Let Get-It Free!

Wednesday, 31 August 2011

Pentadbiran Negara

Assalamualaikum anak cucu dan para pemimpin negara dan rakyat jelata. Dato ucap tahniah pada PM kita Datuk Seri Najib yang memperkenalkan dasar satu Malaysia. Tapi dato nak beri sedikit komen dan nasihat pada semua orang. Sistem pendidikan kita patut disamakan dahulu.

Semua warga mesti bersedia untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Aliran yang sama dan sistem mesti diselaraskan agar bahasa Melayu didaulatkan. Tiada lagi sekolah berasaskan kaum atau agama ada dalam sistem pendidikan kita. Dato' teringat Allahyarham PM yang cuba memertabatkan Kedudukan bahasa melayu pada masa itu. Jika US boleh , Thailand boleh, Indon boleh dan banyak lagi negara yang berjaya menyatukan rakyatnya dengan sistem dan dasar demikian mengapa tidak kita ?

Jika kita mempunyai pilihan lain dengan meneruskan dasar yang sedia wujud sejak kemerdekaan. Kita masih hendak bertolak ansur dengan kaum-kaum tertentu kenapa pula kita pinggirkan bahasa kaum minoriti yang lain. Bahasa Orang Asli kaum negrito,senoi, bahasa iban , kadazan, penan, ,melanau , dan lain -lain bahasa etnik yang sepatutnya menjadi warisan, kenapa pula diketepikan?. Sedangkan mereka juga layak untuk memartabatkan bahasa mereka. Harap kita tidak lupa kata-kata Aminudin Baki,

......kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.....

Satu lagi isu yang ingin Dato" ingin sentuh ialah berkenaan permata pintar yang diilhamkan oleh isteri PM , Tahniah kepada beliau dan harapan cita-cita murni beliau berjaya demi melahirkan warga terpilih pintar untuk kemajuan Malaysia pada masa depam. Kalau US pernah melaksanakan program yang lebih drastik dengan mencantumkan benih intelektual mereka untuk melahirkan anak pintar, kita tidak boleh melakukannya kerana kita beragama tapi dato percaya kita masih boleh melakukan lebih baik kerana kita tidak melalui jalan yang dilarang agama.

Tapi Dato nak ingatkan cara pemilihannya hendaklah telus ,calon yang dipilih benar-benar diuji tanpa campurtangan pendidik atau orang lain. Oleh kerana mereka akan mendapat layanan istimewa maka dato" takut ada tangan liar ,telefon sana ,telefon sini ,rekomen sana ,rekomen sini , maka orang yang layak diketepikan. Harapan Dato" Genggam Bara Api biar jadi Abu..... Sekali kita lakukan kita pasti berjaya . Terina Kasih dan semoga jumpa lagi, kalau panjang umur Dato".

sumber dari: datosemambukuning.blogspot.com

Thursday, 14 July 2011

Menambah Baik Pilihan Raya Malaysia

Tiada jalan mati. Simpulan yang dapat dibuat tentang usaha menjadikan sistem pilihan raya Malaysia kearah lebih baik. Dalam usaha menambah baik apa jua sistem pasti ada jalan atau ruang.

Memetik usaha dalam mengadakan suatu sistem pilihan raya di Malaysia haruslah disokong jika ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada sesiapapun bahkan meyakini rakyat untuk mengiktiraf bahawa kita memilih pemimpin dengan cara yang adil dan sudah pasti pemimpin itu menang dengan kaedah yang paling bermaruah.

Pihak yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ini sudah pasti tidak akan terhenti disitu selepas perhimpunan 9 Julai 2011 lalu. Mereka pasti akan terus menuntut pilihan raya seperti yang telah dicadangkan.

Rakyat pasti ada yang menyokong dan menentang tuntutan mereka (BERSIH 2.0), tetapi harus difahami bahawa kita wajar menyokong atau menolak selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak dalam mempertahankan tindakan mereka.

Demi mempertahankan sistem demokrasi negara ini, satu saranan dibuat kepada kerajaan dengan mengadakan debat antara pihak kerajaan dan BERSIH bagi memberi peluang kepada rakyat menilai hujah bernas dari kedua pihak. Turut wajar menyertainya ialah SPR, ahli parlimen kerajaan, ahli parlimen pembangkang dan menteri yang terlibat.

Debat ini seharusnya disiarkan secara langsung melalui RTM melalui rancangan hangat mereka Bicara Rakyat dan moderatornya pasti Sayed Munawwar. Permasalahan ini wajar dikupas agar rakyat celik tentang politik bijak iaitu menyokong berdasarkan fakta dan tidak terbawa-bawa emosi dalam memberi sokongan.

P/S: Kepada pembaca lontarkan cabaran ini kepada mereka yang disenaraikan.

Friday, 24 June 2011

Pedihnya GST di Malaysia

Good and Services Tax (GST) adalah suatu kaedah menggenakan cukai pada setiap barangan atau perkhimatan yang digunakan oleh pengguna dalam kadar tertentu contohnya Australia menggenakan sebanyak 10 peratus.

Keadah ini mendatangkan kebaikan kepada negara kerana akan meningkatkan kutipan cukai. Ia juga membantu kerajaan dalam mengutip cukai dari orang-orang kaya yang selalunya menggunakan pelbagai kaedah mengelak cukai.

Tetapi dengan memperkenalkan GST akan menyebabkan rakyat dibebani dengan cukai yang pelbagai di negara ini. Mereka yang mempunyai anak yang ramai pasti akan lebih terasa kesannya kerana mereka memerlukan lebih banyak barang dan perkhimatan.

Persoalannya mengapa kita perlu memperkenalkan GST? Jawapannya mudah kerana kerajaan memerlukan pendapatan tambahan untuk mengimbangi perbelanjaan kurang berhemah atau boros. Ini dibuktikan dengan permohonan perbelanjaan tambahan oleh TPM dalam Dewan Rakyat baru-baru ini yang memohon sebanyak RM 13 Billion.

Rakyat mesti mengetahui bahawa cukai ini akan dikenakan pada setiap barangan yang kita nikmati contohnya kita membeli sebuah televisyen berharga RM 1000 maka rakyat perlu membayar tambahan cukai 10 peratus dan jumlah yang perlu dibayar untuk televisyen tadi ialah RM 1100. Jumlah cukai yang akan dikenakan tertakluk kepada kerajaan untuk penetapannya..


Bagaimana kerajaan akan memperkenalkan GST ini dan memceritakan kebaikan GST kepada rakyat. Jika ingin mengetahuinya, rakyat boleh menonton berita jam 8 malam di saluran kerajaan untuk melihat bagaimana suatu yang mendatangkan mudarat kepada rakyat diceritakan sebagai suatu hikmah.

Propaganda ini akan dimainkan kerajaan untuk menguji maklumbalas dari rakyat tentang bagaimana sokongan rakyat terhadap mereka, jika tiada bantahan mereka akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat jika bantahan dari rakyat tinggi maka mereka akan memperkenakan beberapa manfaat supaya rakyat dibuai mimpi.

Taktik politik kotor, sanggup menggunakan bermacam kaedah yang halus untuk memenangi hati rakyat walaupun tersirat seribu rahsia menganiaya rakyat yang miskin dan sempit. Jika rakyat masih tidak bangun untuk mengubah keadaan ini maka kita akan terus terhimpit dalam kehidupan yang semakin menekan. Kes-kes jenayah pasti akan meningkat dan menyebabkan kehidupan rakyat dalam keadaan bahaya. Sedari rakyat untuk mengubah Malaysia

Monday, 20 June 2011

Turun 10 sen, Kerajaan Komited

Terima kasih kerajaan Malaysia yang telahpun menurunkan harga minyak petrol kepada RM 2.80 seliter. Usaha ini menampakkan kerajaan peka dengan penurunan harga minyak dunia dan tidak mahu membebani rakyat. Pengguna kenderaan mewah berasa amat gembira dengan keprihatinan kerajaan kerana membolehkan mereka menjimat kewangan mereka.

Namun begitu beberapa kerat rakyat yang tidak bersyukur mengkritik kerajaan kerana tidak menurukan harga RON 95. Rakyat-rakyat ini merupakan rakyat yang terdiri dari petani, kerani, buruh, pegawai kerajaan, kerani dan pelbagai latar belakang lagi. Mereka ini hanya menyumbang sedikit dari pendapatan serta kemajuan negara dan hanya mengharapkan subsiti untuk terus hidup.

Mengikut tinjauan rambang, didapati bahawa hanya segelintir dari rakyat Malaysia menggunakan RON 97 dan sebilangan besar menggunakan RON 95. Penurunan ini hanya mendatangkan keuntungan kepada rakyat negara jiran dan jutawan-jutawan besar yang mana kenderaan mereka tidak boleh menggunakan RON 95.

Keprihatinan kerajaan hanya untuk golongan diatas, manakala rakyat hanya termanggu melihat tindakan kerajaan mereka yang telah dipilih. Alangkah janggal dengan beberapa petikan berita dari media massa pro- ampu kerajaan menyatakan kerajaan prihatin. Dimanakah hilang rasional pertimbangan mereka tidak diketahui. Tinggi mana pendidikan menjadi tanda tanya rakyat atau mereka dibelenggu akalnya oleh telunjuk ajaib.


Rakyat mari menilai kerajaan kita,terus menggula-gulakan kita seperti kanak-kanak hingusan. Tanya dalam kabul, adakah ini kerajaan yang dimahukan? Memperkecilkan pikiran rakyat dan menggunakan media untuk propaganda sonsang. Sedarilah ini mimpi palsu.

Thursday, 16 June 2011

Tangan Ajaib Dan BERSIH 2.0

Rancangan perhimpunan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadual pada 9 Julai 2011 seperti ada tangan yang memainkan boneka menurut sesetengah pihak. Ada rasional disebalik andaian ini kerana sememangnya ada tangan yang menerasi tindakan ini. Siapa yang menerasi wujudnya BERSIH ialah rakyat yang inginkan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih serta saksama.

Mengenang kejadian pada November 2007 yang telah menyebabkan kerugian kira-kria RM 10 Juta dalam perhimpunan itu juga turut membawa kepada kerosakan harta benda awam. Pihak polis telah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan seberang permit sama ada ditempat terbuka mahupun tempat tertutup. Itu yang sedikit mengelirukan, kerana PDRM sebelum ini menghalang perhimpunan BERSIH kerana bimbang kerosakan awam tetapi tindakan tanduk mereka seakan bimbang meruntuhkan kerajaan sedia ada. Apa menyokong hujah diatas ialah mereka mampu mengeluarkan permit untuk diadakan pada tempat tertutup tanpa menjejaskan para peniaga akan tetapi PDRM masih enggan mengeluarkan permit.

Kelihatan tindakan PDRM dicengkam bayangan yang tidak rasional, tindakan mereka seolah menggangguk patuh arahan seseorang yang berpengaruh. Begitu juga kenyataan Ulama Muda UMNO yang menyatakan Islam melarang umatnya melakukan perkara membawa mudarat sedangkan mereka sendiri menyokong tindakan rakyat Palestin menjatuhkan presiden Hosni Mubarak. Adakah kenyataan mereka berpekongkan politik atau menafikan hak rakyat?

Pelbagai pendapat yang cuba menampakkan tindakan BERSIH sesuatu yang salah dan adakah mereka telah melihat hal ini dari kepentingan masyarakat atau hanya bimbang tentang kejatuhan mereka suatu hari kelak. Perhimpunan BERSIH harus diteruskan dengan mengikut etika yang betul dan sewajarnya tiada pihak kerajaan mahupun NGO yang cuba menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka pasti akan menimbulkan 2 pertembungan yang menyebabkan perbalahan. Jika wujud mereka yang ingin menghalang perhimpunan BERSIH sedangkan mereka tidak mempunyai hak atau kuasa adalah jelas mereka hanya ingin meraih kepentingan politik.

PDRM juga sewajarnya menahan golongan yang ingin menghalang perhimpunan ini kerana mereka sendiri akan menyebabkan sebuah perhimpunan aman menjadi tegang. PDRM adalah dialu-alukan untuk mengawasi perhimpunan ini dan menahan mana-mana pihak yang membawa senjata, menimbulkan suasana tegang, atau merosakan harta benda awam tetapi memberi rakyat ruang untuk menyuarakan rasa agar PDRM juga tidak dicemuh dek tindakan berat sebelah. Walaupun perhimpunan ini tidak mendapat permit, PDRM sewajarnya professional untuk tidak menahan mana-mana pihak yang tidak menimbulkan suasana tegang. Alangkah lebih baik mereka meluluskan permit dan menghantar sedikit anggota untuk mengawasi perhimpunan ini dari mengambil langkah menghalang permit perhimpunan kerana itu menyebabkan rakyat yakin PDRM masih dihantui bayangan politik pemerintah.