Let Get-It Free!

Showing posts with label Hayyu Zahari ©. Show all posts
Showing posts with label Hayyu Zahari ©. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

DRB-Hicom ambilalih Proton

DRB-Hicom telah mengambilalih sejumlah 42.74% saham dari Khazanah Nasional dengan nilai sekitar RM 3 Billion. Proton juga telah meneliti segala kesan terutamanya kakitangan dan vendor-vendor.

Harga jualan Proton kepada Hicom dianggarkan pada RM 6.00 sesaham berbanding harga terakhir sebelum  digantung sekitar RM 5.18. Usaha Hicom mengambilalih Proton antaranya mengukuhkan syarikat automotif negara bagi lebih berdaya saing.

Antara kelebihan Hicom ialah mempunyai kerjasama dengan syarikat gergasi Jerman iaitu Volkswagen dapat dimanipulasi bagi meningkatkan mutu pengeluaran dan kecekapan dari aspek kejuruteraan.

Kilang pemasangan Volkswagen di Malaysia harus dimanfaatkan seperti menganalisis kecekapan pemasangan yang diamalkan oleh mereka. Proton juga telah menerima pelbagai ramuan dari Mitsubishi, Lotus, Renault dan kini Volkswagen melalui Hicom. 

Segala peluang ini harus diambil bagi memartabatkan Proton dimata dunia dengan menghasilkan kereta bermutu tinggi dan harga yang berpatutan. Jika kini Proton menghasilkan sekitar 220,000 unit setahun dan kadar economic production quantity (EPQ) ialah sekitar 250,000 unit, maka Proton harus memenuhi jumlah pengeluaran seperti itu bagi mengurangkan kos pengeluaran selain usaha pemantapan jenama Proton itu sendiri bagi diterima seantero dunia.

Proton mempunyai keupayaan yang luar biasa dari aspek peluang pemasaran terutamanya di negara timur tengah dan harus dimanfaatkan kerana Proton adalah jenama Malaysia. Tanpa pengambilalihan dari DRB-Hicom, Proton masih mampu untuk bersaing tetapi harus berlaku internal transformation dalam Proton itu sendiri. Antara aspek yang harus dijadikan fokus ialah pre-production dan production yang mana mampu mengurangkan pelbagai kos termasuk bahan, pemasangan, proses, buruh dan tenaga.

Selain itu, aspek Supply Chain Management dan pemilihan vendor terbuka mampu memperkukuhkan Proton dalam aspek pembekalan barangan berkualiti pada harga relevant. Setiap aspek ini harus diperinchikan supaya pelaksanaan pengukuhan itu tidak hanya populis tetapi ianya tindakan serius untuk membina Proton ketahap yang lebih tinggi. Pelbagai perinchian yang boleh dibuat oleh bijak pandai yang digaji oleh Proton atau konsultan-konsultan yang dibayar sedemikian tinggi bagi menginjak Proton ketahap yang lebih tinggi. 

Hayyu Zahari
Durian Tunggal 
21/01/2012

Sunday, 4 December 2011

The dilemma of UMNO

Over 54 years ruling Malaysia with unbeaten result in the general election for 12 times in parliament. Over the era of Najib Razak, UMNO facing the critical rival from the combination of Pakatan Rakyat lead by Anwar Ibrahim the former Duty Prime Minister.

In the UMNO 2011 convention, UMNO started to strengthen their support from the core of the party by giving the explanation about the issues involving their leadership. The crisis of the leadership has become crucial to influence every single vote in the next general election.

From the last general election result, UMNO won in rural and lost to the city areas where the people is influenced by the alternative media. If we were review on the people who are suffer on the economic and infrastructure issues involving rural but the highest voter are them. Are they really suffered?

Something that disappointed us is the commitment of the leaders to finding a solution of public suffered. It is a chance to the rural delegation of UMNO to bring forward the community issues. Rural are trapped with the slogan of “Jasa UMNO”.

Educated people will never thinking about the “Jasa UMNO”, for them UMNO are persuade to Rakyat to lead country. But when the time is come over, UMNO launched “Rakyat mesti ingat jasa UMNO yang memajukan negara”. By persuade Rakyat, UMNO won a majority seats at rural areas.

Educated people never think UMNO the “only one” to ruler of the country. But we are looking for the ruler with integrity and ethical. They work for the rakyat and not even claim as a “Jasa kepada rakyat”. The truth, we rakyat paying your salary monthly even giving many facilities that we never get it.

It is a time to UMNO, to change the way their thinking about the loyalty of rakyat. Reforming is important in UMNO.For the next general election, the posibility to UMNO dominating as a government are difficult. It is time to UMNO reviewing the slogan of “Syok Sendiri”.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
4/12/2011

Thursday, 1 December 2011

Mari Mahasiswa, kita lakukan perubahan!

Tiba masanya kesedaran membuak-buak dalam sanubari mahasiswa untuk melakukan perubahan setelah kebebasan kita diinjak-injak sekian lama oleh pemerintah yang tamakkan kuasa.

Mengapa kita perlu diketepikan sekian lama dalam pentadbiran negara? Mengapa suara kita perlu dibisukan? Adakah kerana kita menyampaikan pendapat itu bermaksud kita ingin negara kucar-kacir?

Apakah erti undang-undang ini? Adakah kami mahasiswa dianggap sebagai pengancam keamanan negara? Inikah taraf sebagai mahasiswa sejak 1975 diletakkan dalam pemerintah?

(1) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memanggil, berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya. 

(2) Mahasiswa tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya. 

(3) Mahasiswa, pertubuhan, badan atau kumpulan mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai atau mengguna pembesar suara atau seumpamanya. 

(4) Melarang mahasiswa menggunakan bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya. 

(5) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. 

(6) Melarang mahasiswa dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagan, pekerjaaan atau aktiviti lain secara sepenuh masa atau sambilan yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini. 

(7) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lainlain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. 

(8) Melarang mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa daripada menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan badan-badan lain. 

(9) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada memungut wang. 

(10) Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan mahasiswa adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan  dilakukan atas nama atau bagi pihak persatuan atau kumpulan mahasiswa itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia /mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia/mereka boleh didakwa atas kesalahan itu walaupun dia/mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

(11) Melarang mahasiswa mengorganisasikan, mengapikan atau menyertai pemboikotan sesuatu peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas atau aktiviti lain yang sah dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran universiti.

(12) Melarang mahasiswa atau pertubuhan mahasiswa daripada membuat rayuan atau apa-apa perhubungan lain dengan pihak akhbar atau orang ramai berkaitan dengan universiti sama ada secara lisan, tulisan atau apa jua cara sekalipun.

(13) Melarang menerbit atau mengedar dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dibenarkan oleh naib Canselor. 

(14) Jika seseorang mahasiswa tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah diberi atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus maka mahasiswa itu adalah bersalah atas kesalahan tatatertib.

Bagaimana saudara/saudari mahasiswa merasa undang-undang ini berkesan untuk melindungi kepentingan negara atau pemerintah?

Adakah kita terlalu bodoh untuk memikirkan masalah negara dan kita harus tersekat dengan undang-undang ini?
Saya ingin mengajak saudara/saudari untuk mengikuti hasil tulisan seorang Timbalan Menteri tentang pandangan beliau yang agak segar dari pemerintah ala kolonial yang masih berbekas dalam pentadbiran negara.

YB Saifuddin Abdullah antara orang yang agak saya hormati dalam hasil penulisan beliau kerana wawasan yang berbeza dari kalangan kuda tua yang masih tidak mahu mengambil langkah pembaharuan dalam memahami isi hati mahasiswa khasnya, amnya rakyat marhain.

Saya berharap saudara/saudari dapat menyelusuri pemikiran Timbalan Menteri yang cuba menongkah arus untuk mendekati perjuangan mahasiawa. Bagi mahasiswa, semoga penulisan dari YB ini dapat menjadi pemangkin dalam perjuangan menuntut keadilan.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
1/12/2011

Wednesday, 30 November 2011

UMNO tiada Imunisasi

 "Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti" Tan Sri TPM. Dalam sejarah peradaban manapun di dunia sekalipun pasti tampuk pemerintahan itu bertukar.

Jika sebuah pemerintahan tidak bertukar maka pemerintah pasti mentadbir sesuka hati sepertimana UMNO lakukan sekarang.

UMNO perlu sedar PAS tidak akan menggantikan mereka kerana UMNO ini SEKULAR dan PAS ini membawa Islam sebagai asas perjuangan  dan cuma ambil alih dari UMNO.

“DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

Terima kasih kerana UMNO sedar DAP menggunakan ayat Al-Quran dengan sebutan salah kerana namapun mereka bukan Islam. Tetapi menarik kerana baru beberapa tahun PR wujud ada juga pemimpin bukan Islam dalam  PR cuba mengkaji Al-Quran. MCA & MIC bila lagi nak kaji? 54 tahun bersamakan? Apa mereka faham?

Isu Khalifah Umar Abdul Aziz ini dikaitkan dengan KM Pulau Pinang. YB Lim Guan Eng berminat dengan kisah Khalifah Umar tapi tiada pula beliau samakan dirinya dengan Khalifah Umar. Alhamdullillah baca juga KM Pulau Pinang tentang sejarah hebat tentang pemerintahan Islam dahulu, ini berkembangan baik kerana mereka ingin mempelajari tentang Islam itu sendiri. Perlu ke main isu sempit macam ini? Jadi JANTAN sikit!

“Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?” TPM.

Bertakbir ini apa sebenarnya? Adakah dengan bertakbir itu bermaksud memuja DAP? Jawapannya tidak, soal asas menjadi budaya penyokong PAS ini suka sebut "Allahuakbar" ketika ada ceramah. Mungkin ada pihak rasa panas jika takbir ini dilaungkan itu isu ini timbul.

Soal negara Islam ini menjadi asas perjuangan PAS dan sebab ini juga UMNO ditolak oleh melayu Islam yang bersama PAS. Isu yang pertama sekali mengecam PAS bukan DAP tetapi UMNO sampai dalam perhimpunan agung masih nak kecam.Apa pasal? Takut ke? Ada berani Debatlah? Jadi macam KJ berani, biarpun kalah. DAP jadi orang kedua sebab mereka ini telah ditakutkan oleh UMNO tentang negara Islam. Kononnya negara Islam akan paksa bukan Islam bertudung contohnya. Banyak lagi yang salah UMNO terangkan pada suku-sakat mereka.

Makin dekat nak pilihanraya ini lagi macam-macam isu berbangkit. Dari dulu sampai sekarang UMNO asyik burukkan PAS tentang negara Islam tetapi dulu waktu darurat itulah orang yang kau cari. Selagi UMNO tidak "gentleman" macam KJ dan Saifuddin Abdullah, UMNO akan mereput.

Yang Benar,
Hayyu Zahari
30 November 2011.

Sunday, 27 November 2011

Transformasi Politik

  • Politik golongan muda yang tidak kepartian.
  • Bebas mengkritik kepimpinan yang tidak cekap, lembab dan tidak amanah.
  • Bebas mengubah kepimpinan berdasarkan prestasi semasa kerajaan negeri atau persekutuan.
  • Pegangan politik baru ialah ekonomi yang mampan, pengurusan kerajaan yang cekap, pengangguran rendah, kebijaksanaan dalam bajet negara atau negeri serta rasuah sifar.
  • Mengangkat kepimpinan muda yang berkaliber dan berjiwa rakyat.
  • Mengurangkan bebanan hutang negara melalui pengurusan kewangan mampan (bukan dengan memotong subsidi).
  • Meningkatkan simpanan emas negara supaya mata wang negara dalam keadaan kukuh. 
  • Meningkatkan pelaburan jangka pendek berprestasi tinggi.
  • Melaksana ekonomi berkapasiti tinggi untuk rakyat secara efektif (Bukan slogan).
  • Malaysia merintis demokrasi menyeluruh pertama didunia (Sekarang demokrasi kuku besi)
  • Memperkasa sistem pentadbiran Universiti Awam supaya lebih efektif dan berdaya saing diperingkat antarabangsa.
  • Media yang bebas secara praktikal.
  • Memperkasa syarikat berkaitan kerajaan untuk melipat gandakan keuntungan negara.
  • Pembaharuan dalam sistem pilihanraya.
  • Melaksana pengstukturan semula jabatan kerajaan.

Asas utama pencapaian ini ialah meletakkan kesedaran bahawa kerajaan yang mentadbir berpegang kepada prinsip “ berkhidmat untuk rakyat” secara menyeluruh dan mengatasi matlamat peribadi. Soalnya adakah pemimpin sebegini?

Saturday, 26 November 2011

Ke Mana Malaysia Melangkah!

Kini, 54 tahun Malaysia merdeka. Detik itu terus melangkah melakar rentetan sejarah negara. Kemerdekaan yang diperjuangkan dengan darah dan airmata tidak mengira apapun bangsa sekali yang berjuang atas dasar kemerdekaan tanah air yang menjadi tempat bersemadinya  jiwa raga warga Malaysia.

Kini, 54 tahun bebas menentukan nasib kita sendiri. Adakah kita masih ingin mengasingkan diri kita sebagai bangsa yang berbeza? Berjuang atas dasar bangsa yang berbeza? Adakah serpihan dari bangsa penjajah ini masih harus kita ikuti? Adakah kita harus terus diperbodohi?

Adakah pemuda-pemudi tidak menyedari kita diperbodohi oleh dasar penjajah yang ingin kita tidak berdiri?Sejauhmana kita harus terus begini? Bilakah kita akan bersatu tanpa menghiraukan kepentingan bangsa? Ke manakah semangat kesatuan dalam masyarakat kita yang membawa jiwa Malaysia?

Adakah kita harus membiarkan warga kita mempunyai fahaman perkauman lagi? Manfaat apa perkauman ini? Kita belajar pada sekolah berbeza-beza, untuk apa kita duduk berasingan lagi? Adakah salah bersatu dalam sistem pendidikan? Adakah dengan menyatukan sistem pendidikan bermaksud kita menghapuskan bangsa lain? Wujud lagi jurang bangsa? Dimana pula bangsa Malaysia setelah 54 tahun kita merdeka?

Adakah harus kita mempunyai fahaman berbeza-beza untuk matlamat yang berbeza-beza? Untuk kepentingan apa? Jika dahulu darah merah menitis ke bumi, tidak pula kita memikirkan soal bangsa dan warna kulit. Tetapi, 54 tahun bebas kita menentukan nasib ini, kita memilih untuk berjuang berbangsa-bangsa. Kita berjuang untuk kepentingan bangsa-bangsa, adakah ini sebenar kemahuhan kita?

Kebodohan siapa yang kita warisi? Adakah langkah Malaysia kita untuk seketika? Adakah kita harus begini untuk 50 tahun lagi? Adakah masih terlalu awal untuk kita berubah ke tahap ini? Adakah kita akan selesa dengan pegangan sebegini? Adakah mahu perpecahan ini terus begini? Hentikanlah kebodohan ini, supaya Malaysia Harmoni.

Saturday, 19 November 2011

DAP sah TIDAK terima Hudud

  • Ia amat mengejutkan bila pengakuan ini diucapkan secara UMUM oleh YB Lim Kit Siang.
  • Tapi beliau BUKAN Islam jadi memanglah dia tidak terima sebab JAHIL.
  • Cabaran buat PAS untuk menerangkan kepada DAP tentang Islam yang sememangnya UMNO gagal terhadap sekutu mereka MIC,MCA dll.(PAS jangan pandai KRITIK)


PESANAN buat Kaum Muslim :

  1. Gugur IMAN seseorang Muslim jika menolak Hudud.
  2. Jangan komen apa-apa tentang Hudud jika anda sendiri TIDAK tahu.
  3. WAJIB atas kaum Muslim untuk penyokong pelaksanaan Hudud. 
  4. Hudud ini mesti SAMA dengan apa yang Allah tetapkan dalam Al-Quran jika perbezaan ia bukan Hudud.
  5. Jika seseorang telah dijatuhkankan hukuman Hudud diatasnya, maka Allah tidak akan menyeksanya diatas kesalahan yang telah dijatuhkan Hudud keatasnya diakhirat kelak.( HIKMAH Hudud)
  6. Hukuman Hudud TIDAK wajib keatas NON-MUSLIM.
  7. WAJIB bagi Muslim mewar-warkan tentang HIKMAH Hudud.
  8. Hudud jalan TERBAIK selamatkan Manusia.
Jika anda tertanya-tanya pendirian saya tentang Hudud, maka saya SETUJU pelaksanaannya. Saya mempunyai ramai rakan NON-MUSLIM dan saya akan berusaha untuk memberi PENERANGAN Hudud terhadap mereka.

Akhir kata saya MENYERU kaum MUSLIMIN, mari kita bersama-sama berjuang untuk PELAKSANAAN Hudud.

Biar DARAH menitis ke BUMI,
Pasti RANJAU sangat BERDURI,
Walau JASAD terkubur BERSENDIRI,
HUDUD akan TETAP terdiri.

Tuesday, 8 November 2011

The Heat of PPSMI

Problem Statement

The government's decision to abolish the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) policy has garnered all manner of reactions – some positive, some not. (The Sun Daily)

Advantages of PPSMI
  • Improve rural student capability in English language and competent the same as urban student.
  •  Student will competitive in international market.
  •  Reduce cost of translation book.
  • Improve time consumption in gathering knowledge in English.
  • Student able to refer an abroad book.

Disadvantages of PPSMI
  • Weakening of the National language proficiency
  • Loss of National identity
  • Lack of respect to national language
  •  Rural student difficult to score Mathematic and Sciences for the earlier stage of PPSMI.

Challenge
  • The different view between politician on the PPSMI
  • The community resistance when their child failed Sciences and Mathematic.
  •  The policies on the PPSMI will change time to time depend on community pressure or politic change.
  • The strain from National Language partisan.

Victim
  • Student, teacher and parents cause of inconsistent education policies.
  • People are suffering to paid tuition fees on Mathematic and Sciences subject to ensure their children pass exam. (Rural much more forced).
  • The Language that been forgotten.
Conclusion

The education policy is related to future of young generation, while it been implemented of course there are many feedback that should been studied. It is crucial to ensure the development of human capital but not a short way to earn a tremendous support all over Malaysia. Policies are important to ensure the survival of Malaysia and the people, but sometimes good policies are not pleased to citizens. In that time, leadership is important to convince a public that benefits of the policy to them and the facts is important to support. Compulsion an avoided and trust will come over you.

Friday, 28 October 2011

Academic Freedom

Academicians should have a freedom to write their ideas in academic view. The ideas should defended with data and references without any plagiarism.

Academicians should have a space to critic government and opposition. Criticism should based on academic facts and no tried to influence people by slander.

They should have a freedom to come any conferences that organized by any parties. They have their right to give any speeches for academic purposed without any action as long as they not tried to cause agitation in country.

Students should have a freedom to listen to anyone they would like to hear without any obstruction as long as they have not tried to make chaos.

Students have the right to write and talk about what they think about country, leaders or any situation that might be critical.

To solve any problems that related to academic, they needs to sit and discuss together without using media to drop any parties that against government. Debate may be useful to them for stand with facts and avoid slander to person.

Thursday, 20 October 2011

UIA Gantung Aziz Bari


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menggantung pakar perlembagaan Professor Dr. Abdul Aziz Bari kerana memberi kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan Universiti. Sebelum ini Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Penggantung Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang merupakan pensyarah kanan undang-undang di UIA perlu dikaji semula kerana ia melibatkan isu akademik dan undang-undang. Jika benar Akta Hasutan 1948 yang dimaksudkan tidak bercanggah dengan maksud yang dinyatakan maka beliau tidak wajar digantung.

Sebagai negara demokrasi, UIA sewajarnya berpegang kepada prinsip demokrasi yang mana sesiapapun yang tidak disabit kesalahan adalah tidak bersalah. Maka, kedudukan Prof. Dr. Aziz Bari sebagai pensyarah tidak wajar digantung selagi beliau tidak didapati bersalah.

UIA sebagai universiti yang terkehadapan dalam bidang undang-undang tidak harus mengambil keputusan tergesa-gesa kerana reputasi universiti mungkin akan dipandang serong oleh pihak tertentu sebagai universiti berkelas dunia.

Kenyataan Aziz Bari adalah sebagai ahli akademik yang terakui kebolehannya sebelum ini harus tidak tergaul bersama dengan polemik politik. Isu yang diulas olehnya harus berkisar dengan pandang akademik. Usah kerana pandangan beliau seakan pro pembangkang dan beliau harus dilayan tidak adil.

Sunday, 9 October 2011

Demi Rakyat Kepada Rakyat

Dalam suasana ekonomi yang kian mencabar dalam persaingan untuk mendapat keselesaan kehidupan dan kita berdepan dengan pelbagai cabaran. Setiap sen perbelanjaan rakyat meningkat saban tahun ke tahun dan hasil pendapatan masih pada tahap yang rendah.

Kenaikan harga barangan yang tidak terkawal dan defisit perbelanjaan negara juga meningkat mahupun perbelanjaan harian rakyat. Sedar atau tidak ini adalah kesan dari rakyat sendiri yang memilih kerajaan.

Sedar atau tidak ianya hanya bermula pada sekeping undi yang dipandang remeh. Sekeping undi ini adalah tanggungjawab kita kepada negara dan rakyat yang bernaung dalam Malaysia. Sekeping undi ini telah mencorakan sejarah negara Malaysia.

Besar atau kecil kesannya dinilai melalui akal, rakyat bertanggungjawab terhadap rakyat yang lain dalam menentu haluan kita Malaysia. Undi anda menentu dasar negara, undi kita menentu corak kepimpinan negara. Undi kita menentu nasib 27 juta rakyat negara yang bernaung dalam sebuah negara bernama Malaysia.

Demi rakyat kepada rakyat, semai kesedaran terhadap hak mengundi anda. Harapan rakyat kini meruncing, menginginkan sebuah negara yang sejahtera. Hutang rakyat bertambah sedangkan pendapatan tidak berubah. Bagaimana nak ubah? Undilah!

Hari ini rakyat happy sebab gaji naik. Kakitangan kerajaan 1.3 juta sahaja, tapi harga barangan naik 27 juta yang kena terima. Kakitangan swasta naik gaji harga barangan tidak naik, sebab mereka naik gaji peniaga tidak tahu. Kakitangan swasta lebih 5 juta dapat bonus berbulan-bulan tidak heboh macam kakitangan kerajaan yang dapat setengah bulan. Macam mana hendak ubah? Undilah!

Hari ini anak belajar universiti habis belajar hutang 20 ribu-50 ribu ringgit Malaysia tapi mungkin ada yang lebih lagi. Belajar rajin-rajin masuk IPTA pun kena bayar juga sama juga dengan IPTS. Tapi gaji pokok lepas keluar U dari zaman tahun 90-an dengan sekarang lebih kurang sama sahaja tapi ada kerajaan kesah? Hendak ubah? Undilah!

Hari ini tengok jalanraya semua berturap baru sedangkan udah 5 tahun jalan tu berlopak sana sini. Tapi bila nak dekat dengan PRU-13, wah semuanya berubah betul-betul ghairah. Bila semua ini akan berubah? Selagi tidak ubah pangkah. Pangkah??PRU-lah.

Friday, 30 September 2011

Umum GST Kuburkan BN

Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli menggesa kerajaan untuk mengumumkan perlaksanaan cukai GST sebelum pilihanraya ke-13 sebagai melihat kutipan undian rakyat terhadap GST. Setiap undi terhadap BN adalah sokongan rakyat terhadap penerimaan cukai tersebut kelak.



Namun begitu seperti yang telah dijangkakan kerajaan tidak akan mengemukan dasar-dasar yang akan dilaksanakan jika menang PRU 13 kerana sedar ia pasti tidak menguntungkan golongan rakyat pertengahan dan rendah bahkan menekan dan menghimpit kehidupan rakyat.

Perkhabaran tentang GST sangat kurang dibaca dan diselidiki bukan hanya masyarakat desa bahkan golongan intektual seperti mahasiswa juga tidak memandang isu serius ini. Isu ini perlu diberi perhatian oleh golongan muda supaya menggunakan kuasa undian dalam PRU akan datang.

Mahasiswa juga perlu bangkit dalam menrevolusi pemikiran muda dan menjadi asas sebuah revolusi rakyat. Walaupun AUKU menyekat sebuah perjuangan rakyat berstatus mahasiswa adakah kita perlu gentar! Adakah selamanya harus gentar?

Bagaimana kehidupan Mahasiswa bila diperkenalkan GST? Bagaimana pula saudara kita yang berpendapatan rendah? Adakah bantuan akan tiba? Sedangkan ketika GST belum diperkenalkan, jutaan rakyat menghadapi kesukaran hidup dan bantuan pula tenggelam timbul.

Harus siapa yang memperjuangkan isu semua ini? Ketua Bahagian UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP atau BN? Sebenarnya ialah akar umbi. Rakyat perlu mengubah sinario ini, sinario yang lama menjadi dilema. Ubah ketika upaya, ubah belum sengsara.

Thursday, 22 September 2011

Tun Mahathir tidak lulus Hukum Hudud di Kelantan

Memetik kenyataan Tun Mahathir yang meminta Menteri Besar Kelantan untuk memohon Perdana Menteri meluluskan Hukum Hudud Kelantan telah menunjukkan bahawa beliaulah yang tidak meluluskan dan menyetujui permintaan kerajaan negeri Kelantan untuk mengamalakan undang-undang hudud ketika menjawat jawatan no. 1 itu dahulu.

Jelas bahawa ada kesungguhan kerajaan Pas Kelantan masih ingin menggamalkan undang-undang Islam walaupun banyak pihak memandang parti itu sebagai menukar landasan perjuangan mereka. Tampak halangan sebenar adalah kerajaan persekutuan dan parlimen bagi membenarkan undang-undang itu diamalkan oleh negeri Kelantan.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.
"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit AIDS...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Memetik laporan Kementerian Kesihatan bahawa negeri Kelantan menunjukkan peningkatan AIDS 4 kali ganda dari negeri lain untuk tahun 2008-09. Laporan ini amat mengejutkan kerana seolah-olah menggambarkan Menteri Besar Kelantan itu gagal mendidik rakyat Kelantan tentang Islam.

Membinggungkan, AIDS boleh merebak dengan pelbagai cara bukan hanya melalui seks bebas. Menteri kesihatan juga perlu mengkaji apakah langkah pencegahan yang mereka ambil di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Adakah dengan mengedarkan kondom-kondom dapat mencegah AIDS dari merebak atau melalui pengharaman pusat hiburan yang menyumbang kepada peningkatan AIDS.( Pusat Hiburan di seluruh Malaysia)

Biarpun AIDS bukan hanya merebak melalui seks bebas tetapi ianya menjadi titik tolak pertama menyumbang penyakit maut ini. Ini telah menjadikan Hukum Hudud paling efektif menangani masalah masyarakat islam yang terjebak dengan pelacuran. Diingatkan bahawa Hudud bukan milik PAS atau UMNO ia milik Allah S.W.T ( Hududullah). Sebagai Islam terutamanya pemimpin utama yang paling berkuasa harus mengambil peluang melaksanakan hukum ini kerana diberi kesempatan mentadbir oleh Maha Berkuasa.

Jika isu sensitiviti kaum dibangkitkan kerana Hukum Hudud itu tidak menjadi masalah besar. Walhal jelas pada bukan islam bahawa pada permulaan Hukum Hudud ini diperkenalkan untuk umat islam sahaja jika suatu masa kelak mereka merasakan hukum ini mendatangkan kebaikan maka terpulang kepada pendirian ketika itu jika tidak mereka masih boleh mengamalkan undand-undang sedia ada. Penyelesaian yang seimbang?

Tetapi jelas umat islam perlu sedar bahawa dengan hukum hudud kita pasti dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. kerana sangat membantu dalam mendisplinkan fizikal dan rohani. Isu hudud bukan isu politik PAS atau UMNO tetapi isu umat islam sejagat bahkan dengan itu insyallah bukan hanya kita mendapat rahmat tetapi sekian alam dilimpahi keagungan Maha Bijaksana.

Sila Rujuk Laporan Berita ini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayabukanlagiperdanamenteri_laksanalahhududsekarang__DrMahathir/Article

Thursday, 1 September 2011

Federal Land Development Authority (FELDA)

FELDA sudah berusia melebihi 55 tahun dalam memajukan penduduk luar bandar dengan pembukaan tanah untuk diusahakan sebagai ladang getah atau sawit pada permulaannya. Ini merupakan inisiatif yang berkesan ketika permulaan untuk menjana ekonomi negara dan rakyat.

Setelah usia FELDA melangkaui 55 tahun dan telah menyumbang pelbagai kemajuan termasuk kawasan tempat tinggal yang dilengkapi dengan kemudahan lengkap dan ramai dikalangan anak generasi pertama FELDA telah melangkah jauh merentasi kepayahan hidup seawal mereka tinggal di FELDA.

Mereka ini telah menerima pendidikan yang tinggi dan mampu memacu ekonomi negara dalam sektor swasta dan kerajaan. Begitu juga dengan generasi ketiga dan keempat melangkah untuk terus maju di bumi Malaysia.

Dek kerana ke prihatinan yang terbit dikalbu dan kemajuan penyampaian ilmu melalui pelbagai sumber mereka menyedari suatu yang tidak kena dengan FELDA. Antara kisah yang paling mendapat perhatian ialah isu Kadar Perahan Gred (KPG) yang dahulu dimainkan.

Mengapa isu ini dibangkitkan kembali? Ini kerana peluang peneroka untuk menuntut hak mereka sedang Pilihanraya Umum Ke-13 semakin menghampiri. Generasi FELDA perlu menggunakan ruang dan peluang ini sebagai batu loncatan untuk mendapatkan hak yang mereka anggap sebagai penipuan terang.

Isu peneroka jelas, mengapa KPG ini harus diselesaikan. Adakah seperti seorang mencubit,seorang menampar, yang menampar jugalah mendapat salah? Bermaksud adakah kesalahan yang dilakukan orang cerdik didalam diam , tidak diketahui orang; kesalahan si bodoh didalam terang terus dipersalahkan. Adakah kes FELDA yang memberi nilai KPG yang salah harus dilidungi atau disorokkan. Adakah salah penyiasatan dibuat supaya isu ini jelas dan disiasat oleh badan bebas yang mana terdiri dari kalangan generasi FELDA yang bijak pandai.

Isu KPG ini sebenarnya melibatkan jutaan atau mungkin menjangkau billionan ringgit. Soalnya bagaimanakah sebegitu tinggi? Bayangkan setiap tan sebenarnya melibatkan penipuan sehingga RM 50-RM80 penyusutan nilai. Bayangkan setiap peneroka yang hasilnya setiap bulan antara 12-18 tan atau RM 960-RM 1440 sebulan dan melibatkan berapa tahun.(Boleh buat pengiraan sendiri)

Adakah usaha asal untuk meningkatkan tahap ekonomi berubah untuk meragut keuntungan rakyat? Atau kerana iri hati terhadap perolehan para peneroka? atau terdapat pihak yang melihat sebagai peluang untuk membuat kekayaan?

Ini tidak termasuk dengan penyelewengan hak pemberian tanah, baja, racun dan lain-lain yang menghiasi sejarah FELDA di Malaysia. Para peneroka harus meletakan pendirian tetap bagaimana mereka mengalami kepayahan mengusahakan ladang sedangkan hasil tuai mereka ditipu dengan kaedah licik yang cermat tetapi diketahui itu.

Oleh itu, peluang pada PRU 13 ini merupakan suatu landasan yang tepat untuk bersuara kerana kita yakin pasti perubahan itu mampu dilakukan secara aman melalui pilihanraya. Walaupun adakalanya kita sendiri tidak menyakini ketulusan pilihanraya tetapi selagi termampu kita lakukan undian itu demi rakyat yang terhimpit dek pemimpin rakus dan taksub kekuasaan. Mungkin kita berasa selesa dengan nikmat yang kita miliki tetapi bagaimana yang tertindas dan siapa yang ingin membela mereka?

Tetapi ingat kezaliman tidak pernah menguasai kebenaran,jika melalui cara kotor yang jijik dan jelik memenangkan mereka tetapi usah lupa bagaimana yang berlaku di luar negara dengan ombak kebangkitan rakyat. Ubah sebelum terlambat, Sebelum diri terjerat.

(Penulisan ini berdasarkan kesempatan bersama dengan peneroka yang telah mengusahakan ladang sawit FELDA sejak tahun 1976.)

Thursday, 14 July 2011

Menambah Baik Pilihan Raya Malaysia

Tiada jalan mati. Simpulan yang dapat dibuat tentang usaha menjadikan sistem pilihan raya Malaysia kearah lebih baik. Dalam usaha menambah baik apa jua sistem pasti ada jalan atau ruang.

Memetik usaha dalam mengadakan suatu sistem pilihan raya di Malaysia haruslah disokong jika ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada sesiapapun bahkan meyakini rakyat untuk mengiktiraf bahawa kita memilih pemimpin dengan cara yang adil dan sudah pasti pemimpin itu menang dengan kaedah yang paling bermaruah.

Pihak yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ini sudah pasti tidak akan terhenti disitu selepas perhimpunan 9 Julai 2011 lalu. Mereka pasti akan terus menuntut pilihan raya seperti yang telah dicadangkan.

Rakyat pasti ada yang menyokong dan menentang tuntutan mereka (BERSIH 2.0), tetapi harus difahami bahawa kita wajar menyokong atau menolak selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak dalam mempertahankan tindakan mereka.

Demi mempertahankan sistem demokrasi negara ini, satu saranan dibuat kepada kerajaan dengan mengadakan debat antara pihak kerajaan dan BERSIH bagi memberi peluang kepada rakyat menilai hujah bernas dari kedua pihak. Turut wajar menyertainya ialah SPR, ahli parlimen kerajaan, ahli parlimen pembangkang dan menteri yang terlibat.

Debat ini seharusnya disiarkan secara langsung melalui RTM melalui rancangan hangat mereka Bicara Rakyat dan moderatornya pasti Sayed Munawwar. Permasalahan ini wajar dikupas agar rakyat celik tentang politik bijak iaitu menyokong berdasarkan fakta dan tidak terbawa-bawa emosi dalam memberi sokongan.

P/S: Kepada pembaca lontarkan cabaran ini kepada mereka yang disenaraikan.