Let Get-It Free!

Monday, 6 May 2013

Saya berdiri diatas pendirian saya


Assalammualaikum,

Penulis saya kali ini berkisar dengan PRU-13 dan merupakan PRU ke 4 saya lalui dengan penuh kefahaman tetapi yang pertama sebagai pemilih rasmi.

Secara terang saya inginkan pembaharuan politik sejak saya berusia 11 tahun dan kini hampir menjenggah usia 26 tahun. 15 tahun saya menganalisis politik sehingga kini, dan 4 kali berturut-turut saya merasai kegagalan dalam PRU sebagai penyokong.

Pegangan politik saya bukanlah ikut-ikutan dan juga bukan bawaan keluarga tetapi ianya penepati pemikiran yang dibenihi oleh pembacaan dan pemerhatian saya lalui.

Kegagalan menerajui Putrajaya bukanlah perkara baru, bahkan ia membuatkan saya semakin faham ada perbezaan jelas antara pengundi Bandar dan luar Bandar.

Kecelikan politik bukan milik semua orang apatah lagi keghairahan seperti saya ini berbeza sekali dengan teman seusia. Dahulu rakan-rakan saya tidak tahu politik tetapi sekarang mereka lebih mengetahui dahulu dari saya. Harapnya mereka mengundi dan mengerti bahawa masej yang ingin disampaikan bahawa Malaysia mampu ditadbir lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional berbekas dihati.

Cemohan dari penyokong ikut-ikutan tidak membekas bahkan menjadi pemangkin bahawa suatu hari nanti mereka akan sedar mengapa saya menentang kerajaan sedia ada.
Selamat Maju jaya.



Monday, 18 February 2013

Hanya Kerana Allah

Tegang dengan Isu Kalimah Allah dalam PR dalam tidak seberapa ketika PRU-13 bertandang.

DAP tegas bahawa PR harus akur dengan persetujuan 3 pemimpin utama PR.

Majlis Ulama Pas yang bertegas bahawa Kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu tidak harus dibenarkan.

DAP dakwa keputusan Majlis Ulama bukan keputusan majoriti.

Persetujuan 3 pemimpin PR juga bukan keputusan Majoriti. (Pada pandangan saya)

Janji Pakatan Rakyat

  • PTPTN mansuh
  • Free Education 
  • Harga Minyak Turun
  • Harga kereta Turun
  • Banteras Rasuah
Banyak lagi janji-janji yang terukir, seiring dengan kehendak Allah akan ku turuti.

Bila sebut kalimah Allah dalam bible versi Melayu, itu secara terang ada agenda sulit untuk mengelirukan.

Mengapa saya dan majoriti berkata demikian??

  1. "God" jika diterjemaahkan secara terus bermaksud tuhan. Kenapa hendak juga ALLAH??
  2. Jika awak kata sejak zaman jahiliah lagi masyarakat arab baik dari Yahudi dan Nasrani menggunakan perkataan Allah walaupun sebelum Muhammad S.A.W., itu memang benar. Sebabnya mereka telah menerima ajaran Allah lebih awal  melalui Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Isa A.S. dan meraka kekal menggunakannya sehingga kehadiran Muhammad S.A.W. 
  3. Dan adakah anda ingin mereka kekal perkataan Allah SWT , walaupun mereka telah menyekutukan Allah?
  4. Jika mereka kristian percaya dan yakin dengan ajaran mereka, mengapa mereka ingin menggunakan perkataan Allah perkataan tuhan jelas paling sesuai digunakan menggantikan "god"?
Saya lebih sanggup untuk tidak menikmati semua janji Pakatan Rakyat dari saya membiarkan Anak Cucu saya tergelincir dari Tali Allah SWT.

Apalah makna kehidupan saya jika saya sanggup menyesatkan saudara saya hanya kerana beberapa janji yang menyenangi hidup duniawi ini.

Apalah makna aspirasi kita untuk menjadikan hukum Allah (Hudud) dibumi Malaysia ini sedangkan perkataan Allah kita tidak pertahankan. 

Saya juga tidak akan bersama UMNO. Perjuangan saya adalah apa yang selari dengan kehendak Islam dan tidak mensyirikkan Tuhan yang Esa (ALLAH).

Hayyu Zahari 
Ayer Keroh
18/02/2013



.

Tuesday, 6 November 2012

Kuasa Politik

Akhir kini begitu banyak limpahan PRU lalu dapat dinikmati baik dari kerajaan persekutuan mahupun dari kerajaan negeri tidak terkecuali dari Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Baik dari pemberian BR1M, BB1M dan sebagainya dapat dirasai baik oleh pengundi BN dan PR. Begitu juga dengan air percuma, khairat kematian, wang ganjaran ke IPT dan lain-lain. Alhamdulillah syukur kerana adanya kesedaran politik, maka kerajaan yang mentadbir mula sedar bahawa rakyat harus mendapat sesuatu dari kekayaan negara dan negeri.

Jika dahulu ahli parlimen BN boleh ponteng ketika perbahasan sekarang tidak lagi, bahkan mereka mula peka terhadap setiap perbahasan dan mula mengambil bahagian dan membawa permasalah rakyat kesidang parlimen.

Kalau dahulu hanya kerajaan membentangkan bajet kewangan tetapi kini ahli parlimen pengimbang sudah juga mampu membentangkan bajet alternatif mereka. Ini melihatkan keseriusan mereka dalam mentadbir negara jika berlaku tsunami politik yang lebih besar maka secara automatik mereka telah bersedia untuk mengendong beban pentadbiran negara.

Apa yang lebih besar yang diinginkan ialah mengubah pemikiran ortodok bahawa hanya satu pemerintah yang mampu mentadbir negara. Kesedaran dan kefahaman bagaimana sistem pemilihan pentadbiran ini berjalan berserta fungsinya.

Kita melihat bagaimana kerajaan persekutuan dan negeri yang berbeza parti politik dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing. Alangkah lebih baik kedua-dua parti politik ini berkerjasama dalam melakukan tanggungjawab yang wajib dipikul tanpa lagi mementingkan glamor politik.





Saturday, 20 October 2012

Memansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)


Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan PTPTN pendidikan kerana ia percaya bahawa ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan tertiari percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Pelajar pendidikan swasta akan menerima subsidi yuran.Sebagai pendidikan tertiari yang disediakan oleh kerajaan, ini akan meringankan beban bahawa pelajar  yang sedang menghadapi, apabila memasuki tenaga kerja sudah dengan hutang untuk membayar.

Pakatan Rakyat percaya bahawa model pembiayaan semasa melalui PTPTN tidak mampan.Ia hanya menunggu masa sebelum kerajaan persekutuan berakhir sehingga menyelamatkan PTPTN adalah kejadian yang biasa berlaku di negara-negara lain dengan model pembiayaan yang sama. Dengan upah dan gaji terus ketinggalan ketara di sebalik kos sara hidup, keupayaan majoriti peminjam untuk membayar balik pinjaman pelajar pada masa dan kerap  adalah terhad. Kadar koleksi tidak akan meningkat dengan ketara dari masa ke masa dan hutang pelajar yang ditanggung oleh PTPTN akan terus berkembang sehingga ia mula mengancam kecairan dan daya maju kewangan PTPTN.

Pakatan Rakyat yakin bahawa ia boleh  menghapuskan pinjaman untuk sebilangan besar peminjam yang memenuhi satu set kriteria tertentu (gabungan cara ekonomi ujian berdasarkan pendapatan semasa, keputusan akademik dan rekod terdahulu) akan ditentukan oleh jawatankuasa khasditugaskan untuk merombak keseluruhan mekanisme pembiayaan pendidikan tinggi di Malaysia. Jika anggaran RM30 bilion yang telah dikeluarkan setakat ini diambil alih oleh kerajaan persekutuan melalui pembiayaan semula, kami percaya obligasi hutang dapat dipenuhi pada kos RM2 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun.

Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna peminjam yang terjejas dengan segera dan membolehkan dia / dia semula keutamaan / perbelanjaan beliau ke kawasan yang ketara boleh meningkatkan kualiti hidup.

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Sunday, 22 July 2012

Bersediakah Kita

Masa berlalu terlalu pantas sehingga tidak kita sedari kemerdekaan sudah menjenggah usia 55 tahun. Cabaran era kita berbeza dengan era pra kemerdekaan dan cabaran ini yang menguji kesediaan kita.

Apa yang kita hadapi kini ialah cabaran sistem 'meritocracy' yang akan dilaksanakan secara meluas dalam semua bidang bagi menggalakkan persaingan terbuka tanpa membezakan hak keistimewaan seseorang. Ianya bertujuan untuk menjadikan modal insan lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran global.

Namun demikian, tidak tahu mengapa ada kemungkinan pelaksanaan 'meritocracy' ini mungkin datangnya dari mereka-mereka yang ingin mengambil peluang untuk menghapuskan hak keistimewaan bangsa-bangsa tertentu dan menggunakan kesempatan ini bagi mencapai hasrat selama usia kemerdekaan kita.

Ada pula yang berpendapat, 'meritocracy' ini tidak lain adalah habuan balas kepada kemewahan pemimpin-pemimpin politik. Itulah harga yang harus dibayar oleh rakyat dek kejahilan pemimpin pilihan.

Namun begitu, terdapat juga asas-asas bahawa sistem 'meritocracy' ini harus didokong bagi mencapai matlamat negara bangsa. Sistem merit ini mampu dilaksanakan secara menyeluruh apabila beberapa syarat dilaksanakan:

  1. Sistem persekolah satu bumbung : Tiada lagi sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Hanya yang wujud sekolah rakyat yang mana semua bangsa bersekolah di sekolah yang sama dengan 1 sistem pendidikan kebangsaan.
  2. Setiap pelajar harus menguasai setidak-tidak 3 bahasa sebelum memasuki pendidikan peringkat menengah iaitu bahasa malaysia, inggeris dan cina atau tamil atau kadazan atau iban atau punjabi atau mana-mana bahasa yang diajar dalam sistem sekolah rakyat. (Tidak termasuk bahasa arab)
  3. 70 peratus rakyat malaysia memahami setidak-tidak satu bahasa dari bangsa lain samada bahasa cina, tamil, iban, kadazan atau lain-lain termasuk kefasihan yang tinggi dalam bahasa kebangsaan.
  4. Ujian lisan bahasa malaysia wajib dimasukan sebagai permarkahan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Ujian kewarganegara dikenakan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan SPM.
  6.  Temuduga kerja wajib dalam bahasa kebangsaan atau salah satu dari bahasa ditemuduga. 
Syarat-syarat di atas dikenakan kerana terdapat kelemahan yang jelas antaranya ketika sesi permohonan kerja dimana syarat menguasai bahasa selain bahasa kebangsaan menjadi kelebihan atau kewajipan. Contoh penguasaan dalam bahasa cina menjadi kelebihan dan hanya segelintir yang menguasainya selain bangsa cina kerana sistem dwi persekolahan yang ada pada peringkat nasional dan ini membuatkan sistem yang ada tidak setara dan persaingan tidak seimbang.


Sistem merit haruslah dilaksanakan apabila syarat-syarat diatas dipenuhi bagi membuka ruang yang adil dalam persaingan terbuka. 

Hayyu Zahari
22/07/2012