Let Get-It Free!

Sunday 24 April 2011

Sekolah Malaysia

Sistem persekolahan Malaysia ada bezanya dengan semua sekolah yang ada dirantau Asean. Sistem sekolah Malaysia berasingan mengikut jenis sekolah seperti sekolah jenis kebangsaan, Cina dan India. Mengapa terdapat perbezaan  ini, ianya kerana toleransi antara kaum di Malaysia supaya adanya peluang untuk mempelajari bahasa ibunda setiap kaum yang lain.

                Setelah sekian lama sistem ini berjalan di Malaysia, adakah perlu diubah semula atau diteruskan. Terdapat pelbagai pendapat yang berlegar dalam masyarakat yang perlu diselidik dan dihalusi kerana banyak percanggahan diantara masyarakat Malaysia mengenai sistem persekolahan ini.

                Permasalah yang timbul dalam sistem sekolah yang berasingan , adakah memberi kesan terhadap perpaduan rakyat dan adakah ianya menimbulkan perasaan prejudis antara kaum. Inilah masalah yang terhias dipemikiran rakyat, mengapa ialah kelihatan mustahil untuk menjadikan satu sistem sekolah yang sama. Jika ianya dibincangkan secara meja bulat antara kaum dalam menyatukan sistem ini, adakah mustahil untuk dilakukan atau ada yang akan cuba untuk menghalang menjayakan hasrat ini.

                Secara kasarnya, masyarakat faham tentang apa yang diajar di sekolah dan isi kandungan pengajarannya juga adalah sama. Ianya tampak cerah untuk menjadikan sebuat sekolah yang mengajar semua bahasa ibunda masyarakat Malaysia untuk menjaga kebudayaan bahasa mereka agar kekal menjadi keunikan negara ini. Di sekolah ini, semua kaum akan bercampur sejak kecil agar mereka selesa bersama dan mencegah perasaan prejudis antara kaum yang sekarang masih  wujud.

                Prejudis antara kaum, adakah benar masih ada antara rakyat Malaysia? Mengapa ianya wujud, ini kerana kurangnya percampuran antara kaum sejak kecil dan kita sendiri melihat bahawa kanak-kanak kita tidak lagi bermain bersama seperti seketika dahulu. Ah Chong, Ahmad dan Kumar dahulu bermain bola sepak bersama-sama setiap petang dan jika sekarang cucu kepada mereka tidak lagi sapa menyapa.

                Renungan sejenak, mengapa kita tidak duduk bersama untuk berbincang demi negara bangsa Malaysia. Adakah perkauman melebihi kepentingan nasional iaitu untuk menjadikan masyarakat majmuk  yang maju. Adakah pengasingan ini kerana kepentingan politik yang rakus atau sekadar untuk menimbulkan laungan perkauman ketika ianya tampak perlu. Mari kita renung bersama biar sejenak tidak mengapa asalkan ada usaha menyatukan bangsa Malaysia. Semoga kita akan bersatu atas dasar bangsa Malaysia.
                 
                

No comments:

Post a Comment