Let Get-It Free!

Thursday 9 January 2014

Tunjuk Ajar Dalam Kritikan

Adalah sukar untuk kita menerima kritikan tetapi adakah kita harus menjadi tewas bila dikritik. Bila kita menafsirkan kritikan tadi sebagai cubaan menjatuhkan kita dari pihak pengkritik ia langsung tidak menjayakan kita. Bahkan ia telah menimbulkan perasaan tidak senang antara kita dengan pihak pengkritik (Terutamanya bila boss mengkritik). Lebih teruk apabila kita tidak mahu bekerjasama lagi dimasa akan datang. Kita juga tidak tahu niat sebenar mereka dan biarkan mereka yang mengetahuinya.

6 Keadah menerima kritikan:

1. Ketahui kecenderungan anda

Kenali diri kita cenderungan kearah yang bagaimana. Adakah kita jenis yang menidakan sesuatu pada permulaan dan menilainya pada waktu tidurnya. Ambil perhatian terhadap diri anda bagi mencari penyelesaian yang bernilai terhadap masa hadapan.

2. Menguraikan "apa" dari "siapa"

Mulakan dengan mengurai isi penyampaian dari siapa yang penyampaikan. Ia membantu kita menyerap apa yang diperkatakan dahulu sebelum sampai dari siapa. Ia dapat mengelakkan penidakan dari apa yang diperkatakan. Maklumlah kita terlalu personal dan menidakkan semua bila kita tidak suka seseorang.
3. Susun ke arah bimbingan

Aturkan semua kritikan kepada bimbingan. Dengan ini kita memikirkan sesuatu kearah positif.

4. Membongkar maklum balas

Kerap kali maklum balas tidak datang dengan cepat. Lakukan sedikit penyelidikan terhadap maklum balas dari penyampai agar kita mengetahui isi yang cuba disampaikan sebelum ini. Awas kadangkala memang ada yang bertindak cuba menjatuhkan anda, bijak tangani isu begini.

5. Minta hanya satu perkara

Minta sesuatu pandangan yang tergantung dari pihak yang mengkritik anda. Ia mengundang jawapan yang menyakitkan dengan persoalan yang ditumbulkan. Contohnya, " Adakah anda mempunyai sebarang maklum balas untuk saya? Tetapi gunakan "Apakah satu perkara yang anda lihat saya lakukan telah membelenggu kegagalan?" Ia membantu kita keluar dari masalah dari pihak yang mengkritik.

6. Libatkan diri dalam percubaan kecil


Selepas anda telah bekerja dan berusaha mendapatkan dan memahami maklum balas, ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara nasihat yang akan membantu anda dan sebaliknya. Saya mencadangkan lakukan  uji kaji kecil untuk mengetahui. Walaupun anda mungkin ragu-ragu bahawa cadangan akan menjadi berguna. Tetapi ia bernilai untuk mencuba dari gagal tidak melakukan apa-apa.












No comments:

Post a Comment