Let Get-It Free!

Tuesday, 13 December 2011

Simpanan Emas dan Perbandingan

Sumber : World Official Gold Holdings, "International Financial Statistics", (November 2011) dan The World Bank. 

Netherlands sebuah negara sebesar negeri pahang (perbanding kasar) mempunyai simpanan emas sebanyak 612.5 tan  berada di tangga ke-10 dunia. GDP negara kecil ini $ 783,413,245,033 (2010) jauh mendahului negara kita Malaysia.(The World Bank).GNI per kapita $ 49,750 dengan jumlah penduduk sekitar 16-17 juta.

Saudi Arabia negara kaya dengan minyak memiliki simpanan emas 322.9 tan tangga ke-16 dunia dengan GDP $ 434,666,133,333 (2010)  serta GNI per kapita $ 16,190 (2009). Penduduk sekitar 27-28 juta.

Thailand dengan jumlah 152.4 tan tangga ke-23 di dunia dengan GDP negara sekitar $ 318,846,998,674 pada tahun 2010. Jumlah penduduk sekitar 69,122,234 pada tahun 2010 dan GNI per kapita $ 4,150. Negara ini di kelaskan sebagai negara "Upper Middle Income".

Libya negara Presiden Muammar Gaddafi yang baru digulingkan dengan simpanan emas sejumlah 143.8 tan berada di tangga ke-24. GDP negara sekitar $ 62,360,446,571 pada tahun 2010 dan jumlah penduduk 6,355,112 (2010) serta GNI per kapita $ 12,320. Di sebalik cananggan umum terhadapan keburukan kepimpinan diktator itu pihak The World Bank gagal mencari data kemiskinan rakyatnya dan berkelas negara "Upper Middle Income".

Philippines mempunyai simpanan emas 128.7 tan berada di tangga ke-25 dengan GDP $ 199,589,447,424 dan jumlah penduduk sekitar 93,260,798 berserta pendapatan GNI per kapita $ 2,060 pada tahun 2010. Negara ini berkelas "Lowe Middle Income".

Singapore negara kecil ini menyimpan 127.4 tan emas berada pada tangga ke-26 berkelas "High Income " dengan GDP sekitar $ 222,699,188,979 dan GNI per kapita $ 41,430. Jumlah penduduk sekitar 5,076,700 pada tahun 2010 dan The World Bank juga tiada memiliki data kemiskinan negara ini. Persoalan seketika samada terlalu ramai yang miskin atau terlalu sedikit? Bagaimana anda rasa tentang Libya? Kaya atau Miskin?

Indonesia negara teramai umat Islam di dunia, rakyat negaranya 239,870,937 (2010) dengan simpanan emas sejumlah 73.1 tan berada pada tangga ke-38. GDP negara ini sekitar $ 706,558,240,892 (2010) dan GNI per kapita $ 2,500 serta data kemiskinan 13.3% (2010).

Malaysia tanah tumpah darahku, menyimpan emas sebanyak 36.4 tan sejak tahun 2000-2010 berada pada tangga ke-49 dunia. Dengan GDP negara sekitar $ 237,803,850,459 dan GNI per kapita $ 7,760 (2010). Kadar populasi sekitar 28,401,017 (2010) dengan kadar kemiskinan pada tahun 2009 kepada 3.8 % berbanding pada tahun 2007 kepada 3.6 %. Berwaspada kerana kadar kemiskinan meningkat kerana kenaikan harga barangan dan sebagainya. Fikir-fikirkan kenapa simpanan emas tidak meningkat sekian lama? Adakah kerana bajet negara yang selalu defisit menyebabkan kita tidak menambah simpanan emas kita? Negara kita berkelas "Upper Middle Income".

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
13/12/2011

7 comments:

  1. nak komen sikit je..tp xtau la de kena mengena ke x..bg aku,rakyat malaysia x menyedari bahawa emas lebih bernilai dr wang ringgit...

    ReplyDelete
  2. choco,
    Emas sgt bernilai krn hrg meningkat seiring dgn kos kehidupan semasa.

    Emas simpanan negara gunanya utk menjadi sandaran kepada cetakkan wang negara. Jika byk simpanan emas, maka kita boleh merasai nikmat matawang seperti pound contohnya.

    Bg wanita anda harus menjadikan emas sbg simpanan tetapi zakat kena igt.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah saya akan teruskan... Terima kerana menyokong saudara Mohd Hafifi..

    ReplyDelete
  4. salam
    satu pertanyaan

    apakah hubung kait diantara bajet negara dgn simpanan emas negara?

    ReplyDelete
  5. Wasalam,

    Dari segi perkaitan secara langsung mgkn tiada,tetapi perkaitan secara tidak langsung.Jika kita mempunyai duit lebihan dari bajet kita mampu menambahkan jumlah simpanan emas negara.Jika kerajaan mahu. Simpanan emas lebih berkaitan dgn nilai mata wang negara.

    ReplyDelete