Harga minyak dijangkakan dinaikan dari sudut andaian penganalisis ekonomi. Harga minyak RON 95 diandaikan pada harga RM 2.70 seliter pada harga pasaran semasa. Justeru itu, kerajaan dijangkakan akan menaikkan harga minyak selepas pilihan raya umum nanti. Penangguhan itu disebabkan boleh mempengaruhi arah sokongan rakyat terhadap kerajaan jika harga minyak dinaikan sekarang, rakyat mempunyai pilihan untuk memilih sama ada untuk memilih kerajaan mereka pada pilihan raya umum kelak.
Kerajaan sekarang berhadap dengan cabaran untuk terus meningkatkan harga minyak dan berhadapan dengan tekanan harga semasa. Jika dilihat kerajaan seperti tidak mampu untuk mempertahankan subsidi minyak kepada rakyat hari ini dan berhadapan dengan tekanan Pakatan Rakyat yang lantang mendakwa mereka mampu menurunkan harga minyak jika mentadbir Putrajaya. Tindakan Pakatan Rakyat yang menongkah arus bagi menurunkan harga minyak selepas pilihan raya telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat untuk terus memikirkan hala tuju kerajaan Malaysia yang baharu.
Rakyat mempunyai pilihan yang sangat berbeza antara dua seteru politik terbesar Malaysia, sama ada untuk memilih kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Barisan Nasional melaungkan amaran akan menaikkan harga minyak kerana tekanan ekonomi manakala Pakatan Rakyat melaungkan pendekatan berbeza untuk menurunkan harga minyak jika menang pilihan raya umum kelak walau masih ada rakyat sangsi tentang laungan mereka. Pakatan Rakyat mempertahankan pendirian mereka dengan membuktikan janji mereka bukan omongan kosong kerana mereka telah berjaya memberikan air percuma kepada setiap penduduk negeri Selangor ketika rakyat berdepan dengan krisis tekanan kenaikan harga air di Selangor.
Barisan Nasional mempunyai reputasi lebih 53 tahun mentadbir negara dan masih menggunakan kaedah sama menaikkan harga minyak jika berlaku perimbangan kewangan yang tidak stabil. Soal yang bermain difikiran adakah kita tidak mempunyai pakar kewangan yang mampu untuk membantu kerajaan menguruskan kantung kerajaan dengan baik? Adakah kerajaan masa kini tidak menemui formula yang berkesan untuk mengimbangi kekangan kenaikan harga minyak global? Apakah masalah sebenar disebalik kewangan negara yang menghadkan kerajaan dalam mengekalkan harga minyak pada paras rendah?
Renung sejenak, Petronas merupakan pengeluar cukai tertinggi negara akan terus meningkatkan keuntungan lebih tinggi jika kenaikan harga minyak berlaku dan secara perkadaran terus meningkatkan pengeluaran cukai kepada negara. Secara nisbahnya, kerajaan masih mengeluarkan sumber kewangan yang masih sama atau lebih mudah dalam peratusan sama walaupun tampak ada kenaikan untuk pengeluaran subsidi tetapi masih dalam peratusan lebih kurang sama.
Adakah menjadi kesukaran mengurangkan sedikit perbelanjaan mewah untuk membantu jutaan rakyat marhain yang menampung kesukaran kehidupan jika peningkatan harga minyak berlaku. Jika pengorbanan sebesar ini tidak mampu dilaksanakan usah bangga mendabik dada mengaku perjuangan rakyat. Mahu sokongan rakyat marhain tetapi tidak mampu melunaskan sedikit kemahuan rakyat. Hampir 90% rakyat mahukan harga minyak yang kekal rendah dan hanya segelintir rakyat yang kaya raya sahaja mahukan harga mengikut pasaran global. Rakyat kini mampu berubah untuk Malaysia yang lebih baik. Renung sejenak, biar seketika demi Malaysia tercinta.
No comments:
Post a Comment