Let Get-It Free!

Wednesday 18 April 2012

PTPTN dan tanggungjawab.

  1. Soal PTPTN menjadi begitu penting kebelakangan ini, biar ia diterima atau ditentang haruskedua-duanya berpaksikan kebenaran berserta hujah kukuh.
  2. Soal pendidikan di Malaysia ianya menjadi tanggungjawab kerajaan pusat dan kerana itu isu PTPTN harus dibahaskan dalam lingkaran yang bersangkut dengan tanggungjawab Persekutuan.
  3.  PTPTN diperkenalkan oleh Kerajaan sekitar 1997 bagi membuka peluang perniagaan pendidikan dengan tertubuhnya banyak IPTS swasta sejak PTPTN diperkenalkan.
  4. Soal hutang harus dibayar menjadi asas penting dalam isu PTPTN. Ramai berpendapat PTPTN ini disokong oleh kalangan mereka yang liat untuk membayar hutang dan tidak kurang pula yang penyokong PTPTN ini dipandang tidak lain boneka kerajaan. Walau bagaimana pun pandangan kedua-dua ini  harus mengemuka hujah kukuh mengapa mereka menyokong pihak-pihak ini dan bukan berdiri kosong tanpa tujuan.
  5. Benar hutang harus dibayar kerana itu ketetapannya, baik dari segi norma manusia dan juga pegangan agama. Namun begitu, dirujuk kembali kepada asas pembangunan negara, pendidikan merupakan asas pembinaan modal insan untuk pembangunan negara, maka pelaburan dalam pendidikan merupakan pelaburan dalam pembinaan negara.
  6. Apabila timbul soal pendidikan percuma, ianya bukan terhad kepada sektor pengajian tinggi bahkan bermula dari zaman pra-sekolah ke phD.
  7. Soal yang timbul mengapakah kerajaan menyerahkan tanggungjawab pembiayaan pendidikan tadi menjadi tanggungjawab rakyat sedangkan ianya telah menjadi tanggungjawab kerajaan sejak zaman kolonial lagi.
  8. Kita tahu perolehan negara dan ekonomi baik, maka mengapa harus kita membebankan rakyat untuk berhutang untuk pendidikan.
  9. Jumlah wang yang harus dibelanjakan untuk memastikan pendidikan tinggi negara percuma hanya sekitar RM 6 billion setahun dengan kadar peningkatan sekitar 3-5 % setahun. Jumlah ini terlalu kecil jika untuk dibelanjakan kepada rakyat seramai 500,000 orang. Sedangkan penyelesaian pampasan diluar mahkamah untuk Tan Sri Tajuddin melebihi RM 600 juta untuk seorang.
  10. Baru-baru ini PM umumkan KDNK negara meningkat hampir sekali ganda, itu menunjukkan kerajaan mampu untuk mansuh PTPTN dan harus mengambil kembali tanggungjawab pendidikan tinggi negara.
  11. Jika tidak kerana ada pihak bawa isu PTPTN ini, tidaklah beriya Pemuda UMNO mencadangkan 1% kos PTPTN dimansuhkan. Siapa yang dapat manfaat? Rakyatkan!
  12. Kita harus bijak, tidak perlu sampai jadi pakar ekonomi. Kita lihat isu asas dari 3% nak jadi 1% pun kita kena isi macam-macam borang. Tapi pihak yang satu ini tawar tidak perlu pun isi borang untuk mansuhkan PTPTN tetapi kena menang Putrajaya-lah.
  13. Orang pun kata ini semua politik nak menang, itu memang betul dan benar. Kalau tidak BR1M dan pelbagai lagi pun tidak beri,  jika tidak sebab nak menang punya pasal termasuklah air percuma. Tapi asasnya perlu ada perbandingan, yang mana boleh beri kebaikan dalam masa yang sama kita harus melawan penyelewengan. Jangan bila kita dapat terus tutup mata tentang penyelewengan.
  14. Kuasa untuk mansuhkan PTPTN bukan ditangan pak menteri atau PM, tetapi ditangan kita  pengundi. Jika kita nak PTPTN mansuh, kita pilih yang nak beri pemansuhan. Jika mereka menang dan mansuh PTPTN tapi buat juga penyelewengan kita tukar kerajaan lain.Mudah-kan?
  15. PM bagi kata dua, mansuh PTPTN tapi cukai akan dinaikkan. Sah-sah rakyat tidak mahu cukai dinaikkan. Mahu pilih PM ini?
  16. Team 1 lagi tawar PTPTN free dan pendidikan semua peringkat free. Tidak kata naik apa-apa pun termasuk cukai. Dia kata duit negara cukup untuk buat semua itu. Jadi macam mana dengan anda? Mana nak pilih?
  17. Jadilah bijak untuk memilih, pandang dari segenap sudut dan bukan tuli penyokong. Rakyat yang bijak, Memilih Pemimpin yang Bijak. Rakyat yang rasuah, Pilihnya pemimpin yang rasuah.

Anda dialu-alukan memberi komen dan pandangan. Pihak saya juga sedia berdiskusi sama ada melalui perdebatan dan perbincangan secara terus. Apa yang dilakukan adalah untuk manfaat bersama dan terutama rakyat Malaysia.

Hayyu Zahari
       Ayer Keroh
       18/4/2012

1 comment: