Let Get-It Free!

Thursday, 8 December 2011

Menteri Jawap Pakai Otak!


Y.B. Dato' Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Parlimen: Baram, Sarawak (P220)

Mengulas tentang isu kos sara hidup rakyat dan dalam isu kali ini menfokuskan tentang harga kereta dan kos pembayaran balik.

Persoalan pertama yang dibawa oleh ahli parlimen Shah Alam Y.B. Ir. Khalid Samad berkenaan harga kereta yang terlalu mahal dan ini disebabkan Dasar Automotif Negara (DAN) yang berlanjutan selama lebih 25 tahun. Dasar ini awalnya diperkenalkan untuk membolehkan Proton menapak dalam industri automotif.

Mungkin ada yang kurang arif, perkaitan harga kereta yang tinggi dengan dasar ini. Apabila dasar ini diperkenalkan cukai kereta import yang dibawa masuk bermula dengan 100 peratus keatas. Harga kereta yang dibeli oleh rakyat teramat tinggi dan menyebabkan rakyat menanggung hutang kepada bank bagi memiliki kereta. Tambahan kadar gaji yang tidak meningkat dan masih kekal pada aras awal 90-an.

Persoalan yang kedua dibawa oleh ahli parlimen Indera Mahkota Y.B. Azan bin Ismail berkenaan beban pembayaran balik yang ditanggung rakyat keseluruhan. Perkaitannya antara nilai kereta yang tinggi dan membolehkan pihak bank mengaut keuntungan kerana jumlah pinjaman yang tinggi. Sedangkan kita tahu kadar harga kereta menyusut setiap tahun bagi kenderaan yang dimiliki.

Apa yang mengecewakan ialah jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri tentang kesengsaraan rakyat. Bagaimanakah beliau seorang wakil rakyat tidak peka langkah yang harus diambil oleh kerajaan.

Pihak saya mencadangkan kerajaan melakukan tranformasi dalam pentadbiran Proton bagi membolehkan rakyat menikmati harga kereta yang lebih rendah. Antara tranformasi yang harus dilakukan ialah:

  1. Membina kereta dalam kadar ekonomik : Proton dalam waktu sekarang tidak mengeluarkan dalam kuantiti yang ekonomi, mereka seharusnya meningkatkan pengeluaran untuk mencapai kadar ekonomik.
  2. Membina kereta yang berkualiti : Proton harus serius dalam membina kereta berkualiti untuk bersaing dengan Jepun dan menggunakan segala kepakaran Lotus untuk memastikan kereta Nasional ini menjadi impian pengguna luar dan dalam negara.
  3. Memastikan Pentadbiran Proton cekap : Kerajaan harus memastikan ahli lembaga pengarah proton terdiri mereka yang serius untuk membawa proton kehadapan dan bukan mereka yang ingin menikmati gaji puluhan ribu.
Jika diikutkan masih banyak cara untuk memastikan proton tidak lagi disubsidi oleh kerajaan (Bukan rakyat shj kena subsidi). Contoh dalam bidang kejuruteraan memang banyak cabang yang boleh diperbaiki jika diulas hanya jurutera akan memahami tetapi mesej saya untuk rakyat supaya berfikir tentang YB menteri diatas. Adakah wajar dia menjadi wakil rakyat?

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
8/12/2011

4 comments:

  1. Salam saudara,

    ianya satu saranan yg bagus,dan apakata kali ni kita melihat tindakan ini pula dari perspektif yg berbeza,apa pula pandangan saudara jika tindakan kerajaan ini merupakan salah satu langkah paling agresif dlm lembut utk 'mengalakkan' rakyat utk menbeli kereta buatan tempatan? Memilih keluaran tempatan sebagai pilihan pertama?mengurangkan kemasukan kereta2 import dan paling penting ianya juga salah satu cara kerajaan utk memujuk rakyat utk membuat pemilihan berdasarkan jurang perbezaan harga yg ditawarkan?Anda boleh membeli kereta keluaran import tetapi harus menbayar dgn harga yg tinggi dgn cukai yg ditetapkan,bagi mengelak duit kita dari dihantar keluar atau terus menyokong kereta keluaran negara utk menyokong ekonomi negara kita..?mcmn?pada saya,jika kita memandang secara terbuka,tiap keputusan itu pasti ada hikmah yg baik dibelakangnya..terima kasih.

    ReplyDelete
  2. DemokrasiItuSekular12 December 2011 at 15:06

    Hudud adalah undang2 orang Arab padang pasir.

    Islam ada banyak macam Islam. Islam syiah, islam sunni,

    Ugama adalah alat untuk raja memerintah. Sebelum ugama, raja dikatakan penjelmaan Tuhan. Tapi itu nampak sangat tak logik.

    Sebab itu Catholik ada Maharaja England, portugal. dan Arab saudi ada Raja Saudi etc.

    Malaysia pula ada Islam Hadhari. Islam tamadun yang bukan alat untuk raja. Lebih kepada civilisation dan keadilan.

    Democracy juga bermakna lebih ramai orang boleh terlibat dalam undang2 bukan golongan yg mengelar diri mereka ulama mcm harun din.

    Kalau majority tak setuju dengan pndapat jumud harun din maka tak jadilah.

    ReplyDelete
  3. DemokrasiItuSekular,

    TG Harun Din tidak meletakkan pendapat beliau peribadi lebih utama dari apa yg termaktub dalam Al-Quran dan Hadis. Maka pendapat itu lebih terpandu, jika sudah dilandasi oleh Al-Quran dan Hadis maka saudara masih berpendapat ianya Jumud maka saya tidak tahu bagaimana menjangkakan pemikiran saudara.

    Tetapi asasnya saya harap saudara mengikuti Post berkaitan hudud yg saya lampirkan oleh TGHD. Saya bukan arif dalam ilmu keagamaan tetapi beliau lebih arif berbanding kita. Hudud ini berkaitan kepercayaan (Iman) kepada Allah. Maka lebih baik jika kita tidak memahami, utk tidak mengkritik tetapi bertanya.

    ReplyDelete
  4. Saudari Tini Hashim,

    Saudari kelihatan lebih berani dgn mendedahkan identiti sendiri, ini penting dalam sebuah perjuangan.

    Bila kita melaksanakan DAN antara sasarannya utk memacu ekonomi negara melalui cukai dan industri automotif yg menggaji Ratusan ribu pekerja dari Supplier hingga ke jualan proton sndri.

    Saya seorang yg kurang gemar dgn kereta Nasional asalnya,tetapi jika kepentingan negara maka Proton harus disokong.

    Saya beranggapan kualiti yg ditawarkan dan harga tidak berbaloi utk dimiliki. Jika kita bandingkan dgn harga tanpa cukai kereta luar yg jauh lbih rndh.

    Jika kualitinya setanding tetapi pada harga pada nilai semasa kereta tempatan itu lebih baik. Saya mengulas dari sudut nilai kejuruteraan kerana melalui kejuruteraan harga kereta lbih rendah seperti mana Toyota buktikan.

    ReplyDelete