Let Get-It Free!

Monday, 25 April 2011

YB Si Tanggang


            Si tanggang kisah yang sering didendangkan oleh nenek moyang kita dahulu tentang anak derhaka kepada ibunya. Tidak berbeza dengan Yang Berhormat wujud kini, tetapi siapa sebenarnya YB si tanggang.

Ketika pilihan raya, ramailah calon-calon yang merayu agar mereka dipilih supaya dapat melunaskan tanggungjawab sebagai YB yang amanah dan prihatin. Mereka ini bersungguh bekerja sepanjang tempoh kempen dan menemui segenap corok penjuru rakyat jelata menjanjikan khidmat cemerlang demi masa depan bersama.

Mereka ini mewar-warkan bahawa rakyatlah tuan kepada kerajaan dan kerajaan patut mendengar rintihan dan keluhan yang rakyat sampaikan. Namun malang dan menduka citakan, selepas menang pilihan raya dan tewas dikawasan tertentu, mereka pula mengatakan rakyat tidak mengenang budi.
Pelik dan jelik, sewajarnya mereka patut bersyukur rakyat masih percaya untuk memilih mereka sebagai wakil dan sewajarnya mendengar suara rakyat. Bahkan berani mengatakan rakyat tidak mengenang budi. Siapa yang wajar mengenang budi siapa, kalau tidak kerana rakyat ini memilih kamu tidaklah berada setinggi itu.

Rakyat generasi baharu ini memang celik fikiran, tidak lagi sedunggu dulu setia melulu kepada kamu tetapi setia kepada kerja serta budi. Laungan rakyat semakin jelas, sesiapa malas pasti tumpas. Si Tanggang pasti ditelan ombak, ombak rakyat diluar hitungan. YB Si Tanggang semoga berlalu,tinggal hanya wakil baharu. Pilihan raya akan tahu, Si Tanggang pasti malu, rakyat tidak mahu kamu, selamat tinggal Si Penipu.

No comments:

Post a Comment