Let Get-It Free!

Saturday 31 March 2012

Tawaran PRU-13

Menjelang Pilihan Raya ke-13 yang akan tiba, Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang telah menyatakan komitmen mereka terhadap kesempitan hidup rakyat dan bakal melaksanakan beberapa langkah awal jika berjaya MENERAJUI Putrajaya.

Bersumberkan maklumat yang dipercayai, Pakatan Rakyat akan melaksanakan beberapa langkah mengurangkan bebanan rakyat iaitu:

  1. Menurunkan Harga Minyak : Tindakan penurunan ini akan diambil dalam tempoh 24 jam menang Pilihan Raya.
  2. Penurunan Tarif Elektrik : Tindakan penurunan ini akan diambil kurang dari tempoh sebulan mentadbir Putrajaya.
  3. Memperkenalkan Gaji Minimum : Kerajaan PR akan memperkenalkan sistem gaji minimum RM 1100 pada waktu terdekat ketika mentadbir dan mungkin akan ditingkatkan berdasarkan bebanan semasa rakyat.
  4. Memansuhkan PTPTN : PR akan memansuhkan PTPTN dan memperkenalkan pendidikan percuma bagi mengurangkan bebanan mahasiswa yang baru menamatkan pengajian disamping berhasrat menjadikan pendidikan percuma disemua peringkat dari rendah sehingga tertinggi.
  5. Menurunkan Harga Barangan : Menurunkan harga barangan dan mengawal selia harga secara ketat agar kenaikan harga barangan yang tidak terkawal dapat diatasi dan rakyat tidak terbeban oleh tekanan harga barangan yang melampau.
  6. Menurunkan Harga Gula : PR juga akan menurunkan harga gula yang melambung tinggi kebelakangan ini, yang sudah pasti membebankan rakyat.
  7. Memerangi Penyelewengan : PR berjanji akan memerangi penyelewengan yang berleluasa baik dalam sistem kerajaan dan juga swasta. Ini berdasarkan pengalaman yang diperolehi ketika mentadbir Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan juga ketika dahulu Perak.
Segala maklumat di ataskan bukan maklumat lengkap janji PRU 13 tetapi adalah sebahagian rancangan untuk mengurangkan bebanan rakyat oleh Pakatan Rakyat. Namun begitu, jika ada mana-mana pihak yang ingin menjelaskan dengan fakta bahawa rancangan ini tidak akan tercapai, diharapkan melampirkan hujah yang kukuh dan berasas agar rakyat dapat menilai pilihan yang relevan untuk dipilih.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh 
31/03/2012

1 comment: