Let Get-It Free!

Tuesday, 1 November 2011

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor


15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.


(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Friday, 28 October 2011

Academic Freedom

Academicians should have a freedom to write their ideas in academic view. The ideas should defended with data and references without any plagiarism.

Academicians should have a space to critic government and opposition. Criticism should based on academic facts and no tried to influence people by slander.

They should have a freedom to come any conferences that organized by any parties. They have their right to give any speeches for academic purposed without any action as long as they not tried to cause agitation in country.

Students should have a freedom to listen to anyone they would like to hear without any obstruction as long as they have not tried to make chaos.

Students have the right to write and talk about what they think about country, leaders or any situation that might be critical.

To solve any problems that related to academic, they needs to sit and discuss together without using media to drop any parties that against government. Debate may be useful to them for stand with facts and avoid slander to person.

Government Stupidity?

Thursday, 27 October 2011

Projek Lembu di Gemas

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pusat Feedlot Kebangsaan di Gemas disasarkan memenuhi 40% pengeluaran daging lembu tempatan.

Kerajaan mengurniakan tanah seluas 5,000 ekar untuk menyasarkan matlamat ini tercapai. Mengikut anggaran ketika ini hanya mempunyai 1000 ekor lembu @ 1 ekor untuk 5 ekar tanah.

Projek ini mendapat bantuan kewangan sebanyak RM 250 Juta @ RM 250 000 000.

Projek ini menjana kurang dari 1000 tan daging atau 0.6 % dari keperluan daging lembu tempatan iaitu 162,357 tan.

Tujuan kerajaan melaksanakan projek ini bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan import dan mengurangkan kos import negara.

Projek ini dianggap gagal kerana gagal memenuhi sasaran asal yang ditetapkan pada RMK-9.

Mengejutkan projek ini melibatkan keluarga rapat seorang menteri wanita malaysia.

Kerajaan digesa untuk menyiasat projek ini dan menarik balik tanah sejumlah 5000 ekar yang telah dianugerahkan untuk dimanfaatkan oleh rakyat yang miskin dan daif.

Rakyat harus sedar bagaimana kerajaan memberikan projek yang berskala besar kepada keluarga terdekat mahupun rakan sebagai penyalahgunaan kuasa.

Ianya jelas sebagai sandiwara politik yang "memperjuangkan nasib rakyat" dan menggadai kepercayaan sebagai pemimpin yang bebas dari mengamalkan kronisme.

Thursday, 20 October 2011

FAEDAH PENSYARAH/PELAJAR IPT DIBENARKAN BERPOLITIK

Sebenarnya, faedah yang paling besar ialah memenuhi hak dan mematangkan demokrasi. Faedahnya ialah dalam menyertai perjalanan dan perjuangan yang panjang dan berliku-liku itu. Maksudnya, ia bukan sangat persoalan faedah, tetapi adalah persoalan kaedah. Namun, sekadar untuk menjelaskan falsafah ini, maka, disenaraikan beberapa faedah praktis seperti berikut:

- Pensyarah adalah ilmuwan, manakala pelajar memiliki ilmu. Partisipasi mereka dalam politik akan menambahbaik budaya politik melalui amalan politik ilmu dan memperkaya amalan demokrasi.

- Partisipasi pensyarah dan pelajar dalam politik adalah bertepatan dengan prinsip budaya ilmu (Wan Mohd Nor Wan Daud), iaitu: meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi (dalam setiap bidang yang baik seperti politik); setiap orang sentiasa menuntut, membangun dan menyebar ilmu (seperti ilmu politik); dan setiap keputusan dibuat berdasarkan ilmu (seperti penyelidikan politik yang dilakukan oleh pensyarah dan pelajar).

- Ia akan meningkatkan kesedaran politik di kalangan pelajar. Maka, tidak perlulah lagi menggunakan cara-cara yang pelik untuk menggalakkan mereka mendaftar sebagai pemilih dan mengundi.

- Ia akan memperkaya idealisme pelajar. Malahan, ia akan dapat menterjemahkan idealismenya dalam bentuk aktivisme yang lebih meluas.

- Ia menyediakan peluang pendidikan politik yang lebih luas untuk pelajar.
- Ia akan memperkaya proses pembangunan pelajar, iaitu dari segi kepemimpinan, capacity building, self esteem dan sebagainya.

- Ia memenuhi maksud penghakupayaan belia yang lebih komprehensif.

- Ia akan merapatkan jurang generasi antara pelajar dengan masyarakat di luar kampus.

- Ini adalah keputusan politik yang berasaskan keazaman politik (political will) yang amat penting untuk mengembalikan atau meningkatkan keyakinan pensyarah dan pelajar terhadap keterbukaan kerajaan, keseriusan kerajaan dalam mematangkan demokrasi, dan kepercayaan kerajaan terhadap mereka.


KESIMPULAN

Kebenaran untuk pensyarah memegang jawatan politik dan pelajar menjadi ahli parti politik adalah subset kepada perjuangan yang lebih besar, iaitu mematangkan demokrasi dengan meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat, khususnya belia dan pelajar, dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Petikan Dari:Benarkan Pelajar IPT Aanggotai Parti Politik Oleh Y.B. Datuk Saifuddin Abdullah