Alhamdullilah, setelah seminggu Pilihanraya Sarawak RON 95 belum lagi dinaikkan. Semoga hal ini tidak akan berlaku dalam tempoh setahun dua lagi. Keputusan juga telah diketahui umum dan pelbagai telahan telah keluar dari media semasa dan alternatif. Dengan keputusan dua per tiga dari Barisan Nasional dapatlah mereka mengekalkan pentadbiran yang lalu. Namun petunjuk baru undi terhadap Pakatan Rakyat terus dapat melebarkan penggaruh mereka bukan sahaja di bandar bahkan jua kawasan luar bandar. Memang mungkin PKR tidak boleh berkokok tinggi tetapi gerakan Pakatan Rakyat semakin meninggi mengejar deposit tetap Barisan Nasional di Sarawak dan mungkin wabak ini akan merebak ke Sabah kelak. Ketahuilah umum bahawa kemenangan Barisan Nasional semakin mengecil dari jumlah kerusi dan pertanyaan yang berlegar diruangan pemikiran pemimipin apakah sebenar kemahuan rakyat.
Kemahuan rakyat ialah mahu sebuah pemerintahan yang cekap dan amanah tetapi benarkah ini kemahuan rakyat yang sebenar atau sebuah cetusan yang dapat menyemarakan kearah keinginan itu. Adakah selama ini rakyat tidak pernah kesah tentang hak mereka, namun kebelakangan ini mereka semakin menjadi-jadi menyuarakan melalui undi mereka. Tetapi adakah benar pemimpin-pemimpin tertentu ini tidak amanah dan tidak cekap atau satu rekayaksa bagi mendapat pengaruh. Adakah benar ini semua terjadi atas nama perjuangan membebaskan rakyat dari kepompong yang menyekat kehidupan selama ini membelenggu diri atau rektorik rekaan merampas kuasa. Kuncinya berada pada rakyat untuk membongkar kesahihan kesah politik negara ini. Bangun rakyat mencari kebenaran tiada salahnya kerana negara ini milik mereka, ataupun polimik gimik ini akan terus berlangsung dalam PRU 13.
Terlintas fikiran mencari kebenaran yang nyata dan tiada sangsinya, mencari kebenaran untuk negara tercinta dan tiada sekatannya. Bersuara berani seksa menanti, pendam diri akhirat menanti, bersama undi menjadi saksi, negara demokrasi akan terdiri. Inilah sebenarnya dilema rakyat kini, inginkan perubahan atau juga perhatian dari pemimpin yang selama ini dibelai mimpi. Mari rakyat bersama-sama meneliti setiap kandungan berita yang dibawa adakah hakikat atau dusta supaya kita tidak lemas tipu muslihat yang menginginkan matlamat melunaskan kuasa. Rakyat ketahuilah bahawa tiada suatu pun dalam undang-undang negara ini menetapkan hanya satu parti yang berkuasa tetap atau kekal. Tetapi mereka yang akan mentadbir negara perlulah mendapat undian majoriti bagi parlimen untuk mentadbir negara Malaysia. Hampir 54 tahun mandat mentadbir negara pada Barisan Nasional dan inilah Malaysia negara kita. Terpulang kepada anda untuk memilih dan tiada siapa yang dapat menahan anda kerana menyokong parti-parti tertentu dan ini adalah hak yang nyata dan jika berlaku paksaan atau pencabulan hak ini maka ketahuilah bahawa anda berada dalam negara demokrasi kuku besi.
No comments:
Post a Comment