Let Get-It Free!

Tuesday, 13 March 2012

Letak Jawatan Belum Selesai Masalah

Akhirnya setelah sekian lama mendapat tekanan, Ketua Wanita UMNO meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Namun begitu, kes NFC yang berkait dengan dana awam RM250 Juta serta tanah seluas 5000 ekar yang telah dianugerahkan kepada keluarga bekas menteri itu masih dalam persoalan. PR tegas ia merupakan salah guna kuasa dan melibatkan "conflict of interest" sebagai seorang menteri dan juga aktivis masyarakat.

Pemberian projek itu dikatakan tidak mendapat penilaian yang telus kerana masih ada syarikat yang lebih layak dan berpengalaman dalam mengendalikan projek berimpak tinggi ini.

Turut menjadi masalah utama ialah penggunaan wang dana untuk membeli beberapa kondominium mewah yang tidak berkaitan dengan perancangan asal dana yang disalurkan. NFC dalam masa yang sama juga tidak mencapai matlamat pengeluaran daging lembu tempatan yang disasarkan tetapi telah mengalihkan wang dana kepada kepentingan pelaburan syarikat.

Isu ini tidak akan timbul jika dana ini adalah berbentuk pinjaman biasa yang tidak berkait dengan projek awam mahupun kerajaan. Jelas sekali sumber kewangan RM250 Juta adalah untuk kegunaan mencapai matlamat 60 peratus keluaran daging lembu tempatan untuk kegunaan negara. 

Setelah NFC gagal mencapai sasaran 60 peratus daging lembu tempatan dalam pasaran negara dan menyalahgunakan wang dana awam untuk kepentingan pelaburan syarikat, NFC turut membekalkan daging lembu tempatan ke negara singapura sedangkan gagal memenuhi bekalan daging tempatan.

Walaupun beliau telah meletak jawatan, siasatan harus dijalankan dengan tulus dan tegas tanpa mengira pangkat dan darjat. Hukuman sewajarnya harus dijatuhkan kepada pihak yang terlibat dan bersubahat dalam merencana komplot jahat terhadap agenda rakyat. 

Seharusnya hukuman yang dikenakan akan menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka tidak harus terlibat dalam kerja yang bertentangan dengan tugas menjaga kepentingan awam serta negara. Tanpa mengira bulu, undang-undang harus dikenakan kepada sesiapa tanpa mengira keistemewaannya.

Hayyu Zahari
Ayer Keroh
13/03/2012

No comments:

Post a Comment