Assalammualaikum,
Penulis saya kali ini berkisar dengan PRU-13 dan merupakan
PRU ke 4 saya lalui dengan penuh kefahaman tetapi yang pertama sebagai pemilih
rasmi.
Secara terang saya inginkan pembaharuan politik sejak saya
berusia 11 tahun dan kini hampir menjenggah usia 26 tahun. 15 tahun saya
menganalisis politik sehingga kini, dan 4 kali berturut-turut saya merasai
kegagalan dalam PRU sebagai penyokong.
Pegangan politik saya bukanlah ikut-ikutan dan juga bukan
bawaan keluarga tetapi ianya penepati pemikiran yang dibenihi oleh pembacaan
dan pemerhatian saya lalui.
Kegagalan menerajui Putrajaya bukanlah perkara baru, bahkan
ia membuatkan saya semakin faham ada perbezaan jelas antara pengundi Bandar dan
luar Bandar.
Kecelikan politik bukan milik semua orang apatah lagi
keghairahan seperti saya ini berbeza sekali dengan teman seusia. Dahulu
rakan-rakan saya tidak tahu politik tetapi sekarang mereka lebih mengetahui
dahulu dari saya. Harapnya mereka mengundi dan mengerti bahawa masej yang ingin
disampaikan bahawa Malaysia mampu ditadbir lebih baik dari Kerajaan Barisan
Nasional berbekas dihati.
Cemohan dari penyokong ikut-ikutan tidak membekas bahkan
menjadi pemangkin bahawa suatu hari nanti mereka akan sedar mengapa saya
menentang kerajaan sedia ada.
Selamat Maju jaya.
No comments:
Post a Comment