Let Get-It Free!

Sunday, 9 October 2011

Demi Rakyat Kepada Rakyat

Dalam suasana ekonomi yang kian mencabar dalam persaingan untuk mendapat keselesaan kehidupan dan kita berdepan dengan pelbagai cabaran. Setiap sen perbelanjaan rakyat meningkat saban tahun ke tahun dan hasil pendapatan masih pada tahap yang rendah.

Kenaikan harga barangan yang tidak terkawal dan defisit perbelanjaan negara juga meningkat mahupun perbelanjaan harian rakyat. Sedar atau tidak ini adalah kesan dari rakyat sendiri yang memilih kerajaan.

Sedar atau tidak ianya hanya bermula pada sekeping undi yang dipandang remeh. Sekeping undi ini adalah tanggungjawab kita kepada negara dan rakyat yang bernaung dalam Malaysia. Sekeping undi ini telah mencorakan sejarah negara Malaysia.

Besar atau kecil kesannya dinilai melalui akal, rakyat bertanggungjawab terhadap rakyat yang lain dalam menentu haluan kita Malaysia. Undi anda menentu dasar negara, undi kita menentu corak kepimpinan negara. Undi kita menentu nasib 27 juta rakyat negara yang bernaung dalam sebuah negara bernama Malaysia.

Demi rakyat kepada rakyat, semai kesedaran terhadap hak mengundi anda. Harapan rakyat kini meruncing, menginginkan sebuah negara yang sejahtera. Hutang rakyat bertambah sedangkan pendapatan tidak berubah. Bagaimana nak ubah? Undilah!

Hari ini rakyat happy sebab gaji naik. Kakitangan kerajaan 1.3 juta sahaja, tapi harga barangan naik 27 juta yang kena terima. Kakitangan swasta naik gaji harga barangan tidak naik, sebab mereka naik gaji peniaga tidak tahu. Kakitangan swasta lebih 5 juta dapat bonus berbulan-bulan tidak heboh macam kakitangan kerajaan yang dapat setengah bulan. Macam mana hendak ubah? Undilah!

Hari ini anak belajar universiti habis belajar hutang 20 ribu-50 ribu ringgit Malaysia tapi mungkin ada yang lebih lagi. Belajar rajin-rajin masuk IPTA pun kena bayar juga sama juga dengan IPTS. Tapi gaji pokok lepas keluar U dari zaman tahun 90-an dengan sekarang lebih kurang sama sahaja tapi ada kerajaan kesah? Hendak ubah? Undilah!

Hari ini tengok jalanraya semua berturap baru sedangkan udah 5 tahun jalan tu berlopak sana sini. Tapi bila nak dekat dengan PRU-13, wah semuanya berubah betul-betul ghairah. Bila semua ini akan berubah? Selagi tidak ubah pangkah. Pangkah??PRU-lah.

No comments:

Post a Comment