Let Get-It Free!

Saturday, 26 November 2011

Ke Mana Malaysia Melangkah!

Kini, 54 tahun Malaysia merdeka. Detik itu terus melangkah melakar rentetan sejarah negara. Kemerdekaan yang diperjuangkan dengan darah dan airmata tidak mengira apapun bangsa sekali yang berjuang atas dasar kemerdekaan tanah air yang menjadi tempat bersemadinya  jiwa raga warga Malaysia.

Kini, 54 tahun bebas menentukan nasib kita sendiri. Adakah kita masih ingin mengasingkan diri kita sebagai bangsa yang berbeza? Berjuang atas dasar bangsa yang berbeza? Adakah serpihan dari bangsa penjajah ini masih harus kita ikuti? Adakah kita harus terus diperbodohi?

Adakah pemuda-pemudi tidak menyedari kita diperbodohi oleh dasar penjajah yang ingin kita tidak berdiri?Sejauhmana kita harus terus begini? Bilakah kita akan bersatu tanpa menghiraukan kepentingan bangsa? Ke manakah semangat kesatuan dalam masyarakat kita yang membawa jiwa Malaysia?

Adakah kita harus membiarkan warga kita mempunyai fahaman perkauman lagi? Manfaat apa perkauman ini? Kita belajar pada sekolah berbeza-beza, untuk apa kita duduk berasingan lagi? Adakah salah bersatu dalam sistem pendidikan? Adakah dengan menyatukan sistem pendidikan bermaksud kita menghapuskan bangsa lain? Wujud lagi jurang bangsa? Dimana pula bangsa Malaysia setelah 54 tahun kita merdeka?

Adakah harus kita mempunyai fahaman berbeza-beza untuk matlamat yang berbeza-beza? Untuk kepentingan apa? Jika dahulu darah merah menitis ke bumi, tidak pula kita memikirkan soal bangsa dan warna kulit. Tetapi, 54 tahun bebas kita menentukan nasib ini, kita memilih untuk berjuang berbangsa-bangsa. Kita berjuang untuk kepentingan bangsa-bangsa, adakah ini sebenar kemahuhan kita?

Kebodohan siapa yang kita warisi? Adakah langkah Malaysia kita untuk seketika? Adakah kita harus begini untuk 50 tahun lagi? Adakah masih terlalu awal untuk kita berubah ke tahap ini? Adakah kita akan selesa dengan pegangan sebegini? Adakah mahu perpecahan ini terus begini? Hentikanlah kebodohan ini, supaya Malaysia Harmoni.

No comments:

Post a Comment