Let Get-It Free!

Thursday 2 June 2011

Muslihat Pengeluar Tenaga Bebas?

Isu kenaikan harga bahan bakar tidak boleh diperbaharui menjadi topik hangat media massa kini dan mengejutkan apabila isu pengurangan subsidi minyak dikaitkan dengan Independent Power Producer (IPP) atau Pengeluar Tenaga Bebas .
Apakah perkaitan antara IPP dan isu penarikan subsidi minyak dan terbaharu kenaikan tarif elektrik? Setelah kerajaan tidak mengambil langkah menaikkan harga minyak kerana faktor itu menyemarakkan kemarahan rakyat.

Dakwaan Pakatan Rakyat yang mampu menurunkan harga minyak sebanyak 20 sen jika mereka mengambil alih tampuk kerajaan dalam harga minyak dunia sekarang. Ini merupakan tamparan hebat kepada kabinet kerajaan seolah-olah memperkecilkan kemampuan mereka dalam mentadbir urus negara.

Pakatan Rakyat pula mengaitkan isu IPP kepada rakyat bahawa ada yang tidak kena dengan perjanjian yang dibuat antara IPP, TNB dan Petronas. Disebalik kisah itu, terbit isu RM19 Billion subsidi terhadap IPP oleh kerajaan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata bahawa perjanjian antara IPP dan TNB termasuk dalam akta rahsia rasmi dan kerajaan tidak mempunya kuasa untuk mengarahkan perkara ini didedahkan kepada rakyat.

TNB dan IPP juga bertindak kurang bijak dengan tidak mendedahkan perkara ini kepada umum dan timbul persepsi songsang yang mengandaikan bahawa ada perjanjian yang tidak seimbang antara IPP dan TNB. Isu ini seolah selari dengan dakwaan Pakatan Rakyat dan ulas konkrit mereka dapat memperkukuhkan kepercayaan rakyat bahawa banyak kekayaan negara diagihkan kepada golongan rapat dengan kepimpinan.

Isu kenaikkan tarif elektrik juga telah menghimpit rakyat sedangkan ada alternafit lain bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kewangan kerajaan seperti didakwa oleh PR dengan menarik balik subsidi daripada IPP. Kenaikan tarif elektrik mungkin tidak menguntungkan IPP tetapi masih menyebabkan IPP menerima subsidi yang sama sedangkan rakyat sejumlah 27 juta perlu menanggung kenaikan tarif elektrik. Apa rasional keputusan kerajaan ini?

Rakyat sama sekali akan menerima isu subsidi IPP bernilai RM 19 Billion selagi kerajaan tidak mengarahkan IPP dan TNB mengumumkan perjanjian yang dimeterai sebelum ini supaya rakyat sendiri menilai tentang isi perjanjian itu. Selagi ia tidak diumumkan, rakyat pasti akan memberi hukuman pada PRU 13 kelak. Rakyat memandang hal sebagai keutamaan kerajaan menjaga kebajikan 27 juta rakyat bukan beberapa kerat syarikat IPP bagi memperkayakan beberapa kerat usahawan yang sememangnya sudah cukup kaya raya.

No comments:

Post a Comment