Let Get-It Free!

Monday 13 June 2011

UMNO Peneraju Kerajaan Kebajikan

Isu PAS yang telah melaungkan kerajaan kebajikan seolah-olah meniru kerajaan BN menurut sesetengah pemimpin BN. BN telah lama memperjuangkan kerajaan kebajikan sejak zaman kemerdekaan lagi. PAS juga diminta menggugurkan perkataan Islam dari nama parti tersebut, tidak diketahu apa rasional permintaan ini tetapi nyata PAS dicabar oleh seorang pemimpin Islam yang mahu pengaruh PAS hilang dikalangan melayu Islam.

Hakikat sebenar kerajaan Islam diperjuangkan PAS masih jelas iaitu dengan slogan kerajaan kebajikan yang sebenarnya wujud dalam prinsip kerajaan Islam. Hal ini jelas dan tidak sewajarnya dibelitkan supaya menjerat diri, timbul isu kerajaan kebajikan adalah motif politik yang tidak lagi mempunyai modal yang rasional. Isu kerajaan Islam dibangkitkan supaya ianya menjadi modal melagakan ikatan antara DAP dan PAS tetapi ianya menguatkan pemahaman tentang konsep kerajaan Islam.

Kerajaan kebajikan yang menjadi idaman rakyat ialah menyediakan pendidikan percuma bermula dari tadika sehinggalah keperingkat universiti dan memansuhkan PTPTN dan lain-lain pinjaman pendidikan . Ini merupakan satu acuan yang perlu ada bagi sebuah kerajaan kebajikan dan bukan sekadar mengaku laungan tetapi dari segi praktikal ianya masih jauh ataupun tersasar.

Kadar kemiskinan yang masih wujud amat janggal untuk dikatakan negara kebajikan telah menjadi amalan Malaysia kerana asas kebajikan bermula pada golongan ini. Isu penarikan subsidi minyak yang menjadi tekanan rakyat serta isu pendapatan yang tidak setimpal dengan pendidikan harus menjadi perbincangan pemerintah negara berkebajikan. Kerajaan kebajikan ialah gagasan kerajaan yang mempunyai kedudukan ekonomi kukuh dalam menampung perbelanjaan negara dan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan kebajikan terhadap rakyat.

Rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan sewajarnya dicari bukan mencari bantuan dari pemerintah,konsep ini seharusnya menjadi amalan 222 ahli parlimen dan 576 ahli dewan undangan negeri. Rakyat sekalian, kerajaan berkebajikan bukan hanya ketika pilihanraya kecil mahupun ketika ada lopong yang ingin diisi untuk mengangkat menjadi wira. Ianya adalah landasan paling asas membina negara makmur. Semoga rakyat memikir tanpa ada rasa curiga dan semoga hak sebagai rakyat kekal terpelihara.

No comments:

Post a Comment