Let Get-It Free!

Monday, 25 April 2011

YB Si Tanggang


            Si tanggang kisah yang sering didendangkan oleh nenek moyang kita dahulu tentang anak derhaka kepada ibunya. Tidak berbeza dengan Yang Berhormat wujud kini, tetapi siapa sebenarnya YB si tanggang.

Ketika pilihan raya, ramailah calon-calon yang merayu agar mereka dipilih supaya dapat melunaskan tanggungjawab sebagai YB yang amanah dan prihatin. Mereka ini bersungguh bekerja sepanjang tempoh kempen dan menemui segenap corok penjuru rakyat jelata menjanjikan khidmat cemerlang demi masa depan bersama.

Mereka ini mewar-warkan bahawa rakyatlah tuan kepada kerajaan dan kerajaan patut mendengar rintihan dan keluhan yang rakyat sampaikan. Namun malang dan menduka citakan, selepas menang pilihan raya dan tewas dikawasan tertentu, mereka pula mengatakan rakyat tidak mengenang budi.
Pelik dan jelik, sewajarnya mereka patut bersyukur rakyat masih percaya untuk memilih mereka sebagai wakil dan sewajarnya mendengar suara rakyat. Bahkan berani mengatakan rakyat tidak mengenang budi. Siapa yang wajar mengenang budi siapa, kalau tidak kerana rakyat ini memilih kamu tidaklah berada setinggi itu.

Rakyat generasi baharu ini memang celik fikiran, tidak lagi sedunggu dulu setia melulu kepada kamu tetapi setia kepada kerja serta budi. Laungan rakyat semakin jelas, sesiapa malas pasti tumpas. Si Tanggang pasti ditelan ombak, ombak rakyat diluar hitungan. YB Si Tanggang semoga berlalu,tinggal hanya wakil baharu. Pilihan raya akan tahu, Si Tanggang pasti malu, rakyat tidak mahu kamu, selamat tinggal Si Penipu.

How do you describes Mahathir.

Sunday, 24 April 2011

Sekolah Malaysia

Sistem persekolahan Malaysia ada bezanya dengan semua sekolah yang ada dirantau Asean. Sistem sekolah Malaysia berasingan mengikut jenis sekolah seperti sekolah jenis kebangsaan, Cina dan India. Mengapa terdapat perbezaan  ini, ianya kerana toleransi antara kaum di Malaysia supaya adanya peluang untuk mempelajari bahasa ibunda setiap kaum yang lain.

                Setelah sekian lama sistem ini berjalan di Malaysia, adakah perlu diubah semula atau diteruskan. Terdapat pelbagai pendapat yang berlegar dalam masyarakat yang perlu diselidik dan dihalusi kerana banyak percanggahan diantara masyarakat Malaysia mengenai sistem persekolahan ini.

                Permasalah yang timbul dalam sistem sekolah yang berasingan , adakah memberi kesan terhadap perpaduan rakyat dan adakah ianya menimbulkan perasaan prejudis antara kaum. Inilah masalah yang terhias dipemikiran rakyat, mengapa ialah kelihatan mustahil untuk menjadikan satu sistem sekolah yang sama. Jika ianya dibincangkan secara meja bulat antara kaum dalam menyatukan sistem ini, adakah mustahil untuk dilakukan atau ada yang akan cuba untuk menghalang menjayakan hasrat ini.

                Secara kasarnya, masyarakat faham tentang apa yang diajar di sekolah dan isi kandungan pengajarannya juga adalah sama. Ianya tampak cerah untuk menjadikan sebuat sekolah yang mengajar semua bahasa ibunda masyarakat Malaysia untuk menjaga kebudayaan bahasa mereka agar kekal menjadi keunikan negara ini. Di sekolah ini, semua kaum akan bercampur sejak kecil agar mereka selesa bersama dan mencegah perasaan prejudis antara kaum yang sekarang masih  wujud.

                Prejudis antara kaum, adakah benar masih ada antara rakyat Malaysia? Mengapa ianya wujud, ini kerana kurangnya percampuran antara kaum sejak kecil dan kita sendiri melihat bahawa kanak-kanak kita tidak lagi bermain bersama seperti seketika dahulu. Ah Chong, Ahmad dan Kumar dahulu bermain bola sepak bersama-sama setiap petang dan jika sekarang cucu kepada mereka tidak lagi sapa menyapa.

                Renungan sejenak, mengapa kita tidak duduk bersama untuk berbincang demi negara bangsa Malaysia. Adakah perkauman melebihi kepentingan nasional iaitu untuk menjadikan masyarakat majmuk  yang maju. Adakah pengasingan ini kerana kepentingan politik yang rakus atau sekadar untuk menimbulkan laungan perkauman ketika ianya tampak perlu. Mari kita renung bersama biar sejenak tidak mengapa asalkan ada usaha menyatukan bangsa Malaysia. Semoga kita akan bersatu atas dasar bangsa Malaysia.
                 
                

Friday, 22 April 2011

Parti Dalam Malaysia

Malaysia sebuah negara yang terdiri dari pelbagai etnik bangsa dan agama. Bangsa-bangsa ini telah hidup aman damai sejak sekian lamanya dan pelbagai jenis parti yang berteraskan bangsa ataupun berlandaskan perkauman.

Menurut dari Suruhanjaya Pilihan Raya terhadap 31 jenis parti yang berdaftar mengikut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Jika disenarailkan maka ketahuilah kebanyakkan parti-parti ini adalah parti berasaskan perkauman.

Parti-parti ini didaftarkan sebagai parti yang berlandaskan kaum-kaum tertentu dan juga menjaga kepentingan bangsa-bangsa tertentu. Hanya sebilangan kecil yang didaftarkan sebagai parti yang ingin mendapatkan sokongan menyeluruh dari rakyat Malaysia. Juga dalam senarai ini, terdapat parti yang berlandaskan kenegerian.

Oleh yang demikian, rakyat seharuslah sedar bahawa politik perkauman ini telahpun lama dalam negara ini. Ianya bukanlah baru dan seharusnya rakyat sedar bahawa setiap dari parti-parti ini akan meniupkan semangat perkauman ketika pilihan raya menjelang. Tambah menjelikkan, menuduh parti-parti lain perkauman sedangkan mereka juga perkauman.

Justeru itu, rakyat Malaysia yang celik pastikan sedar hal ini dan mengambil langkah berbeza dalam memilih seorang pemimpin. Parti-parti yang bergabung juga hanya ingin mendapat sokongan kaum-kaum lain dan sebenarnya berpura-pura hakikat mereka hanya ingin mempertahankan kaum mereka.

Inilah dalang yang membakar semangat bangsa, sedangkan kita tidak pernah mahu rasa sangsi terhadap rakan bangsa lain. Marilah rakyat, kita sama-sama sedar bahawa kita telah lama dipermainkan dengan kaedah ini, bangunlah dengan memilih mereka yang sebenarnya memperjuangkan hak Malaysia.

Kenangan Silam