Rancangan perhimpunan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadual pada 9 Julai 2011 seperti ada tangan yang memainkan boneka menurut sesetengah pihak. Ada rasional disebalik andaian ini kerana sememangnya ada tangan yang menerasi tindakan ini. Siapa yang menerasi wujudnya BERSIH ialah rakyat yang inginkan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih serta saksama.
Mengenang kejadian pada November 2007 yang telah menyebabkan kerugian kira-kria RM 10 Juta dalam perhimpunan itu juga turut membawa kepada kerosakan harta benda awam. Pihak polis telah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan seberang permit sama ada ditempat terbuka mahupun tempat tertutup. Itu yang sedikit mengelirukan, kerana PDRM sebelum ini menghalang perhimpunan BERSIH kerana bimbang kerosakan awam tetapi tindakan tanduk mereka seakan bimbang meruntuhkan kerajaan sedia ada. Apa menyokong hujah diatas ialah mereka mampu mengeluarkan permit untuk diadakan pada tempat tertutup tanpa menjejaskan para peniaga akan tetapi PDRM masih enggan mengeluarkan permit.
Kelihatan tindakan PDRM dicengkam bayangan yang tidak rasional, tindakan mereka seolah menggangguk patuh arahan seseorang yang berpengaruh. Begitu juga kenyataan Ulama Muda UMNO yang menyatakan Islam melarang umatnya melakukan perkara membawa mudarat sedangkan mereka sendiri menyokong tindakan rakyat Palestin menjatuhkan presiden Hosni Mubarak. Adakah kenyataan mereka berpekongkan politik atau menafikan hak rakyat?
Pelbagai pendapat yang cuba menampakkan tindakan BERSIH sesuatu yang salah dan adakah mereka telah melihat hal ini dari kepentingan masyarakat atau hanya bimbang tentang kejatuhan mereka suatu hari kelak. Perhimpunan BERSIH harus diteruskan dengan mengikut etika yang betul dan sewajarnya tiada pihak kerajaan mahupun NGO yang cuba menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka pasti akan menimbulkan 2 pertembungan yang menyebabkan perbalahan. Jika wujud mereka yang ingin menghalang perhimpunan BERSIH sedangkan mereka tidak mempunyai hak atau kuasa adalah jelas mereka hanya ingin meraih kepentingan politik.
PDRM juga sewajarnya menahan golongan yang ingin menghalang perhimpunan ini kerana mereka sendiri akan menyebabkan sebuah perhimpunan aman menjadi tegang. PDRM adalah dialu-alukan untuk mengawasi perhimpunan ini dan menahan mana-mana pihak yang membawa senjata, menimbulkan suasana tegang, atau merosakan harta benda awam tetapi memberi rakyat ruang untuk menyuarakan rasa agar PDRM juga tidak dicemuh dek tindakan berat sebelah. Walaupun perhimpunan ini tidak mendapat permit, PDRM sewajarnya professional untuk tidak menahan mana-mana pihak yang tidak menimbulkan suasana tegang. Alangkah lebih baik mereka meluluskan permit dan menghantar sedikit anggota untuk mengawasi perhimpunan ini dari mengambil langkah menghalang permit perhimpunan kerana itu menyebabkan rakyat yakin PDRM masih dihantui bayangan politik pemerintah.
No comments:
Post a Comment