Let Get-It Free!

Saturday 17 December 2011

Isu Air Malaysia dan Kesan Ditanggung Johor


Johor menjual air mentah kepada Singapura pada harga RM 0.03 per gelen dan membeli purata sehari 203.73 juta gelen dengan harga RM 0.03. Johor membeli air terawat pada harga RM 0.50 segelen. Secara purata Johor membeli 33.23 juta gelen dengan nilai RM 16,615,000 @ RM 16.615 Juta. Pembelian kembali Johor setelah ditolak urusniaga air mentah, maka Johor mengeluarkan RM 10,503,100 sehari untuk menampung kos air terawat sebanyak 33.23 juta gelen dari Singapura.

Singapura membelanjakan kira-kira RM 6,111,900 @ RM 6.1119 Juta sehari untuk membeli air mentah dari Negeri Johor. Singapura membuat keuntungan mudah dari sumber air Johor sebanyak RM 10,503,100 sehari atau RM 3,833,631,500 setahun atau lebih mudah hampir RM 3.84 billion. Perjanjian air ini ditandatangani pada tahun 1961 dan 1962. Perjanjian air tahun 1961 akan tamat pada tahun 2011 manakala perjanjian air tahun 1962 tamat tahun 2061.

Perjanjian 1961 selama 50 tahun telah memberi keuntungan bersih kepada Singapura sebanyak RM 191,681,575,000 menghampiri sejumlah RM 192 billion. Jumlah yang besar ini adalah duit rakyat Johor yang menanggung kos tinggi air terawat mereka.Pada tahun 2011, rakyat Johor membayar sejumlah RM 1.05 semeterpadu atau setiap 1000 liter. Harga ditanggung yang tertinggi di Malaysia. Gambar di bawah menunjukkan tarif air domestik negara pada tahun 2011 yang dipetik dari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Antara isu yang timbul ialah mengapa rakyat johor harus menanggung kesan perjanjian ini. Saya mengajak kepada pembaca untuk mengulas sebuah isu negara dan kesan perjanjian yang ditandangani oleh pemimpin terdahulu dan menyebabkan negara mengalami kerugian yang besar. Lantaran itu, saya mengajak rakyat Johor memikirkan adakah kepimpinan yang mereka lantik terlalu bodoh untuk berfikir atau mereka sendiri tidak menghiraukan kerugian itu.


Hayyu Zahari
Ayer Keroh
17/12/2011

P/s 1 gelen (US)= 3.7854 liter, 1 gelen (UK)=4.5461 liter dalam perjanjian tidak ada detail unit mana digunakan oleh itu anda harus kira sendiri. Jika diikutkan rasional kita mengikut UK jadi mungkin berdasarkan   unit itu. Tetapi segalanya mungkin.( Sila komen di ruangan bawah).

3 comments:

  1. tahniah en hayyu zahari kerana telah memberi sedikit pengetahuan kepada rakyat msia terutama penduduk negeri johor.. dgn entry ini diharap dpt membuka minda seluruh rakyat msia yang kemungkinan tidak mengambil peduli isu ini..

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara, saya berharap dgn kesedaran yg ada kerajaan akn lebih bersungguh2 utk menjalankan tanggungjawab dan lebih amanah. Slogan "Serve for Public interest" harus tersemat ada pada setiap pemimpin.

    ReplyDelete