Let Get-It Free!

Tuesday, 22 November 2011

Imej Indonesia-Malaysia

Sukan SEA 2011 jelas mencemarkan imej Republik Indonesia. Jika sebelum ini seteru utama mereka ialah Malaysia dan berbeza kali ini kerana tabiat buruk rakyat mereka mencemarkan imej negara itu dengan menambah koleksi musuh senusantara.

Jika dilihat dari sudut sejarah terdapat kesamaan yang amat kuat antara Malaysia dan Indonesia. Dari kerumpunan dan budaya, kaitan persaudaraan dan kumpulan etnik jelas kesamaan itu sangat tebal. Malang sekali atas dasar politik dan kegagalan aspirasi pepimpin agung Indonesia, Bapa Sukarno untuk menjadikan sebuah gagasan Indonesia Raya.

Diatas pandangan beliau tentang Malaysia sebagai "negara tanpa konsepsi" dan beberapa pidato beliau yang menyemarakkan semangat kebencian terhadap Malaysia. Sesuatu yang tidak pelik atas kebencian melampau rakyat Indonesia terhadap Malaysia kerana disuapkan oleh persepsi buruk tentang Malaysia.

Tidak dinafikan Presiden Sukarno memang seorang nasionalis hebat Indonesia yang berjaya membawa sebuah konsep kebangsaan Indonesia atas pemikiran dan pidato beliau yang hebat telah memerdekakan Indonesia dari Belanda. 

Jika pepatah "Pena lebih Tajam daripada Pedang" pernah berlingkar dikotak minda kita, maka itulah dibuktikan oleh Sukarno. Hanya menggunakan kebijaksanaan dan kebernasan ideologi beliau meresapi setiap nadi pemuda Indonesia untuk menentang Belanda dan sesuata ketika Malaysia melalui konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Diatas ideologi Sukarno itu, maka kebencian antara Indonesia-Malaysia tercetus dan membara. Timbul soal adakah kebencian ditanam dalam pendidikan mereka untuk membenci Malaysia atau media yang menyemarakkan isu tertentu.

Melihat ketegangan melampaui batas antara Malaysia-Indonesia yang terbawa-bawa ke dalam sukan sungguh menyedihkan. Kadangkala kebencian itu menjejaskan persepsi kita terhadap warga mereka yang mencari rezeki di Malaysia. Lebih 2 juta warga mereka di Malaysia termasuk PADI dan PATI serta PR. Adakah terpikir oleh mereka bertapa Malaysia jualah saudara serumpun mereka?

Sudah tiba masa Malaysia-Indonesia berdamai secara "total" dan kedamaian itu moga menjadikan Malaysia-Indonesia sebuah kuasa ekonomi diperingkat asia dan dunia. Biar yang lalu itu berlalu kerohnya, dan yang jernih jua meresapi jiwa raga Malaysia-Indonesia. Moga persaudaraan yang ada tidak lumpuh dek hanya kedangkalan akal yang cetek. 




2 comments:

  1. sy tersangatlah setuju

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, harap akn ada warga indonesia komen suatu hari nnt.

    ReplyDelete