Let Get-It Free!

Sunday 1 May 2011

PAS digesa tinggalkan PR

Presiden UMNO menggesa PAS meninggalkan PR kerana DAP tidak memperjuangkan Islam. Jika PAS berundur dari PR dan UMNO juga akan berundur dari BN kerana parti komponen lain juga tidak memperjuangkan Islam? Persoalan mudah, adakah pengamal agama lain akan memperjuangkan dan mempertahankan Islam? Jawapannya semestinya tidak. Mengapa tidak, hanya segelintir yang beragama Islam sahaja akan bermati-matian mempertahankan tali Allah S.W.T.

Siapa yang berjuang untuk jalan Allah S.W.T. sedangkan masa yang lain Allah mengurniakan kamu kuasa untuk menjalankan  tanggungjawab  melaksanakan hukum Allah tetapi kamu tidak melakukannya bahkan menyanggah hukum yang Allah tetapkan sejak azali lagi. UMNO dalam masa ingin menegakkan Islam mengikut perlembagaan parti Fasal 3 – asas dan tujuan merujuk UMNO-online. Tambahan lagi hal ini seakan ada percanggahan terhadap FASAL 5 – pendaftaran keahlian yang mana tiada penetapan bahawa hanya melayu Islam atau bumiputra Islam dibenarkan mendaftar sebagai ahli.

Bagaimana jika golongan melayu murtad ini menguasai kepimpinan parti suatu hari kelak. Adakah dia akan bermati-matian untuk mempertahankan tali Allah S.W.T.? Dalam Islam, jika seorang Islam murtad dan telah dinasihati sebanyak tiga kali untuk kembali ke jalan Allah S.W.T. dan ingkar maka halal nyawanya. Siapa yang menyanggah?

Adakah Allah S.W.T. itu zalim? Jelas Al-Quran dan Hadis diturunkan sebagai manual dalam kehidupan manusia Islam supaya dapat menyebarkan ilmu didalamnya kepada umat seluruh dunia kerana ia cahaya sekian alam. Adakah kita membutakan hati yang celik untuk menyanggah hal ini. Adakah yang terdapat isi kandungan dalam Al-Quran itu menzalimi agama lain? Jika benar ada dan buktikan. Nescaya para ulama akan memperjelaskan ketidakfahaman ini.

Wahai umat Islam, janganlah kita membelitkan agama untuk kuasa yang seketika, jelaskan perkara sebenar. Jika tidak tahu jangan malu bertanya, isu agama Islam jangan dijadikan senjata  untuk menakutkan kaum lain yang  bukan Islam. Islam telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu dan diamalkan untuk mentadbir pelbagai negara yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa tanpa mengira bentuk geografi. Usah cuba untuk mengecilkan fikiran sempit anda, untuk memperkecilkan kewibawaan Islam.

Lantaran  penulisan ini bukan untuk menentang UMNO atau agama lain. Tulisan ini, menjelaskan bahawa agama lain kekal dapat diamalkan oleh orang bukan Islam walaupun jika suatu hari nanti undang-undang negara ini mengamalkan Islam sebagai landasan undang-undang. Ingatlah kepada semua, Islam menerapkan agama sebagai keutamaan bagi mempertahankan bangsa kerana agama menyatukan bangsa tidak ada bangsa dapat menyatukan agama. Marilah kita memahami Islam kerana selama ini ada yang terbuai dek kezaliman Islam. Ingat pemimpin Islam bahawa tanggungjawab kamu memayungi bangsa dan agama lain dan tidak terkecuali berpandukan Al-Quran dan Hadis.


No comments:

Post a Comment