Let Get-It Free!

Tuesday 6 November 2012

Kuasa Politik

Akhir kini begitu banyak limpahan PRU lalu dapat dinikmati baik dari kerajaan persekutuan mahupun dari kerajaan negeri tidak terkecuali dari Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Baik dari pemberian BR1M, BB1M dan sebagainya dapat dirasai baik oleh pengundi BN dan PR. Begitu juga dengan air percuma, khairat kematian, wang ganjaran ke IPT dan lain-lain. Alhamdulillah syukur kerana adanya kesedaran politik, maka kerajaan yang mentadbir mula sedar bahawa rakyat harus mendapat sesuatu dari kekayaan negara dan negeri.

Jika dahulu ahli parlimen BN boleh ponteng ketika perbahasan sekarang tidak lagi, bahkan mereka mula peka terhadap setiap perbahasan dan mula mengambil bahagian dan membawa permasalah rakyat kesidang parlimen.

Kalau dahulu hanya kerajaan membentangkan bajet kewangan tetapi kini ahli parlimen pengimbang sudah juga mampu membentangkan bajet alternatif mereka. Ini melihatkan keseriusan mereka dalam mentadbir negara jika berlaku tsunami politik yang lebih besar maka secara automatik mereka telah bersedia untuk mengendong beban pentadbiran negara.

Apa yang lebih besar yang diinginkan ialah mengubah pemikiran ortodok bahawa hanya satu pemerintah yang mampu mentadbir negara. Kesedaran dan kefahaman bagaimana sistem pemilihan pentadbiran ini berjalan berserta fungsinya.

Kita melihat bagaimana kerajaan persekutuan dan negeri yang berbeza parti politik dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Alangkah lebih baik kedua-dua parti politik ini berkerjasama dalam melakukan tanggungjawab yang wajib dipikul tanpa lagi mementingkan glamor politik.





No comments:

Post a Comment