kita lakukan undian itu demi rakyat yang terhimpit dek pemimpin rakus dan taksub kekuasaan. Mungkin kita berasa selesa dengan nikmat yang kita miliki tetapi bagaimana yang tertindas dan siapa yang ingin membela mereka?

Tetapi ingat kezaliman tidak pernah menguasai kebenaran,jika melalui cara kotor yang jijik dan jelik memenangkan mereka tetapi usah lupa bagaimana yang berlaku di luar negara dengan ombak kebangkitan rakyat. Ubah sebelum terlambat, Sebelum diri terjerat.

(Penulisan ini berdasarkan kesempatan bersama dengan peneroka yang telah mengusahakan ladang sawit FELDA sejak tahun 1976.)

No comments:

Post a Comment