Tiada jalan mati. Simpulan yang dapat dibuat tentang usaha menjadikan sistem pilihan raya Malaysia kearah lebih baik. Dalam usaha menambah baik apa jua sistem pasti ada jalan atau ruang.
Memetik usaha dalam mengadakan suatu sistem pilihan raya di Malaysia haruslah disokong jika ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada sesiapapun bahkan meyakini rakyat untuk mengiktiraf bahawa kita memilih pemimpin dengan cara yang adil dan sudah pasti pemimpin itu menang dengan kaedah yang paling bermaruah.
Pihak yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ini sudah pasti tidak akan terhenti disitu selepas perhimpunan 9 Julai 2011 lalu. Mereka pasti akan terus menuntut pilihan raya seperti yang telah dicadangkan.
Rakyat pasti ada yang menyokong dan menentang tuntutan mereka (BERSIH 2.0), tetapi harus difahami bahawa kita wajar menyokong atau menolak selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak dalam mempertahankan tindakan mereka.
Demi mempertahankan sistem demokrasi negara ini, satu saranan dibuat kepada kerajaan dengan mengadakan debat antara pihak kerajaan dan BERSIH bagi memberi peluang kepada rakyat menilai hujah bernas dari kedua pihak. Turut wajar menyertainya ialah SPR, ahli parlimen kerajaan, ahli parlimen pembangkang dan menteri yang terlibat.
Debat ini seharusnya disiarkan secara langsung melalui RTM melalui rancangan hangat mereka Bicara Rakyat dan moderatornya pasti Sayed Munawwar. Permasalahan ini wajar dikupas agar rakyat celik tentang politik bijak iaitu menyokong berdasarkan fakta dan tidak terbawa-bawa emosi dalam memberi sokongan.
P/S: Kepada pembaca lontarkan cabaran ini kepada mereka yang disenaraikan.
No comments:
Post a Comment