Let Get-It Free!

Sunday 1 May 2011

MCA tiada dalam Kabinet?

Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan”. Apapun jua terjemaah rakyat terhadap kenyataan di atas, tampaknya politik lapuk dan perkauman masih dimainkan. Hanya usia kemerdekaan meningkat matang tetapi politik kita masih ditaraf usang.

Apa maksud ini semua, adakah tiada wakil MCA dalam kerajaan masyarakat Cina terpinggir? Sewajarnya tidak kira siapa didalam kerajaan UMNO,PKR,MCA, DAP, PAS atau MIC serta parti-parti yang lain hak rakyat tetap perlu dilaksanakan walaupun wakil mereka tewas. Jikalau pun MCA tewas dalam PRU 13 kelak, UMNO sewajarnya menjamin masyarakat Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban dan kaum-kaum pribumi lain bahawa hak mereka tetap diperjuangkan walaupun sekali tiada wakil dalam kerajaan. Ini yang dimanakan politik sejati, berkembang walau disaat menderita.

Jikapun BN tewas dibeberapa negeri di Semenanjung, tetapi harapan rakyat tetap sama mahukan sebuah kerajaan yang prihatin dan membela tidak mengharapkan balasan. Jika mahukan balasan maka kerajaan ini sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan rakyat mereka. Mereka semata-mata rakuskan  kuasa dan kuasa ini mengatasi kepentingan rakyat. Politik mereka ini wajar dijatuhkan oleh rakyat, rakyatlah penentu hala negara dengan memilih pimpinan sejati.

Mengimbas kejayaan rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak melalui demotrasi adakah ini hina? Mereka mengadakan tunjuk perasaan sepanjang jalan untuk mengubah hala tuju negara mereka. Demi apa? Demi menjamin sebuah kerajaan yang adil dan amanah. Adakah PKR yang lahir dari jalanan ini hina? Sedangkan PKR juga didukung oleh rakyat tetapi rakyat ini berbeza ideologi dengan BN. Adakah rakyat ini hina? UMNO lahir dari istana, adakah kekal lagi pimpinan pengasas UMNO ketika penubuhan lalu yang yakin kepimpinan kini masih dilandas kepimpinan dahulu?


Renung sejenak, adakah kita akan terus dimainkan politik perkauman ini? Adakah kita harus berpegang pada satu jenis kepimpinan sahaja. Jadi renung seketika, kita berada pada negara demokrasi yang membenarkan sesiapapun memerintah asalkan pendapat sokongan penuh dari rakyat melalui pilihan raya. Mengapa gusar rakyat Malaysia, jika BN terus mendapat sokongan maka mereka memerintah. Jika tidak kita nantikan sejarah baru negara. Renung sejenak, fikiran kesah negara.

No comments:

Post a Comment