Let Get-It Free!

Wednesday 25 May 2011

Minyak Naik Pakatan Untung

Penganalisis mengandaikan bahawa sebarang usaha menaikan harga minyak mahupun barangan keperluan harian akan membuka ruang Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat terutamanya golongan bergaji rendah. Kesan kos hidup yang meningkat dan tidak seiring dengan kenaikan gaji menyebabkan rakyat beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat melalui kempen mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup disamping menjamin harga barangan yang kekal rendah dapat meraih sokongan rakyat yang semakin terhimpit dek kos sara hidup yang melambung. Mereka semakin terbuka untuk memilih kerajaan yang menjamin kepentingan awam seperti harga barangan dan minyak kekal pada paras kemampuan mereka. Ini telah membuatkan Barisan Nasional terhimpit untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat kerana ianya akan menyebabkan kehilangan kerusi dek kerana peningkatan harga barangan.

Desakan dari dalam Barisan Nasional sendiri yang inginkan harga barangan terus rendah termasuk minyak supaya rakyat tidak lari menyokong pembangkang. Keadaan ini telah membuka mata rakyat sama ada memberi undi mereka kepada BN, jika menang kemungkinan harga barang pasti akan melambung kerana itu merupakan hak BN.

Kesempatan ini diambil PR dengan berkali-kali mengulangkan bahawa mereka akan menurunkan harga minyak jika berjaya mengambil alih tampok di Putrajaya. Gelombangan ini sudah pasti membuatkan BN berasa mereka sewajar bertukar kepada kerajaan yang lebih mementingkan kebajikan rakyat daripada mencapai keutamaan dalam projek mega yang menelan belanja billionan ringgit dari hasil negara.

Kepada rakyat berikan sokongan secara teliti dan mengutamakan hak yang wajar rakyat miliki. Apa yang sewajarnya mereka perlu menilai sama ada mereka ingin nikmat itu dikongsi secara menyeluruh atau untuk segelintir. Jika wang tadi digunakan untuk membina sedikit kumudahan tetapi tidak semua merasai hikmah yang datang tetapi minyak yang naik akan menyebabkan seluruh rakyat merasai derita. Oleh itu berhati-hati dengan keputusan yang diambil jangan jadikan rakyat sebagai mangsa dari keputusan diambil. Masih banyak cara untuk menyelesaikan masalah peningkatan tanggungan subsidi kerajaan, menaikan harga minyak memang cara yang mudah tetapi derita dan pasti ada cara bijak untuk menyelesaikan masalah ini.

Halusi masalah ini pasti temui penyelesaiannya, jika pentadbiran kerajaan itu mudah sudah pasti semua mampu mentadbir negara ini. Jangan jadikan tanggungjawab semudah yang anda nikmati tetapi jadikan ianya derita yang menyelingkari hati.

No comments:

Post a Comment